Elegant Rose - Working In Background

Hari-hari yg sangat sibuk





Adoi sibuk sungguh sekarang ni, bukan sibuk di pejabat tetapi sibuk melayan kerenah huby dan seorang kawan baru atau lebih sesuai sebagai BF baru..... kedua-duanya ada kerenah masing2 yg memerlukan aku untuk melayan..... cik huby ok lar jugak sbb dh lama kami bersama dan aku sendiri dah masak dengan perangai dan sikapnya yang manja sentiasa tu...

Tapi dengan BF baru ni, baru kenal tp ntah macam mana kami macam tiba2 ja boleh jadi best fren, boleh kongsi macam2 cerita, bergaduh, bertekak dan macam2 sampaikan kalau masing2 tak dengar suara masing2 atau x bersms rasa macam ada yang x kena jer...

Cerita sikit pasal BF aku ni, he's actually my huby punya boss, org yang selalu bagi projek kat my huby la tu..... atau dlm erti sebenar adalah main con dlm projek2 yg my huby buat sejak 3-4 bulan ni. Aku kenal dia pun dlm tempoh waktu tu la juga, tp kami mula rapat sejak sebulan ni..... Aku boleh terima dia sbb aku mmg dari zaman sekolah jarang kawan dengan budak2 pompuan sbb aku selalu ckp budak pompuan sememeh so mmg kawan aku dari dulu pun lelaki termasuk la huby aku tu....so sbb tu tiba2 aku leh kawan dengan dia kot..... my huby pulak jenis yang x berapa kisah sgt, becos we are not the type of couple yang suka cembura buta kayu ni....

He's married dan ada 2 anak, 1 sikap dia yang buat kami boleh rapat ialah kedua-dua kami ni suka menyakat satu sama lain..... so tiap kali jumpa, tiap kali kol, tiap kali sms asyik bergaduh ja, dia sakat aku, aku sakat dia..... hahahahah but seriusly i feel crazy when i'm with him....

Aku tak berapa tahu pasal personal life dia, cos aku ni mmg kalau org x cerita maaflar memang aku takkan tanya, siapa wife dia pun aku tak tau.... but who cares kan, i'm his fren so why i nak tau siapa wife dia pun.... lagipun i bukan ada affair dengan her huby becos i also ada huby yg i sayang sgt2 kan.....

Last 2 weeks we all celebrated his b'day 2gether, me, my huby & him, i was very hepy when i saw him smile bila i bagi dia hadiah, it just a book but i know he will like it sbb both of us sayang sangat2 dengan Tun Mahathir. I bought him buku terbaru Tun "A Doctor In The House : Memoirs of Tun Mahathir Mohamed"....he was so surprised when he saw that and asked me "hey how do u know that i luv him so much" and i said "i knew it becos i luv him as much as u luv him"......

Walaupun kami cuma celebrate dekat tempat yang cuma biasa2 tp its very memorable lepak smpai almost 2 in the morning, and then the next day kitaorang lepak lagi cerita itu dan ini juga smpai lewat malam, kiranya minggu tu mmg minggu suai kenal lar antara kami

Since that we r now boleh dikatakan best fren, aku boleh terima cara dia yang walaupun kadang-kadang buat aku geram sgt..... but he's so funny, dia betul2 type of person yang boleh aku jadikan kawan.... tapi hati tu risau la jugak, my huby mmg la ok, tp how about his wife kan, mana tau 1 day she find out pasal friendship ni, kot dia marah aku plak mcm mana kan.... hahahaha

But i really hope that this friendship will last forever......

MENEMPUHI LALUAN BARU



Apa yang dapat aku tafsirkan ialah kami kini sedang melalui 1 laluan yang baru. Kenapa? Begini ceritanya, Allah telah menemukan huby dengan seorang insan yang sudi membantunya untuk membangunkan perniagaan kecil-kecilan kami......

Insan itu cukup sederhana, agak berjaya biarpun masih muda. Aku menerima kehadirannya dengan penuh rasa syukur. Telah beberapa kali bertemu dan berbual membuatkan aku merasa senang dengan cara dan tutur katanya. Pada pandangan peribadiku, beliau nampak ikhlas ingin membantu, pernah beliau katakan padaku "Saya menganggap yang Allah menghantar manusia ini kepada saya untuk saya bantu hidupnya"..... apa yang boleh aku katakan aku sangat2 berterima kasih pada beliau dan juga pada Allah S.W.T

Reaksi Huby pulak, yg selama ini hanya bekerja sendiri, dia yang mengarah, salah tanggung sendiri, rugi pun tanggung sendiri tapi kini ada orang pulak yang 'memonitor' setiap kerjanya, merasa agak kurang senang pada awalnya, malah hampir putus asa dan ingin menarik diri.

Namun aku cuba meyakinkannya yang semua itu adalah perkara biasa, malah dengan siapa sekali pun kita berurusan pasti akan ada masalahnya. Tugasan menjadi makin berat bila projek yang dijalankan di Melaka bermasalah disaat-saat akhir. Aku membuang terus rasa penat dan letih dan terus memberi sokongan malah membantu beliau dan teman menyelesaikan masalah tersebut. Biarpun huby sudah kelihatan penat dan hampir putus asa tetapi aku tetap terus memberikan semangat. Hampir seminggu aku hanya tidur di dalam kereta kerana ingin menemankannya bekerja waktu malam dan boleh membantunya memandu di waktu pagi..... alhamdulillah berkat kesabaran segalanya dapat diselesaikan dengan sempurna biarpun agak lewat.

Huby msh belum cukup yakin dengan apa yang dilakukannya sekarang, namun aku tidak pernah merasa putus asa untuk terus meyakinkan dia. Seringkali aku katakan "Sayang inilah harga dan pengorbanan yang kita harus lakukan andai kita inginkan perubahan dlm hidup kita".......

AKU DOAKAN YA ALLAH TABAHKANLAH HATI SUAMIKU, BERIKANLAH DIA SEMANGAT DAN KEKUATAN UNTUK TERUS MELALUI SETIAP CABARAN YANG ENGKAU BERIKAN YA ALLAH.

dan untuk INSAN itu...

YA ALLAH BERIKANLAH DIA KESIHATAN, KESENANGAN DI DUNIA DAN DIAKHIRAT, MURAHKANLAH REZKINYA DAN LIMPAHKANLAH RAHMATMU KE ATAS DIRINYA DAN JUGA KELUARGANYA YA ALLAH....