Elegant Rose - Working In Background

KOTA KINABALU - Part 1 (Dari KK ke Kundasang)

Kitaorang husband and wife baru balik dari KK, kami ke sana dari 12/4 hingga 15/4..... it was a great and memorable trip.  

Actually 12/4 tu anniversary kitaorg yg ke 16 thn, so mmg awal2 dh pilih tarikh tu...  Dah few years dah kitaorang pegi travel time anniversary.... sebelum2 pg travel tu normally ktorang akan ambil cuti jgk, tapi cuma jenjalan dlm KL, makan dan tengok wayang sama2.  But now alhamdulillah rezeki lebih sikit so kitaorang akan travel ke mana2, spend time together for few days... dan anak2 yg dh besor tu pun dh faham dh, yg mama ngan abah akan pergi bercuti ber2 ...

Ok jom tengok gambar sambil bercerita ...


Sempat bergambar dlm flight....  sepatutnya tapai tebang tu jalan pkl 4.25 ptg, tapi tunggu punya tunggu sekali capt kapai buat announcement ckp lambat sikit sbb traffic congested katanya..... hah jangan x tau naik tapai tebang pun trapik jem okey ihihihihihi.  So dari sepatutnya sampai ke KK pkl 7 makanya kami lewat lebih 1 jam.... sian org dari hotel tu dok tunggu kt epot.

Pada yg belum penah ke Sabah, ni nk cita sikit..... bila smpai kt sana tu imigresen akan isu 1 slip berupa pas lawatan sosial utk kita2 yg dtg dr semenanjung ni.  Hari ktorg sampai tu, hanya 1 kaunter saja dibuka tuk pemegang IC Malaysia dan dlm waktu yg sama, 2 biji tapai tebang landed serentak.  Korang leh byg tak betapa ramainya manusia dok beratur nk amik slip tu..... my comment "sgt tak practical system yg dorang gunakan......". Dan slip tu jgn pulak korang hilangkan, sbb kita perlu pulangkan masa kita nk balik nnt.

Ok dah selesai kan isu itu ini kt epot, ktorg terus gerak ke hotel.  Kitaorang stay kt Casuarina Hotel yg letaknya cuma 5 min dari epot, dan disebabkan lokasinya yg dekat dgn epot tu, maka Casuarina provide free epot transfer.  Casuarina juga dekat dgn pantai Tanjung Aru, jaraknya dlm 5 minit perjalanan berjalan kaki gitu.....

Bilik masa 1st time cek in...

Bilik masa 2nd time cek in
Kitaorang stay kt Casuarina for 2 nights (room rate RM118/room/night) .... iaitu malam 1st kitaorang sampai ke KK dan malam terakhir selepas kitaorang balik dari Kundasang.  Casuarina oso provide bekfes but a very simple bekfes 

A cup of tea or coffee 


and this ...... lgsg x sedap, roti keras kejung butter x sedap, jemnya ntah jem apa, rasa manis ja
Ok thats all pasal Casuarina.... jom start jenjalan.  

Kitaorang sewa kereta Viva kt sana,  RM90.00 sehari.  

Ni lar kete kecik yg kitaorg sewa...... tetiba terjatuh hati plak kt Viva 
Plan kami untuk hari pertama ialah memandu ke Kundasang dan berhenti di tempat2 menarik di sepanjang jalan tu..... so tempat pertama yg kitorg singgah ialah Jambatan Tamparuli...



Panjang kot jambatan gantung ni..... berani jalan kt ujg tu ja lah, mau nk jalan smpai ke ujung mmg idak lerrr. Actually x der dlm senarai pun nk singgah tengok jambatan yg glamour ni, tapi dh I ni mmg jenis suka tinjau kiri kanan dan secara tak sengaja ternampak dan hubby plak apa lg, terus reverse keta dgn penuh semangat nk bergambor kt situ.  (jambatan ni di Tamparuli, perjalanan dari KK menghala ke Kundasang, terletak di sebelah kiri jalan dan sebelum sampai ke Rumah Terbalik).  Actually tempat ktorg duduk ni kira penghujung jambatan, naiknya dr mana cek tak tau, maaf la yer....


Ha siap letak lagu lagi tu..... ihihihihi 

Lepas ambik gambor kt sini, ktorg teruskan perjalanan ke Rumah Terbalik atau The Upside Down House of Borneo. Senang sangat nk cari tempat ni, tepi jalan dan mmg ada signboard besar kt situ.  


Entrance fee... RM10/person





Badang..... ihihihihi 









Tempat ni menarik, ideanya sgt bagus dan demi menjaga originaliti tempat ni, pengunjung2 x dibenarkan sama sekali mengambil gambar atau video di dalam rumah terbalik. Cuma agak pening bila masuk ke dalam rumah tu, ye lah tetiba suma benda kt atas kepala kan..... ada TV, katil, almari, peti sejuk dan segala keperluan rumah kt dalam tu dan semuanya upside down, mau nya x pening ... 

Selesai pusing Rumah Terbalik, kitaorang meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park..... tapi sebelum tu sempat singgah di 1 kawasan yang menjual barang2 yg diperbuat daripada rotan.  Ermmmm x tau apa nama tempat tu, tapi tepi jalan sebelum sampai ke Pekan Nabalu.....

Org tempatan di sana percaya bubu adalah simbol rezeki.... so ada bubu kecil 
dan bubu besorrrrrrrrrrrr .........................
Lepas tengok barang2 tu..... kami teruskan perjalanan.  Sempat singgah kejap kt Pekan Nabalu tapi cuma 2 3 kedai ja yg bukak sbb ari tu ari Ahad, do we decided untuk jenjalan di Pekan Nabalu keesokan harinya...

Antara pemandangan indah di sepanjang perjalanan ...

Exited sgt bila 1st time nampak puncak gunung kinabalu ni....

sempat singgah bergambar ....

Gunung Kinabalu di hadapan......
Sambil melayan keterujaan kami melihat pemandangan, kami kemudian singgah ke Kinabalu Park...... dan di sinilah tempat kalau nak daki Gunung Kinabalu yer..... ada entrance fee kt sini, RM3 seorang.



ruang pameran.....

Di dalam ruang pameran tu ada time kapsul..... 


Lepas layan pemandangan cantik (time ni dh x nmpk puncak gunung dah tapi pemandangan dia tetap cantik) kami meneruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm pulak.....

Di dairy farm ni pun ada entrance fee jugak yer.... RM3 sorang 

Pemandangan kt sini mmg indah.... masuk2 je kawasan ni terus jatuh cinta




(Shira.... lembu yg dok baring kt ujung tu la makan tuala aisy...)




Kt dalam ni ada jual susu lembu, ais krim dan mcm2 lg.....

tgh beratur tuk beli eskrem... nmpk tak kt sebelah kiri I tu ada tong air yg mcm kita selalu beli air sejuk tu kan, air tu free sbb dorang tgh buat survery tuk new flavour.....  dap dap dap


Hubby pilih yam dan I pilih yogurt dgn toping bb.... sedapppp sgt eskrem ni sbb terasa susu lembu asli

Dari kawasan yg 1st ada kedai jual susu segala tu, ktorg bergerak pulak ke photography area..... kt sini kalau ada yg nk ambik wed pic pun bleh.... dorang charge RM100.00 tp mmg berbaloi la kalau nk amik gmbr kt sini sbb mmg cantik dan cantik dan cantikkkkkkk











Ok .... jgn cakap "banyaknyerrrr gambor..." sebab sebenornya masih banyakkkkkkk lg yg i x upload kt sini tau

Selesai kt Dairy Farm kitaorg konon nk terus ke resort, tapi dalam dok pusing cari makanan tu ternampak signboard Kundasang War Memorial.  Memandangkan masih awal lagi waktu tu, baru pkl 1 tgh hari maka kami decide pegi siap2 tempat tu instead of pegi the next day....

Kt KWM ni pun ada entrance fee jugak, RM2 per head.... kt KWM ni bknlah ada apa pun, dorang bina tempat tu untuk memperingati pejuang2 yang terbunuh ... tapi tempat tu cantik dan best nk ambik gambar.... jom layan 




ni di kawasan atas .... cantik jugak 

dan ini ialah pemandangan dari kawasan atas tu.... cantik kan 




Ok, rasanya dh panjang berjela2 dh ni.... so I nak stop kt sini.  Part 2 nanti i akan sambung pasal Kinabalu Pine Resort pulak yer..... 


2 comments:

  1. sabah memang seronok... cumanya cuba puan google jambatan tamparuli... macam lain je, :)

    ReplyDelete
  2. Iyer... sbb jambatan tamparuli yg ada dlm google gambar dari permulaan kan, tengok tak gambar sign jambatan tu ditulis stop, so itu pengakhiran nya atau anda mmg org sabah dan tahu, please advise

    ReplyDelete