Elegant Rose - Working In Background

Cuti-Cuti Surabaya Final Story

OKey let me finish cita Surabaya ni.... menyampah dh org dok tunggu lama sgt x siap2.  Kalau nk baca entry2 sebelum ni sila klick part 1Part 2 dan Part 3

On the last day kitaorang cuma habiskan masa di bandar Surabaya.  Mencari ole2, Along shopping kain baju, maxi dress kt sana murah, cantik2, latest design dan byk jgk pilihan tuk org plus size.

Kami juga sempat melawat House Of Sempoerna (HOS) ... a ah kilang rokok Sempoerna tu.  Masuk2 ja kt dalam tu, ai rasa mcm "wahhhhhhhhhh what a nice smell..." seriously bau tembakau kt dalam tu sangat wangi sampaikan ai ckp dgn husband "kalau dh gini sedap bau tembakau tu, kita beli je lar rokok tu bawak balik rincik2 halus masuk dlm mangkok, mesti harum mewangi rumah kita"... sekali laki ai ckp "nnt org ckp kita gila boh tembakau buat aromatherapy" muhahahahaha

Kt dalam tu ada Muzium, ada art gallery, ada kedai menjual2 premium item dan juga cafe.... terdapat 1 ruang di mana kita boleh melihat sendiri kilang rokok dan cara penyediaan rokok berkenaan dengan tangan, ya hand made... ha bab ni yg semua teruja ni. Pantas... bukan2 tapi sangat pantas dorang bekerja.  Seolah2 10 jari tangan ada peranan masing2 dan menurut sumber ada lbh kurang 400 pekerja wanita dalam kilang tu dan dorang boleh hasilkan 325 barang rokok sejam... tapi sayangnya pihak House of Sempoerna dh tetapkan rules tidak boleh sama sekali ambik gambar di kawasan tu... .so no pic, kalau nk tgk gak, korang google je lah...

Muzium area
(suka plak gambar ni...)
itular tokey rokok Sempoerna ya anak2 murid...... yg dlm gambor bukan yg ber2 kt tepi lemari tu ihihihihi
sempat main2 jual beli ikha ngan abang wahid....





kt dalam cafe ni ada jual rokok kalau nk buat ole2... tp kami x beli sbb rokok merbahayakan kesihatan
Keta awal yg digunakan oleh tokey rokok Sempoerna

a ah kan... kalau cinta itu buta buat apa ada bikini, pakai apa pun x nmpk dh kalau buta
Kami juga sempat ke Masjid Cheng Ho..... masjid ini kelihatan seolah sudah lama dibina tapi hakikatnya baru dibina pada tahun 2001.

Baju biru di belakang kami ialah Imam Muda Masjid Cheng Ho.... sempat iman bercerita tentang sejarah dan sebagainya pd kami.  Iman juga sempat bacakan doa 
tulis dan tandatangan guest book

Landscape di tepi masjid... 

Kami juga sempat berhenti utk bergambar dengan mercu tanda Surabaya

nama Surabaya itu mengikut sejarah ialah sempena nama ikan Hiu Sura dan Buaya yg suka bergaduh maka dibina monumen ikan hiu dan buaya sebagai mercu tanda Surabaya

Destinasi terakhir kami ialah Muzium 10 November.... yang dibangunkan sempena mengingati pertempuran antara tentera Indonesia dan Belanda pada 10 November 1945.







Selesai melawat semua tempat2 tu kami terus ke airport dan masing2 sedih sebab terpaksa tinggalkan Abang Wahid dan Thres..... ntah bila akan berjumpa lagi.  1st time dalam hidup  tour guide sebaik diaorang.... sepanjang 5 hari kami dh mcm kenal lama dan dah malah mcm family.  Apapun terima kasih yg tak terhingga pada Abang Wahid dan Thres yg x jemu melayan kerenah kami yg macam2.,.....

sempat bergambar sebelum say bye bye..... sedih

Ok last sekali nak bagi contact number Bromo Adventure Land, kalau ada yg ingin ke Surabaya dan nak dapatkan khidmat Wahid dan Tres sila hubungi Wawan di no +006283833477659.  Untuk pengetahuan korang ai dh buat comparison harga dan Wawan gimme the best price dan harganya berbeza mengikut kehendak kita ya, means kita nak ke mana nk hotel mana,  tapi apa yg ai boleh guarantee insyaAllah u all will never regret unless masa u all tgh nego tu Wawan period ihihihihi jangan marah ya Wawan.... atau u all boleh bukak website dorang

http://www.bromoadventureland.com/

Bajet..... utk 5 hari 4 malam pegi sana sini, makan sedap2 dgn buah itu ini, termasuk ole2 dan beli baju dan kain sikit2 lebih kurang RM1100 seorang (termasuk duit travel agen tapi x termasuk flight tiket)

SO JOM KE SURABAYA ....... (mok cik smpai ari ni dok terbayangkan Bromo yang indah..)

2 comments:

  1. Amazing Surabaya. Nanti akan datang lagi ke sana. Nak makan bakso malang!

    ReplyDelete
  2. kami pun pasti ke sana lagi ... hanya kerana bromo yg indah

    ReplyDelete