Elegant Rose - Working In Background

DUGAAN BUATKU.....

Terlalu besar ujian yg Allah berikan padaku di sepanjang 3 bulan ini, pada cuti perayaan kristmas 25.12.2010 aku sekeluarga pulang ke kampung kerana menghantar adikku Wani dan Putra yang akan memulakan persekolahan. Ketika pulang aku dikejutkan dengan keadaan adikku Arn yang tidak dapat berjalan dan hanya berkerusi roda kerana telah dijangkiti kuman ketika membuat rawatan.

Kami pulang semula ke Rawang pada hari Ahad 26.12.2010. Sampai di rumah kami mendapat berita Arn telah dimasukkan ke wad. Aku kemudian pulang semula ke kampung bersama saudara untuk melawat Arn pada 31.12.2010, sempat bermalam dan menjaga Arn malam tu. Pagi tahun baru 2011 aku pulang ke rumah ayah untuk berehat kerana aku perlu kembali menjaga Arn di hospital pada malam tersebut. Namun aku dikejutkan dengan berita yang Allah telah mengambil kembali adik yg telah dipinjamkan kepada ku selama 29 tahun...... sedih ketika itu tidak dapat digambarkan lagi, kerana Arn pergi ketika aku tiada di sisinya.....namun aku pasrah, biarlah dia pergi dari terus hidup menderita dengan penyakitnya

Selang beberapa hari, majlis tahlil arwah belum cukup 3 hari, aku dikejutkan pula dengan berita abah mertuaku sakit dan tidak sedarkan diri.

Disepanjang tempoh adikku meninggal dan abah mertuaku terlantar, aku terpaksa membuang 2 keping tiket kapal terbang berharga RM275.00 dan 2 keping tiket bas express berjumlah RM84... jumlah nya walaupun tidak terlalu banyak namun agak terkesan di hati yang pada ketika itu agak kesempitan wang kerana belanja anak2 sekolah baru saja dikeluarkan.

Tidak sampai seminggu selepas aku pulang ke Rawang, kami mendapat berita lagi sekali yang keadaan abah semakin membimbangkan dan kami diminta pulang ke Kedah. Abah dibedah di kedua2 belah sikunya kerana terdapat nanah di dalamnya. Kesian sungguh melihat keadaan abah waktu itu, merintih kesakitan kerana pihak hospital hanya membuka lubang untuk mengeluarkan nanah tersebut dan lubang yg panjangnya hampir 4 inci tidak ditutup kembali bagi memudahkan mereka melakukan 'dressing'.


Kami kemudian kembali ke Rawang pada hari Ahad bekerja namun terpaksa kembali lagi ke kedah kerana ayah akan mengadakan kenduri arwah yg juga kenduri sempena hari lahir arwah yg ke 29, hati walaupun berelah bagi kerana belum sampai seminggu pulang ke Rawang namun dek kerana rasa tak sampai hati, kami pulang juga ke kampung.

Cukup memenatkan, cukup meletihkan...... segala2nya terasa, namun aku tetap redha dengan setiap dugaannya, kerana aku tahu Allah hanya memberi ujian ke atas insan yang terpilih sahaja....

YA ALLAH YA TUHANKU, AKU REDHA DENGAN SETIAP DUGAAN MU, AKU JUGA PERCAYA SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAH YANG INDAH YANG AKAN KAU KURNIAKAN PADAKU DI KEMUDIAN HARI..... YA ALLAH YA TUHANKU APA YANG INGIN KU PINTA IALAH TERUS KUATKAN SEMANGATKU UNTUK MENGHARUNGI HARI2 MENDATANG..... AMIN YA RABBAL ALAMIN

AKU



Aku ni walau dh 13 tahun kawin, tapi bab yg paling aku rajin, ha tu ha bab yg atas tu. Bab masak memasak, bab lain 'jarang2' datang rajinnya.....

Kalau pasal masak, huby atau anak sebut jer nak makan apa, anytime as long as ada barangnya sekarang tu jugaklah aku buatkan. Dapur aku pulak walaupun ownernyer suka masak tp dapur aku simple jer..... x beroven, x bermicrowave cuma ada yg basic jer mcm stove, rice cooker, blender and sudu garpu hehehehehe ....

Tapi x punya oven bukan bermakna aku x pandai buat kek tau, aku akan cuba cari resipi di mana2 sahaja untuk buat kek kukus yg sedap, x kiralah kek coklat, kek pisang atau apa2 saja....

Kalau di hari cuti tu, sepanjang hari kt ceruk dapur pun x per, ada jer idea aku, lauk la, kueh la, jajan la, kiranya idea x penah kering la. Tapi jangan salah aku bukannya pandai masak, cuma tahu mcm mana nak masak. Kalau pandai dh bukak restoran besor2 dh sekarang ni.... hehehehehe

Tu bab yang rajin, bab yg paling x rajin, huhuhuhu melipat kain...... x tau la kenapa yg anti sgt dengan kerja lipat kain ni, ntah nk salah siapa (mmg salah sendiri la pun). Yang baiknya nasib aku pasal lipat kain ni ialah, huby aku rajin pulak melipat kain ni, bagi la berapa longgok pun, kejap je disettlekannya..... Syukur alhamdulillah so aku x la pening sangat, cuma dia ni selalunya sibuk, keje siang malam, so kena la tunggu time free dia kt jarang2 sekali nak ada tu.....

Huby aku ni plak dia anti ke dapur, pinggan mkn sebiji pun jgn mintak dia tolong cucikan..... bak kata org jgn harap lar. Tapi bab2 lain dari kemas rumah, cuci baju, sidai baju, lipat kain cakap jer nak mintak tolong, any time dia akan tolong....

Alhamdulillah itulah hidup kami yg penuh dengan kesederhanaan dan perkongsian....

Cuti Maulidur Rasul - 15.02.2011



Semalam umat Islam di seluruh dunia bersama meraikan hari kelahiran Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Bergema selawat ke atas nabi di seluruh ruang udara, baik di luar, di dalam TV maupun di radio.... tak kurang ada yang mengadakan perarakan beramai2 dengan membawa sepanduk dan beramai2 berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Namun ada jugak yg mengambil kesempatan untuk pergi bercuti ke tempat2 peranginan. Aku pulak stay kt rumah jer, huby aku tu walaupun masih sakit & tangan berbalut tetap pergi bekerja.

Pkl 10 baru ke kedai mencari barang untuk dibuat lauk, disebabkan x sempat nk bekfes sebab dh terlajak waktu so aku terus saja masak untuk 'branch' aku dan tuan pu3. daging masak merah, sawi + lobak merah direbus bersama ikan bilis, gorengkan telur dadar untuk diri sendiri dan ikan bilis untuk tuan pu3 serta sedikit air asam dipicit bersama cili padi untuk mendapatkan rasa pedas, x pedas x sedapkan..... hehehehe

Dah makan kenyang2 baru kemas rumah dan sidai kain..... pkl 2.30 baru siap semua kerja dan mandi semula untuk berehat, tetapi perut mcm nak makan la plak sebab tadi makan nasi pkl 11 pg, so decide buat cekodok udang jer lar x la berat sgt walaupun berat jgk tu.......

Kononnya lepas mkn cekodok dan makanan dh turun ke dlm perut (kata org tua la) sambil layan cita best2 kt TV nk tido sekejap tapi x dpt sbb cita2 yg ditayangkan semuanya bagus2.

Pkl 5.00 bangun dr tempat mengeram ke dapur, sbb dh byk hari plan nk buatkan kek coklat utk tuan pu3 dan abahnyer.... pkl 6.00 my huby smpai blk dan mintak nk makan nasi.... my huby ni manja orangnya, bila dia sebut jer x per saya mkn pakai sudu, tu dh tau dh nk mintak suap ler tu.....heheheheh

Lepas suapkan huby mkn, kek pun dh siap tuk dihidang sebagai pencuci mulut..... sedap jgk kek tu (msk dlm bakul pas tu angkat sendiri la plak hehehehe), nnt aku bg resipinyer yer......

Itulah kisah cuti sehari selepas bekerja sehari dan bekerja lg 2 hari tuk cuti ujung minggu plak......

Sian My Huby



Ari isnin my huby dapat tugasan tukar zink dekat my office, jalankan kerja bersama2 dengan partner dia, tanpa disedari jari hantu tangan kiri terkena zink yg tajam dan baru nk di pasang..... mula2 dia ingat cket jer, bila tgk betul2 rupanya luka bukan main dlm lagi, siap nmpk tulang putih..... ngeri jer tengok

Lepas balut dengan tujuan hanya untuk menghentikan darah, kami decide ke Hospital Tawakkal yg letaknya hanya 'setapak' dari office aku, smpai di hospital dan register pkl 12.32 tghari, pkl 01.05 minit seorang sister memanggil huby msk untuk dressing katanya, aku mengikut, luka cuma dicuci dan dibuang darahnya dan kemudian dibalut kembali, seorang sister lg datang memberikan injection, dtg pula seorang Dr. berbangsa India rasanya yg menjenguk dan berkata "owh kena x-ray dulu ni, baru bleh jait", Dr. hanya menjenguk di depan pintu x pun mendekati my huby. Hati dok terfikir ni, pesal tangan luka dan terang2 jari tu boleh digerakkan tp kena x-ray..... erm nk duit lebih le tu, hospital swasta la katakan.

Selepas itu, sister tadi mintak kami tunggu diluar sehingga di panggil, malangnya sehingga jam 2 petang x siapa pun yg memanggil dan aku kemudian bertanya kepada sister yg tadinya turut berada di dalam bilik dressing. Dengan muka x bersalah sister tu berkata "eh belum buat lagi ker, tadi diaorang cakap u kena buat apa?". Aku pun terangkan kepadanya yg tadi sister yg lg 1 tu ckp nk kena x-ray. Dia pun terus ke bahagian x-ray dan kemudian dtg memanggil kami ke bahagian x-ray dan mintak kami tunggu lagi, katanya org terlalu ramai

Namun aku terdengar sister tu berkata "owh tadi diaorang dh panggil nama u, diaorang cari tapi orangnya tak ada". Aku dengan muka dh merah padam berkata "tak ada sesiapa pun yg mengarahkan kami untuk ke bhgn x-ray, sister tadi cuma mntk kami tunggu di luar"...... dh bengang dh ni, sabar dh tinggal sikit dh

Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rawatan di situ dan mereka kemudiannya mengenakan caj consultation yg aku sendiri x tau drpd siapa service consultation tu kami dapat.

My huby kemudian ke klinik swasta yg biasa di tepi2 jalan dan apabila diceritakan kisah di Hospital tersohor tu, Dr. di klinik tu pun senyum2 kambing dan tanpa melengahkan terus mencuci dan seterusnya menjahit luka my huby.....



Actually pengalaman 'manis' yg aku dpt di Hospital Tawakkal ni bukan kali pertama tp kali ke 2. Beberapa bulan yg dulu aku mendapat demam panas dan memandangkan ada hospital yg cuma 'setapak' dr office aku pun berjalan kaki perlahan2 ke situ.

Selepas mendaftar, seorang nurse kecil molek dtg mengambil suhu badan dan tekanan darah serta bertanya berapa hari demam, setengah jam kemudian aku dipanggil msk ke bilik Dr. dan beliau memeriksa tekak dan kemudian berkata "demam biasa saja nanti saya beri ubat".

Aku kemudian dipanggil untuk menjelaskan bil rawatan yg berjumlah RM56.00 dan mereka kemudian memberikan aku slip ubat untuk di bawa ke farmasi hospital. Selepas mengambil ubat dengan muka yg sangat marah dan terasa demam pun hilang terus balik ke office. Kenapa aku bengang? sebab dengan RM56 ringgit tu aku cuma dpt consultation dari Dr. yg hanya cek tekak aku, bersama sekeping antibiotik dan 4 papan panadol yg aku bleh beli kt 7E di sebelah office ni.....

Kesimpulan dari 2 kejadian ini, jgnlah ke unit kecemasan mana2 hospital pun, baik kerajaan atau swasta sama saja...... kalau setakat demam beli jer la panadol kt kedai runcit x payah lar susah2 nk ke hospital yg 'berprestij' tu......

Doa untuk hari ini

YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKAN KAMI KEKUATAN UNTUK MENGHARUNGI SEGALA DUGAANMU YA ALLAH, BERIKAN KAMI KESIHATAN AGAR DAPAT KAMI CARI REZKI MU YANG MELIMPAH DI BUMI MU INI YA ALLAH.... AMIN YA RABBAL ALAMIN

ITS ALL ABOUT CUTI2 MALAYSIA




Erm..... tajuk pun dh menarik dh, mmg mencari kegemaran ktorg 1 family kalau pasal cuti2 ni, pantang ada kelapangan memang ilang dari KL ni. Our faveret destination ialah CH dan KT, tp kalau cuti tu kejap je, ktorang suker ke Lumut, picnic dekat Teluk Batik.

Why CH dan KT? CH tu sejuk, udaranya nyaman dan hijau jer, tu yg for sure x der kt KL ni lar. KT pulak special sbb scenery & its white sandy beaches. Dari KL ikut lebuh raya pantai timur ikut arah Cherating-Kemaman..... apa yg aku boleh ckp pemandangannya cukup indah dan mendamaikan.

1st time ke CH lebih kurang 8 tahun dulu, pegi dgn my hubby, it was like a swit honeymoon to us...... really2 swit, since that kitaorang tak pernah jemu2 nk ke CH, even anak2 pun suka mengajak kami ke sana. Boleh di katakan CH is like a second hometown to us. Pernah aku dan huby ke sana hanya sebab untuk berehat, means smpai sana sebelah petang, sewa bilik dan terus tido, bangun maghrib pegi mkn dan blk tido semula and then the next morning bangun dan bersiap tuk check out dan turun balik ke KL......

Adakalanya kami ke CH few times a year, sampaikan org sebut je nama hotel atau apartment memang kami dh tahu kt mana tmpt tu, sebut ja nk kemana kami boleh tunjukkan. We even sometimes jadi tourist guide pulak dekat kawan2 yg baru 1st time ke sana. Wwe even know few of agent yg ada sewakan hotel dan apartment kat sana, bukan saja kenal tp dh menjadi kawan. Disebabkan itu juga bila ada teman2 nk kesana, mereka akan cari kami utk dapatkan contact no agen2 ni dan insyaAllah harga yg ditawarkan pun bagus bila mention to them that they got the number from us. SHARING IS CARING kan......

Pasal KT pulak, kami baru jer mengenali keindahan KT ni lebih kurang 3 tahun lepas. Masa tu anak2 bersekolah di Kedah so me and my huby tggl ber2 di KL. 1 day hari sabtu my huby said "jom kita keluar jalan2, bwk baju cket", i pun ikut jer..... mula2 mcm x tahu nak ke mana tp at last terfikir why not pegi KT..

Masa tu ktorang reach Cherating dh petang dan smpai KT dh mlm, pegi last minit, so mmg x booking la hotel kan, so we decided to spend our 'honeymoon' di KT dlm kereta.... tp this experience actually yg membuatkan ktorag suka pasal KT, kemudahan yg disediakan cukup selesa, ada bilik mandi dan tandas yg ckp selesa, Terengganu juga begitu mesra dengan papan tanda, senang mencari tempat2 istimewanya. Ikut jer papan tanda insyaAllah kita tak kan sesat.....

Lepas tu, KT menjadi destinasi percutian kegemaran kami. Walaupun baru 3 tahun mengenalinya tapi dh more than 3 times dh pegi....tp belum habis tour lagi, msh byk tempat yg perlu diterokai sbb Terengganu bukan sekecil CH kan.....


YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU LIMPAHKAN LAH REZKIMU KEPADA KAMI, SEMOGA DAPAT KAMI NIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN MU INI YA ALLAH, AMIN YA RABBAL ALAMIN

P/S : maaf abg.... amik gambar x mintak izin hehehehe

KENANGAN LALU



Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga bahagia Hj Ismail bin Ibrahim dan Arwah Puan Leha Binti Said, dilahirkan pada 07.08.1977, anak kedua bagi pasangan istimewa ini. Keluarga kami tidak terlalu besar aku punya seorang abang yg 5 tahun lebih tua dariku dan seorang adik lelaki yg 5 tahun lebih muda dan seorang adik perempuan yang lahir ketika aku berusia 8 tahun.

Abang, Mohd Rizal Bin Ismail, aku Nor Razila Binti Ismail, adik lelaki Mohd Ridzuan Bin Ismail dan adik bongsu Nor Ridzuani Binti Ismail. Kami cukup rapat diantara 1 dengan yg lain, abang biarpun jarak umurnya dengan adik2 agak jauh tetapi itu tidak pernah merenggangkan kami.

Ibu pergi meninggalkan kami diwaktu abang berusia 17 tahun, aku 12 tahun, An 7 tahun dan Wani 4 tahun. Kami waktu itu masih terlalu mentah untuk mengenali dan memahami erti hidup tanpa seorang ibu. Bersama ayah yang tak pernah kenal erti penat, mencari rezki, memasak dan juga menyediakan segala keperluan diri dan anak2 seorang diri...... Masih segar dalam ingatan bagaimana ayah bertungkus lumus menyediakan hidangan bersahur dan berbuka sebelum dan selepas balik dari kerja. Ayah jasa ayah tak mungkin dapat kami balas seumur hidup kami.

Diwaktu ketiadaan ibu kami membesar bersama, aku sebagai kakak yg baru nak melangkah ke sekolah menengah perlu belajar untuk mengemas rumah, membasuh dan memasak untuk adik2. Abang pula baru mula mencari kerja selepas tamat tingkatan 5. Hidup kami serba sederhana, cukup makannya, cukup pakainya..... biarpun tidak begitu mewah tetapi kami bersyukur dengan apa yang kami ada.

Masih juga segar dalam ingatan bagaimana kami mengumpul duit belanja untuk membeli makanan kegemaran kami seperti keropok jajan, sate ikan, karipap...... semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan apa cara sekalipun.

Tahun 2011 kami semua sudah dewasa, abang baru menyambut hari kelahirannya ke 39 beberapa hari yg lalu, aku sendiri sudah memasuki usia 34 tahun dan Wani sudahpun 26 tahun, tetapi An tiada lagi bersama kami, An pergi dan tak kan kembali kini hanya tinggal kami bertiga mengimbau kenangan lalu yang terlalu banyak manisnya biarpun kelat di mata orang lain....

Ketahuilah Ayah, Abang dan Wani aku terlalu menyayangi kamu semua biarpun kita tak selalu bersama..... AN pulak akan sentiasa di hati, di mata dan ada dengan aku disetiap waktu..... AN semoga engkau tenang di sana adikku

10.02.2011 - 40 HARI




40 hari sudah berlalu, namun aku masih seperti 40 hari yang dulu, menangisi akan pemergian adikku tersayang.....

01.01.2011 saat jenazahmu diusung keluar, aku berkata "ADIKKU TELAH PERGI, KELUAR DARI RUMAH INI DAN TAK KAN KEMBALI LAGI".....

AN sapa lagi yang nak merengek mintak aku masakkan sambal ayam, terung goreng kicap, sambal bilis, sambal tu, sambal ini..... siapa lagi nak telifon aku mengadu itu dan ini, mengadu sakit sana dan sini, mintak aku uruskan itu dan ini..... sungguh aku tak kuat untuk lalui semua ini......

YA ALLAH KUATKAN SEMANGAT KU UNTUK HIDUP TANPA ARWAH, TENANGKAN ROH ARWAH DI SANA, LIMPAHKAN LAH RAHMATMU KE ATAS ROHNYA YA ALLAH TUHAN YANG MAHA MENGASIHANI..... KAU AMPUNKANLAH DOSA2NYA..... KAU LAPANGKAN LAH KUBURNYA DAN KAU TEMPATKANLAH DIA BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN YA ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM

ADILA


ADILA tu sebenarnya bukan siapa-siapa pun di dalam keluarga kami ni, cuma sedap disebut bila membabitkan nama hubby dan aku. Hubby 'ADI' dan aku 'ILA' jadi untuk memudahkan maka jadilah adila instead of sebut ADI dan ILA.

ADI bertemu ILA pada tahun 1991, bermula sebagai best friend dan kemudian keserasian timbul dan kami mula serius menjadi 'teman tapi terlalu mesra' setahun kemudian. Waktu itu kami masih terlalu mentah sebenarnya untuk menilai erti cinta dan kasih tetapi kerinduan dan terasa kehilangan bila berjauhan membuatkan kami faham yang kami amat memerlukan di antara 1 dengan yg lain.

Bertunang pada tahun 1997 di usia 20 tahun dan menjadi suami isteri pada usia 21 tahun, kami masih terlalu muda waktu itu, di tahun ini 2011 telah genap 13 tahun usia perkahwinan kami, shukur alhamdulillah perasaan cinta dan kasih, rindu dan saling memerlukan diantara kami tidak pernah pudar malah kian menebal waktu ini...... doaku pada Yang Maha Esa kekalkanlah ia hingga ke akhir hayat kami.

2 orang cahaya mata melengkapkan lagi kehidupan kami, biarpun kecil nombornya tetapi kami cukup bahagia kini, abang DANIal dan zalIKHA atau DANIKHA kini berusia 12 dan 9 tahun. Kami cukup berbangga dengan apa yang kami perolehi biarpun ada yang berkata "mama dan abah baru 34 tahun tapi anak sudah punya kad pengenalan".....

AKU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH TUHAN YG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG, BERKATILAH HIDUP KAMI, LIMPAHKAN REZEKI MU KEPADA KAMI DAN JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH, BERGUNA KEPADA MASYARAKAT, AGAMA DAN BANGSA..... AMIN YA RABBAL ALAMIN