Elegant Rose - Working In Background

AN dan KAK



"Brother and sister, together as friends, ready to face whatever life sends. Joy and laughter or tears and strife, holding hands tightly as we dance through life"

19 Januari 2012


(EHSAN DR FB SNAPSYNDICATE)

Pada tarikh ini, 30 taun dulu waktu aku berumur 5 taun, aku dpt sorang adik yg putih melepak, idung mancung dan bibir dia sama mcm bibir mak itulah AN,adik yg cukup bijak dan nakai.......ramai tanya pasai pa panggil AN, actually dulu kecik2 kami plan nk panggil dia ni MAT tp bila dia dh pandai ckp dan org tanya nama dia sapa dari MOHD RIDZUAN tinggal AN ja sebab pelat ehehehehe

Sgt sukar nk terangkan mcm mana AN ni sebenarnya......... dia sgt2 kelakar, kalau dok dgn dia x gelak saja la kan, especially bila dia bukak teka teki dia tu, dia juga penyanyang dan x lokek langsung. Tp jenis yg x boleh tahan, kalau ada yg x kena di mata dia mmg kena la......

7 tahun selepas AN dilahirkan, mak pergi tinggalkan kami 4 beradik dan sejak tu 3 tahun kami melalui hidup susah senang tanpa mak bersama2.  Aku yg baru 12 tahun waktu mak meninggal telah BERTUKAR bukan saja kakak lagi tp pengganti mak jugak tuk adik2..... kalau pasai kena buli x payah ckp lar, apa yg dia x buat kt aku, hentak tangan kaki ngan kayu, pegang kepala hantuk ke dinding, kejar 1 rumah, jolok ngan galah buloh semua ada (ingat lg arwah Cu sebelah rumah ckp bila dia jolok galah buloh nk pukul aku "an jgn buat mcm tu mati kak hang sat gi".... ahahahaha), tp tu semua sebenarnya yg membuatkan aku dan AN cukup rapat smpailah ke akhir hayat dia sehingga 24 jam terakhir dia di dunia ini kami habiskan bersama, makan, berborak dan berlawak...........

Tiap-tiap tahun masa birthday dia, asal aku terlewat sikit dia akan kol dan marah "Kak hg x ingat ka ari ni ari apa...." dan aku kena la cover ckp "ingat tp x dan lg nk call hang......... HEPY B'DAY" dan soalan wajib ialah "hah hadiah apa plak hg nk bg kt aku taun ni...." walaupun hakikatnya 2 3 taun sekali kot aku bg hadiah kt dia..... tp ni dh 2 taun aku celebrate b'day AN tp AN x dak dgn aku, x dak kol marah aku dah, x tanya hadiah dah........ AN pergi dulu tinggalkan aku dan Cik Ni, AN sekarang dok dekat dgn mak........



SELAMAT HARI LAHIR ADIKKU SAYANG.......... SEMOGA ENGKAU TENANG DISANA 

AL-FATIHAH 

Bayar Duit Toll

Actually selalu sgt dh rasa geram dgn gaya hidup dan caya eh raya la awat dok salah taip ja ni..... cara hidup org kita kt mesia ni (sebut mesia tu kena sama cam Corby cite Elly dan Epit tau)

Salu sgt geram especially bila dekat plaza toll....... heran bila ada antara kita yg suka "ralit" means bila dh smpai toll tu lar baru nk cari tiket, nk cari kt mana purse/wallet, siling kt mana.  Addoi kak oi, abang oi, adik oi, awat lagu tu.  X kan x tau kot dh ikut hiway mesti la kena bayar tol kan, x tau la plak kot selama ni dorang dok bertawar menawar ngan toll teller tu mintak kurang ka apa ka...

Contoh nyer...



(tima kasih mok cik google dan adik manis)

Sampai ja kt toll depa tanya "berapa ringgit" x pun tunggu keluar kt screen tu pas tu ckp "adik toll, akak/abg ni org susah la dik, x leh kurang sikit ker...." ha kot mcm tu la kot no, tu yg dok jd lembab sgt tu.

No what i'm trying to say is, x boleh ka dh dekat nk smpai toll to cari tiket siap2, sediakan duit siap2.  Org kt belakang ramai lagi kot.  Kot toll tu mmg jenis yg x der org lalu lain lar kan.... kalau ya pun tengah berdating kt dalam keta ka, tengah bergaduh laki bini ka, tempik anak ka apa ka, kena gak la fikirkan org lain. Mana tau kan org yg dlm keta belakang tu tengah sakit ka, nk beranak ka kan...... eh jgn ckp org sakit, org nk beranak x leh bwk keta sendiri, kalau dh x der org nk tolong bwkkan, so bwk la sendiri kan.....

Ok3 sudah2...... lg byk cita lg byk membebel nanti, so akhir kata, belajarlar supaya jgn ralit yer tuan2 dan puan2 semua (especially yg bwk kete besor2 tu, iyerlar duit pun msti besor kan tu yg teruk nor rupernyer tu)

Cameron Highlands

Cameron Highlands (CH) ialah antara destinasi percutian yg plg I suker (suker sgt2 kot).  Actually bkn sebab tempat tu happening, tp sebabkan surrounding dan cuaca sejuk tu yg menyebabkan I suka.  Bila kt sana rasa nk tido jer....... best3

Pas tu plak kalau pasal tempat tinggal mudah sgt, ada fren kt sana yang sewakan apartment.  Ada yg 2 bilik, 3 bilik dan mcm2 lg lar.  Harga pulak sgt2 berpatutan cuma diantara 200 - 350 semalam tuk apartment2 tu and for those yg baca dan ada niat nak pegi boleh lar call@sms En. Adi, 0124556058/0195744688.  Adi ni senang sangat orgnya, so contact la dier nanti yer.

Ok untuk ke CH ada 2 jalan yg mcm semua org tahu, 1st sekali jalan lama ikut Tapah.  Kalau nak ikut jalan ni kena amik exit Tapah (Exit 132) kalau melalui PLUS Hiway, lepas bayar toll ambik simpang ke kiri (ada signboard) dan terus jer sampailah ke Tanah Rata.  Tapi kena ingat jalan ikut Tapah ni sangat bengkang bengkok sejauh lbh kurang 60km, for those yg tahan mesti muntah punyer lar (me oso 1st time ikut jalan ni muntah ijau kot ehehehehe) 

Ataupun boleh ikut Simpang Pulai (lebih dkt kalau dr Utara, dan lbh jauh kalau dr Selatan).  Dari PLUS Hiway amik exit simpang pulai (exit 137) dan selepas toll ambik simpang ke kanan dan lebih kurang 200 meters akan ada lg 1 simpang 3 bertrafik light dan belok sekali lagi ke kanan.  Jalan agak bengkang bengkok tapi seriusly adalah lebih baik dr jalan Tapah.  Selepas naik turun dan naik turun bukit di situ, kita akan jumpa 1 simpang ke kanan untuk ke Tanah Rata dan kalau terus kita akan ke Gua Musang, Kelantan, so jgn terlepas tau.

Ok its all about how to get there...... dan skrg mesti nk tau apa yg menarik kt sana kan.  Ok antara yg best ialah dekat MARDI atau Agro Technology Park.  Nak masuk tempat tu kena bayar x salah dlm RM3-5 mcm tu lar, murah jer, sbb tu kadang msk 2 kali kalau pergi..... (walaupun dh byk kali pergi, tp nk gak msk tmpt ni sbb nk tgk pokok2 baru kt situ)..... Kt dalam tu ada taman bunga, ada pokok teh, strawberry for sure, buah2 lain mcm grapes, pear, apple pun ader.  Pokok2 herba pun byk juga, kalau pasal bunga plak mcm2 bunga ada, dr sebesar2 bunga ros dan bunga raya dan berbagai pokok bunga hiasan yang bergantungan........ jom tengok gambor cket.........




(sory ntah taun biler gambar ni pun x ingat dah, sbb selalu sgt pergi kan)

Ok selain MARDI, yg 2nd best ialah Boh Tea Plantation, Sungai Palas.  Kalau ke CH x sampai ke sini kira mcm rugi la sgt2, sbb bkn jer ada tea plantation yg cantik tu tapi kilang tea boh kt situ tau.  Ada jugak tea shop yg sgt2 cool dan cantik.... Untuk ke Sungai Palas anda perlu berhati2 kerana simpang di sebelah kiri (kalau dari Tanah Rata) agak kecil dan signboardnya x begitu jelas.  Untuk memudahkan selepas saja Taman Rama2 anda akan nampak simpang di sebelah kiri yg jalannya agak menaik. Opppssss sebelum lupa, tempat ni tutup yer ari Senin, so jgn tetiba pegi plak ari tutup tu, rugi nanti. Jom layan gambor plak.......




(kat dalam kilang lama dorang, tp ader ke kilang baru, cek x tau la plak tang mananya ehehehehe)


My sisters

Tea plantation sebenarnya ada yg lain lagi iaitu Bharat Tea Plantation, kt sini pun tempat dia ok jugak.  Pun ada tea shop tapi tak la sehebat Boh Tea, tapi kalau nak visit why not kan..... ni ada sikit gambor kt situ 



For those yang minat jungle treking plak, mmg ada byk choice dan yg plg best ialah naik ke Gunung Brinchang.  Gunung Brinchang tu ialah Hutan Berlumut atau "MOSSY FOREST"...... serius cantik sgt, dengan tanah nya yg lembut mcm karpet dan tempat tu udaranya sgt dingin, yer lar dah semuanya berlumut kan....I penah sampai ke situ tapi bukan walking tapi naik ngan keta ehehehehe 

Ok tempat menarik selain 2 tempat wajib tu ialah Taman Rama2, Taman Lebah, Strawberry Farm (byk sgt nk namakan), Kea Farm tuk shopping sayor sayoran dan buah2an tempatan CH.  Kalau 1st time pegi dan nk beli cenderahati kt Kea Farm pun byk, kt Uncle Sam pun boleh jgk dan kalau nk tangkap gambar dan tempat yang agak menarik ialah dekat Smoke House.  Kalau nk beli cactus dan nak tengok cactus yg "BESAR PUNYA....." boleh pegi Cactus Valley...... jap cuci mater tgk gambor jap



Me at Kea Farm



Taman Rama-rama



Me at Smoke House Hotel

Tempat makan pulak x berapa byk, yg  kitaorang selalu pergi Merry Brown di Tanah Rata, Food Court depan sekolah Convent Tanah Rata, Food Court sebelah stesyen teksi Tanah rata ataupun Food Court di Brinchang (agak tersorok, kalau dari Tanah Rata selepas stesyen minyak Shell ada simpang sebelah kanan, melalui Hotel Rainbow, dia ada dekat kawasan tu).  Juga kalau pergi cuti2 season, pasar malam akan dibuka tiap2 malam atau Jumaat, Sabtu dan Ahad di waktu2 biasa.  Kat pasar malam ni semua ada, makanan, sayuran, buah2an dan juga cenderahati..........bak kata org 1 stop centre tempat ni mmg kt pasar malam ni lar....

Pasal apa yg perlu dibeli di CH, of course la fresh strawberry and other strawberry product macam dried s'berry, jem, syrup, muffin, ice cream, lollipops and so on (jem, syrup and ice cream, i rasa antara yg sedap ialah keluaran .  Don't be surprise there also bantal lar, baju, stoking, mafla, topi dan mcm2 lg yg berbentuk ataupun bergambar strawberry.  Cakap pasal strawberry ni ada 1 tempat dinamakan Big Red Strawberry Farm antara yg ok, dan entrance free dan x perlu ada minimum purchase.  Tapi.... ada tapinya, tempat tu sangatlah tinggi, masa naik ke situ anda x kan rasa apa2 tapi bila time turun dari situ, mungkin ada yg kata "tobat x mau p dah tempat tu...." seriusly menjunam bila turun.  So kalau nk pergi kt situ make sure tyre dan break kereta anda dlm keadaan yg sgt2 baik ok......



Big Red Strawberry Farm

Selain dari tu, jagung manis CH jangan dilupakan, sgt manis dan lemak.  Jagung yg mentah harganya mengikut musim, contohnyer musim cuti2 mahal ler sikit kadang tu boleh dpt 7 tongkol je tuk RM10, bila bkn time peak plak smpai 15 tongkol pun boleh dapat tuk RM10. Jagung yg dh siap dimasak pulak RM3 setongkol

Ok cukuplar dulu, kalau ada sebarang pertanyaan post kt comment yer...... 



Anak Sendiri & Anak Angkat (dr seorang manusia biasa)

Sebuah keluarga besar telah mengambil 3 org anak angkat Syukri, Zainal dan Rahmat jeng jeng jeng 


(gambar dr mok cik google.... aik der kena mengena ker ni ehehehehe)


Mereka ini dibesarkan, dipelihara seperti anak sendiri dan disekolahkan sehingga ke peringkat tertinggi.  Konflik terjadi apabila ketiga2 mereka menginjak dewasa.  Syukri seorang anak yg baik, x pernah lupakan ibu dan bapa, sakit demam mereka dijaga.  Tetapi di kalangan mereka2 yg x suka dgn sikap mak bapaknya Syukri ni dianggap sebagai seorang anak yg bodoh, ikut membuta tuli, sayang terlampau ikutkan hati........ 

Anak angkat ke 2, Zainal.  Zainal ni agak bijak jugak lar sebab dia lebih suka berdiam diri, dgn mak bapak pun kadang muncul, kadang2 tak..... kira mcm lalang la si Zainal ni, tp bila dgn mak bapak dia pandai cover, pandai berlagak baik dan begitu jugak sebaliknya bila berdepan dgn seteru mak bapaknya....

Anak angkat ke 3, Rahmat.  Rahmat ni dipandang bijak oleh sesetengah orang, kerana Rahmat pandai membangkang dan memberontak.  Dgn hasutan dia menjadi bertambah2 berani, setiap keputusan yg dibuat baginya x pernah betul dan x pernah kena dihatinya..... Bila bersama dgn pihak seteru dia yg lebih2 mengutuk, mengumpat dan mengeji dan jadilah dia org yg berani di mata golongang itu...

Suatu hari..... maka meninggallah ISMIT ULAM QHAJA (propa lebih) bersama wasiat nya.  Diperuntukkan khas buat ketiga3 anak angkat sebanyak 6 bahagian dah bergembiralah mereka2 ini terutamanya Rahmat kerana menyangka akan mendpt setiap 2 bahagian seorang.  Tetapi yg berlaku 

Syukri 3 bahagian

Zainal  2 bahagian

Rahmat 1 bahagian

Rahmat "apa...... kenapa sampai ati ayahanda buat anakanda begini, sudahkah ayahanda lupa yg anakanda juga anak ayahanda sama seperti mereka, lepas tu kenapa plak ayahanda lebihkan anak2 kandung ayahanda, bukankah kami sepatutnya dpt sama rara rata....." (dh ko maki org tu, ko x suker org tu.....so dpt lar habuan ko kan)

Zainal "terima kasih ayahanda........(dlm hati berkata kenapa Syukri dpt lebih, tp apapun Rahmat lg teruk dr aku, baik dpt dr x dpt kan...)"

Syukri "terima kasih ayahanda, anakanda berjanji anakanda akan meneruskan perjuangan ayahanda hingga ke akhir hayat anakanda ..."

Fuhhh......maka sejak kejadian itu bermulalah pertelagahan antara mereka hingga lah ke generasi2 seterusnya.  Syukri meneruskan perjuangan, Zainal dgn sikap lalangnya dan Rahmat yg sentiasa tidak berpuas ati dan mencari salah dan silap si Ismit Ulam Raja, dan semua yg ada kena mengena dengannya.....


itulah kesudahan ceritanya (hbs ker, tergantung jer.... suker ati ar citer kiter buat, so kiter la buat ending dier cam ner pun kan ehehehehehe)

So apa sebenarnya yg nak i ceritakan ni....... sebenarnya cerita ini sama lah dgn cerita politik kita ari ni.  SAYA menyokong kerajaan kerana saya rasa apa yg saya dapat dah cukup baik buat saya dan generasi saya akan datang (saya ni mcm syukri lar) dan saya juga akan meneruskan perjuangan mereka dan akan juga menasihatkan anak2 saya untuk berbuat demikian.....

Pada pembangkang2 plak..... mereka tidak salah, kerana pilihan dibuat bukan atas dasar paksaan, pilihan itu pilihan sendiri ataupun mungkin pilihan dr generasi ke generasi..... tp kena la ingat, kita membangkang, kita mengutuk dan kadang2 mengeji so bila kita dpt kurang itulah pilihan yg kita sendiri buat.....

Org di negeri yg diperintah oleh pembangkang misalnya...... kenapa perlu mengaku Melayu negeri itu dan negeri ini, berpuluh2 tahun memilih pembangkang sebagai pemimpin negeri, ada segelintir (saya katakan segelintir ya) yg mengutuk dan mengeji kerajaan yg bukan2, tiba2 masing2 mempersoalkan "kenapa kami dipinggirkan...., sedangkan kami juga rakyat malaysia dan berbangsa melayu" (status anda pada saya,sama seperti Rahmat ya)


saya pernah nampak 1 banner yg digantung di tepi jalan yg berbunyi lebih kurang begini "SELAMAT DATANG KE ..... DS NAJIB TUN RAZAK, KAMI MAHU ......... DAN KAMI JUGA BERHARAP DAPAT .......... DARI : ADUN ............... (P**), AHLI PARLIMEN.........(P**)"  malunyer ....... ko sumpah seranah org tu, ko maki org tu, bila org tu lalu depan umah ko, ko mintak bukan2........ish3


1 lagi kenapa mengikut telunjuk mereka yg mahu menghapuskan keistimewaan kita org Melayu, saya buat pengakuan di sini yg kalau itu yg diperjuangkan saya akan bermati matian membangkang demi anak melayu generasi saya yg akan datang....... bukankah negara ini, tanah air ini tanah melayu.  Tetapi ingat pengakuan saya ini bukan membawa makna saya bersikap perkauman, saya amat menghormati bangsa2 lain di negara ini, cuma keistimewaan org Melayu wajib dikekalkan dan kepentingan bangsa lain tidak dilupakan.......


So pada yg tak puas ati dengan saya...........yang terasa hati dengan saya, saya mohon maaf....... (fikir dulu sebelum bercakap mahupun bertindak mengikut perasaan)

2012.......? 35........?

Sat sebelum melalut mcm2 baik ckp ni dulu "alhamdulillah masih panjang umur lagi, masih ada peluang untuk teruskan hidup, syukur alhamdulillah"..... entri ni bukanlah pasal nk bersungut tapi cerita pasal diri sendiri yg tetiba terasa "TUANYA AKU...."


Dah la "DOBOB" wrinkles every where dah kot ............. sat tgk gambaq kt bawah ni plak, cuba banding cek ngan En. Huby cek tu....


Huhuhuhu dia nmpk muda sgt kan.....(tu la nasib kawin sebaya, pompuan cepat tua, owang lelaki, 40 pun dok muda lagi)

Actually cita dia mcm ni, both of us ni manja sikit.  Suka dok serendeh2 (berkepit la tu) pas tu cakap pun mcm mana dok cakap masa zaman cintan cintun dulu tu...... tp tiba2 terasa malu plak kt diri sendiri dan kata "malu la mcm ni, saya ni dh tua la kan..... bkn bdk2 mcm zaman kita dok bercinta dulu, saya dh x boleh mcm tu". Tapi tiba2 kena marah la plak "apasal plak x boleh tu dh kita kan.....x kan sebab dh berumur tiba2 nk kena tukar plak....." huhuhuhuhu 


Destinasi Jenjalan dan Cuti2 Mesia Tahun 2011

So secara keseluruhan berikut adalah destinasi jenjalan dan cuti2 Mesia tahun 2011.......

  1. Lumut / Teluk Batik (03/04 Feb 2011)
  2. Pusat Sains Negara (02 Apr 2011)
  3. KL Bird Park (03 Apr 2011) 
  4. Aguaria KLCC (10 Apr 2011)
  5. Kuala Terengganu (30 Apr - 02 May 2011)
  6. Grik - Kota Bharu - Kuala Terengganu (1 - 4 Sept 2011)
  7. ICT (17 Sept 2011)
  8. Air Tenjun Serendah (25 Sept 2011)
  9. Air Tenjun Serendah (8 Oct 2011)
  10. ICT (9 Oct 2011)
  11. Cameron Highlands (8 Nov 2011)
  12. Fraser Hills (17 Nov 2011)

ahahaha now i know lar..... why duit habis kan. Maunyer syik jalan jer x reti dok diam, tu yg msk list, yg p diam2 ujung minggu, karoks lar, apa lagi lar ..... owh patut lar kan3

SETAHUN SUDAH BERLALU...........

01/01/11 adik kesayangan Mohd Ridzuan Bin Ismail pergi meninggalkan kami  (aku sayang sgt2 kt arn, dan aku mmg sayang sangat2 kt abang dan adik2 aku cik ni dan adik) ........ kami amat merindui arwah, tapi kami redha dengan pemergiannya sebab arwah dah bertahun2 menderita.  Ingin nak kongsikan gambar2 arwah 2 hari sebelum dia meninggal (kredit to abg fauzi baie)








Macam tu lar rupa arwah masa dia meninggal, nmpk tenang dan macam orang tengah tido

Alfatihah buat arwah 


Tahlil dan Doa Selamat

Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah, 2011 tinggalkan byk kenangan yg perit, pahit dan sedih dan I harap tahun 2012 ni lebih byk kemanisan, keindahan dan kebahagiaan.......

Last weeken sempat buat majlis tahlil tuk arwah adik yg cukup setahun tinggalkan kami, dan buat majlis doa selamat sekali sempena masuk rumah baru..... alhamdulillah ramai jugak tetamu yg datang, walaupun hidangannya "biasa2 aja" tp cukup puas ati bila tengok tetamu makan bertambah2 .... mak masak kari ayam, me masak sambal petai ngan udang, pas tu ikan goreng, sambal belacan dan ulam ulaman.....

InsyaAllah kalau berkesempatan nak buat lagi kenduri mcm tu dlm masa terdekat ni, rasa hepy plak bila buat majlis2 mcm tu..... ada la few pictures sempat snap ari tu, jom la tgk


(aik naper terbalik.... huhuhuhu)


Pisang tu x dak kena mengena ngan kenduri pun...... ehehhee


(Gambar tetamu x der pun, gambar tuan rumah jer byk...eehehehe)


2 org anak dan kakak.....(anak sedara ler tu)