Elegant Rose - Working In Background

Buaya Punya Kasut ..........

Saya sgt suka sama itu BUAYA punya kasut dan saya juga tau ramai lagi org lain yg suka itu BUAYA punya kasut .............



Inilah tuan asal kasut ni............. hihihihi



Celery Mary Jane adalah i punya 1st Crocs (2008).........Mary Jane ni RM139, pas tu tambah Jitbitz yg comel2 tu ada lah dalam RM180-200 mcm tu.  Jitbits tu kalau yg biasa harganya RM10.90 kalau yg Disney series mahal la sikit.....


Lepas tu bila dh sedap sgt pakai Mary Jane tu x sampai setahun I beli lg 1 Cholate Mary Jane (2009), also plus few more Jitbitz ...........


Lepas tu I dapat offer kerja kt 1 tempat ni yg sgt particular pasal kasut......... so tuk memudahkan, i beli lar Cotton Candy Malindi Leopard .......... pun samer sgt2 selesa cumer disebabkan tuannyer pakai x kira waktu, maka ngam2 6 months tapaknya terus mnjd tersgt nipis...... yg ni masa I beli tu dlm RM149 ke RM169 ke cam tu lar ... luper dah, ni tahun 2009 jugak, cumernyer yg ni mmg x elok letak jitbitz so mmg I x beli lar masa tu...


Malindi Pulse ni I terbeli masa bawak my SIL pegi cari kasut tuk pegi buat haji, and of cos I rekemen kan dier Crocs kan, yer lar nak jalan buat ibadat tu byk hari plak tu, kena la pakai kasut yg selesa kan....... ni tahun 2010 and again since kasut ni warna mcm ni so I tambahkan sikit Jitbitz yg bling2 dan cute2 kt dier...... pun x ingat dah harganya tp normal la its around RM149 - 169 tu jer la


Crocs Charlie Animal Wave ni plak I beli masa nak raya tahun 2011 ari tu..... yg ni agak mahal more than RM 200 la seingat I, tp malangnya ni la Crocs yg plg x best, rupanya ja cantik tp x berapa selesa nk pakai dan boleh buat kaki melecet...... I dah pegi complain kt butik tp dorang cumer bleh bg suggestion cari plaster (yg mcm plaster luka tu, tp tuk belakang kasut) atau pun gosok lilin..... hurm very regret 


Lepas tu baru2 ni, pegi jalan2 dan nmpk Mary Jane baru ni.......cantik dan bila try tu terasa sedap la plak.  Harganya pun ok la RM189 dan yg menariknya colour dia tu boleh BERTUKAR, serius boleh tau, cos sales girl tu dh buat demo kt I.  Colour dia tu akan bertukar bila terkena cahaya .... special sgt, so I might consider this for my next Crocs.....

Sekian, terima kasih............... hihihihihi 

Kemba dan Kembey


Hi ..... i'm kemba 


and i'm kembey or my mama and abah kol me Gemoks........ 


kami dengan kakak Shira yang comel....... kak shira ni dulu mummy to our daddy tau

nice to know you guys........... ehehehehehe 

Kak Long Engagement Day

17/03/2012 
(yang tak cantik kt depan sekali hasil kerja tangan I yer..... and also the cake in a jar..)



Mak Andam Kecik ........ tp Dayah did a very good job that day


Cantik anak kiter sorang ni......... dah nak kawin dah pun x lamer lagi



Berimpit dlm bilik anak dara....... 


Sesi berbalas pantun dan memberi dan menerima sirih pinang......



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...........

Memperguna dan Diperguna

Kita kt dunia ni itular rasminya, diperguna atau memperguna......... 

Dalam menjalankan bisnes plak perkara ini sudah biasa dan kebanyakan yg pandai memperguna akan lebih cepat 'naik' dari yg lurus dan hanya diperguna sahaja.... perkataan seperti "i cuma nak tolong u" adalah propa semata2 begitu jugak dengan perkataan "u jangan risau, i takkan ambik kesempatan dekat u".

Tapi yang paling pasti dan yang I paling percaya ialah ALLAH ITU MAHA ADIL, KEBAIKAN WALAUPUN BUAT SEBESAR BIJI SAWI AKAN DI BERI GANJARAN DAN BEGITU LAH JUGA SEBALIKNYA..... 

I just want to say....... thanks for everything and i'm very glad to know u, listening to your 'auta' cerita and Alhamdulillah U yourself yang tunjukkan pada kitaorang who u really are.......... 

Bukan saja penat tapi wang ringgit yg habis langsung x berbaloi dengan apa yang dibayar ......... untuk menghalalkan tidak sama sekali ya kerana usaha kami selama ini ialah untuk anak2 tapi malangnya kami ditipu lagi........SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN DAN SEBALIKNYA

akan diceritakan lebih lanjut 1 hari nanti...............

Memori Tepi Sawah

Last weeken balik kg, hantar budak2 blk bercuti di sana sebab cuti sekolah kan....

Layan gambor jer lar ....

(En. Zaki dan Kak Azna)

Ari sabtu 10/03/2012,  byk yg dibuat termasuk kelam kabut yg membuatkan we husband and wife mcm nak pengsan, tapi petang tu my boss En. Zaki dgn isteri dan anak daranya datang ke rumah my parents dgn niat nk bergambar di tepi sawah dan ni lar beberapa keping gambor nyer........


Afifah dan Farah Idayu


Farah Idayu @ Ayu yg comel & suka bergambor 


Ni my Mr. Photog x berbayor.........


On Sunday 18/03/2012 kami berdua bertolak balik ke KL sbb anak2 nk dok kg habiskan cuti sekolah, ni benti my huby nk minun air nira nipah & kebetulan dorang jual laksa so try jer lar....


Ni bukan buat2 muka mcm terperanjat tau, tp mmg terperanjat tgk abang tu letak cili padi dlm laksa, punyer la byk, dh ruper mcm kacang panjang cili tu berenang dlm kuah...


ni plak muka hepy sbb nk mkn laksa, tapi hakikatnya mkn sikit ja sbb terlalu byk cili padi.......... 

OMG Tesco Overcharged ME .....

Ha tu dia tajuk sikit punya baguih no...... it was happen yesterday bila i pegi beli dulang kek (cake tray).  Masa pilih2 tu konon nak cari yang murah jer so i decided to take the round 1 yg ada lubang tengah dan di bawah tray tu tertulis RM13.90 .... so ok lar under bajet ambik jer lar

Tapi bila pergi bayar i was surprised sebab bila casher tu scan harga dia RM25.90, pelik rasa hati tapi bayar le jugak sbb x nak la kecoh kt situ dan nyusahkan org belakang yg tengah que..... tapi lepas tu i pegi balik ke tempat di mana i ambik tray tu dan cari balik.  Malangnyer x der pun tray yang berharga RM25.90 dan disebabkan itu i pun cari code no yg sama plak dgn the 1 yg dorang scan and finally i jumpa yg sama code tapi harganya RM20.90 la plak..... (dr 13.90, jd 25.90 pas tu 20.90)

I pun panggil 1 of their staff (yg x pakai uniform, tapi berkemeja dan ber'tie') dan i tunjukkan kt dia, without saying anything he brought me to the customer service dan cakap nanti diaorang akan settlekan.  Lepas tu dorang dok key in tu key in ni dan bagi i another receipt dan duit RM5.00 dan cakap sorry la akak....

Ini adalah resit asal 



dan ini adalah resit refund dan di situ tertulis "REFUND REASON : OVERCHARGE"

So daripada apa yang dah jadi ni, keyakinan utk kembali ke Tesco adalah sgt2 berkurangan sebab logiknya ialah, itu yg kita perasan, yang tak terperasan mcm mana.  Normally kiter2 ni semua gi Tesco mesti beli barang banyak2 kan, dan most of us tak ingat pun masa kita amik tadi harga barang tu berapa dan berapa pulak dorang charge kita dekat counter ..... am i right?

Dengan itu, kengkawan berhati2, i'm not trying to sabotaj Tesco atau siapa2 tapi kita sebagai pengguna perlu berhati2 supaya jgn ramai yg terkena dan tertipu........ 

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Ni kisahnya yg I tau mmg dh ramai yg baca dan berkongsi rasa geram di pagi jumaat ni....


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


Bukan takat baca kt paper, tapi siap ada video lagi masa dorang pegi jumpa 'MAK' ni kat hotel yg dia duduk tu...... menitis air mata bila tgk 'MAK' menangis tersedu2..... 

AKAK dah x der mak tau, dan 'ADIK' anak 'MAK' awak masih punya mak, x kesian ker, x ingat ke mcm mana dulu mak jager awak time awak sihat apatah lagi time awak sakit.  X ingat ker 'ADIK' masa mak masak makanan kesukaan dan lepas tu disuapkan plak lagi, tak ingat ker mak cuci baju dan kasut sekolah 'ADIK' yg kotor berselut dek kerana kenakalan, 'MAK' bkn jer basuh tapi digosok dan siap dipakaikan lagi baju sekolah tu kt 'ADIK'.  

Mungkin dulu hidup 'ADIK' ngan 'MAK' susah dan x semewah org lain dan kalau disebabkan itu 'ADIK' buang 'MAK', maknanya 'ADIK' dah lupa betapa susahnya 'MAK' berusaha mencari rezki untuk pastikan perut 'ADIK' diisi walaupun hanya dgn hidangan yg ckup sederhana........

Tapi 'ADIK' apa pun alasannya yg semua org tak kan kenapa boleh jadi sampai begini, itu bukan bermakna 'ADIK' boleh buang 'MAK' mcm tu...... pergila bawak balik 'MAK' tu ya sayang..........

YA ALLAH, BUKAKAN PINTU HATI ADIK SUPAYA PERGI AMBIK MAK SEMULA..... SEMOGA ADIK DAN MAK DAPAT HIDUP BAHAGIA SELAMANYA.........


Tips Melekatkan Encik Somi.....

Entry ni khas tuk adik2 yg baru kawin atau baru plan nk kawin....... Tips melekat yg AKAK maksudkan itu bukanlah "melekat" dlm erti kata lain yg berwarna biru atau kuning ya, tapi tips supaya Encik Somi selalu dgn kiter...... AKAK ni pun x la pandai sgt, bkn la sehebat Mek Jah beranak 18 yg kuar dlm Harian Metro ari ni, sat iklan ni ar cite Mek Jah kiter ...


Ha AKAK ni x lar smpai mcm tu yer...... "suami pantang tersentuh" uish haru ar tu, kalau AKAK ni samer cam tu, jenuh ar memandangkan ktorg husband and wife ni byk spend time 2gether......



Ok lar berbalik pd tips (konon, buat gaya mcm Datin Maimon kt atas tu ok "sesuwai") ni dia har nk bg sikit ..... 

1) Jgn la dok cemburu x hbs2 pg, ptg siang mlm.......ya la kan dh nama pun "cembura buta" bkn tahu siang ke mlm, x nmpk kan, tu yg 24 jam cemburu ja.....Addoi jgn gitu dong .....

2) Jgn larang sgt, lagi dilarang lagi la dia nk buat contoh "Abang jgn nk menggatal ngan pompuan lain kt luar tu yer, sayang tau abang ada pompuan lain siap abang" wah jenuh la abg ko tu dek non, pompuan lain punya la byk kt luar tu, senang ikat jer laki ko tu kt umah.........

3) Treat your Encik Somi as your BFF, ya la kalau dah BFF mesti kita share mcm2 hal dan perkara sama2 kan and normally tiada rahsia antara kita la bila dh BFF tu kan....

4) Manjakan suami tu, jgn la ckp "Ish mengada2 la dia ni, buang tebiat ke aper..." addoi Encik Somi manja marah la plak, tapi dlm masa sama warning plak jgn cari pompuan lain.... sian dier tau x der org nk manjakan dier......

5) Jgn pisah tempat tidur.... maksudnya begini normally bila ada baby, suka la sgt bg baby tido tengah2 Ibu belah kanan ayah beli kiri.....tu 1 kes, kes lain suami tgk TV smpai lewat mlm, isteri tido kt bilik pas tu mls nk bangun kejut...... so bila jd kes mcm ni dorang dh biasa tido asing2 dan dr situ msg2 x kan rasa pelik atau janggal bila salah seorg x der kt sebelah..... so kalau boleh jgn mcm tu, biar ada rasa x boleh tido kalau salah sorang x der..... 

6) 2 B CONTINUE....... ehehehehehe jgn marah erk

"Aku sangat suka hidup di Kuala Lumpur"

Adoi tajuk tu x boleh blah la kot.... yer ar mmg ar ramai org suka kan.... dok kt kota besar lagi indah Kuala Lumpur ni..... nak2 muda mudi yang sukakan non-stop entertainment.  Tapi aku tu suka in "BRACKET" ok.

Kalau ikutkan hati ni dh lama dah aku blah dari KL/S'ngor ni..... semak perut la dok sini especially bila time nk p keja x pun time balik keja jalan jem, yg tu yg paling membuatkan perasaan "sayang" aku kt KL ni bertambah2 mcm bertambah2 naiknya badan aku sekarang ni.....


Ha... ni la yg aku suka sgt pasal KL ni (ni jem semalam ni gambar celok dr Mok Cik Google)

Eh mesti org heran kalau x dok KL aku nk dok mana kan...... ok wish list 

1) Cameron Highlands, wah tiba2 aku melayang dh smpai ke sana dh skrg ni (ya la mmg la jem, tp bkn ari2 kan ada masa2 tertentu ja)

2) Di tepi pantai negeri Terengganu, pun dh melayang dah terbayangkan laut biru, pantai yg indah dan angin yg nyaman 

Sekali lagi heran awat x mau balik dok kg di Jitra, kedah ja kan.... boleh gak kedah so no. 3

3) Baling, Kedah .... i like tapi tunggu la nnt bila2 next entry cita pasai pa cek suka Baling dan apa cek nk buat kt Baling tu nnt.....

Mood Geram...

Ni yg buat I geram.......

PASIR GUDANG: “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan. 
Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. 

“Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.


“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung.


“Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,” katanya. 

Wei 'MAK' budak tu baru 5 tahun kot, soh p kedai sendiri plak tu pasal bdk tu nk makan megi mee........ maner la dia letak akal yg Allah bagi, dah la budak tu lapar........... ASTAGFIRULLAHALAZIM (sudahlar kang aku plak yg kumpul dosa)


Comel lak tu Dirang ni..... semoga Allah selamatkan Dirang

Seorang Ayah

Just nak share apa yg i dapat kat FB semalam..... sgt2 menyentuh hati



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



(aku tau semua ni, dan alhamdulillah smpai ari ni aku x penah lupa ayah....buat ayah "ayah, kak sentiasa sayang ayah....tima kasih ayah")

Model or Talents

Mungkin i ni agak kolot la kot, tp rasa Mr. or Ms. Photog mesti dh lama tau pasal ni...... kitanyer model and they are malays dan sangat2 daring no no no salah x boleh panggil daring kot sbb dorang ni HALF NAKED .... fuhhhhhh bila tgk ngan mata kapla sendiri i rasa sungguh takut, takut sbb fikirkan masa depan anak2 nnt....ni baru tahun 2012, mcm mana erk kalau tahun 2022...... nauzubillah

How do i know this...? mulanya my huby cerita yg some of his frens suka pegi shoot model2 tu and they asked him to join them.... so i pun tanya la detail dan dia pun berceriteralah yg model2 ni semua mula2 akan berpakaian hingga akhirnya yg akan tinggal hanyalah panties atau pun short pants yg sgt2 short nya.....

I pun dgn terlopong trs tanya dia "are they really do that, atau autar saja ni.." so dia cakap dia dah tengok all the pictures yg dorang snap ari tu, dan mmg model2 tu tidak berbaju besar mahupun berbaju kecik..... tp katanya x lar nmpk sgt buah2 nya sbb dorang wat cam model2 mat saleh tu gak la, tutup sikit kt tengah, juraikan rambut cam tu lar.  Tp dlm gambar la yg x nmpk sgt tu, tp kalau u are 1 of the photog sudah pastinya akan ternampaklah semua buah-buahan itu bila mereka2 itu semua melakukan pergerakan kan... (Owh my Prada...) 

(konon nk la letak contoh gambar half naked model2 antarabangsa kt sini tp x smpai ati la plak)

So disebabkan oleh cerita my huby tu, this morning dgn perasaan yg sgt2 ingin tahu, aku pun bukalah 1 of the model punya FB dan OMP mmg betul lar tu kot (prasangka aku lar) kalau dh dlm fb pun dia boleh letak gmbr dia pakai 2 pc saja kan, bkn sekeping lak tu, berkeping2 so apa ke hal dia nk bukak tuk photog2 yg mmg dah sah2 bayar dia kan.....

So i ckp ngan huby "awat yg reporter2 tu suma dok kalut sgt bila artis2 tu pakai sexy sikit, tgk budak2 ni, lg teruk kot dr artis2 suma tu...." x der ker erk akta or something yg boleh sekat benda ni kan..... 

Tp yang penting i berdoa semoga dijauhkan segala yg x elok dari anak2 dan generasi2 kita semua yg akan datang ..... eh sat mesti dok tertanya i bagi ke tak my huby pg shoot tu kan...? I ckp ngan dier its up to you, kalau nk pergi go ahead tapi i cuma nasihatkan kalau boleh jauhkan lar dr benda2 begitu...."