Alhamdulillah diberi peluang sekali lg oleh Allah SWT untuk merasai Ramadhan tahun ni...... so Ramadhan datang lagi, I sgt teruja dgn Ramadhan lebih dari bulan2 lain. Mcm2 pahala boleh kutip, sampaikan masak hidangan berbuka untuk keluarga pun byk pahalanya di bulan ni.....
Sekali lagi tahun ni, I akan share menu kami sekeluarga setiap hari di blog ni sebagai rujukan I sendiri di masa akan datang.....
So semalam 1st day puasa, cik huby amik kt ofis tepat jam 4.30 petang, dgn jem segala 5.40 smpai rumah. Ayam dh keluarkan siap2 dari pagi lagi, bukan apa takut nk pesan ngan anak bujang kt umah tu, buatnya dia terlupa jenuh nak defrost kalau dh lewat. Selepas kelam kabut mcm biasa maka siaplah ......
Yang bertanda tu ja yg masak untuk berbuka...... sambal ayam, sup sayor dan 1 lg terlupa nk letak kt situ sambal goreng. Ikan masin, ayam masak asam dan telur asin tu lebihan makanan sahur ......
1st day mmg lambat sikit nk masak, sbb nak kena kupas bawang, rebus dan mesin cili bagai..... 2nd day dh ok sikit sbb dh get ready everything dh..... x sabar dh nk blk masak utk petang ni.
Weken baru ni kitaorang balik kampung ...... bkn sesaja balik, kebetulan ada misi menghantar brg2 Yayasan Albukhary ke Kedah. So dh alang2 ada hal so ktorg pun amik kesempatan balik sekeluarga ke kampung.
Dari Rawang pukul 9.30 mlm dan smpai ke Jitra pkl 4.30 pg..... yeah 7 hours, sbb bwk keta pajero yg mmg x leh laju ditambah plak dgn brg yg penuh kt dlm tu. X mau la cerita panjang, tengok gambor dh ler.....
Aktiviti pertama pagi Sabtu tu..... mkn pulut durian. Kami org Kedah biasa makan pulut dgn isi durian dan santan dan kebanyakan org Kedah suka sgt, but for me plak, boleh la nak makan setakat setengah senduk pulut, lebih syok kalau mkn durian saja hihihihihi
Punya la nk amik feel mkn tu sampaikan sanggup dok atas lantai sedangkan meja makan kt sebelah ja.....
Lepas habis balun pulut durian, kami ramai2 pegi tengok rumah Abang yg dh 70% siap...... co tengok pintu rumah dia tu, menarik perhatian ramai org..... kayu jati dan dibeli dari Indonesia katanya....
Tengah hari plak balik ke Manggol Bongor, ada majlis cukur jambul si kecil comey lotey Hanis Humaira.... Maira ni cucu sedara kitaorang yg ke........ ntah x ingat dh byk sgt. Kecik jer sbb masa lahir cuma 2.5 kg tapi comel, bijak, baik dan x banyak kerenah.
Majlis cukur jambul yg konon kata dorang simple tu rupanya hidangkan mcm2 lauk yg sedap. Ada kari ayam kampung+ayam selasih dengan rebung, rendang ayam bandar, itik masak itam, ikan pelaling goreng dan sambal belacan+ ulam ulaman. Sayangnya Tok Mama dh dikerumuni oleh cucu2nya sampai x sempat pun nk snap pic lauk2 tu suma huhuhuhu
Ni je lah basikal yg ada kt kg, basikal tua ayah. So bebudak ni gi memaner pun dgn basikal tua ni lah......
BFF..... same age sorang lahir 16/2 dan sorang lahir 16/7, tapi yang lahir dulu tu kecik comey lotey, yg lahir kemudian plak tinggi bkn main......
Naik motor ber3...... pas tu ikha buat lawak jerit "so carry (scary), jom p tandok (tandop)....." ahahahaha
Kembali berbasikal ......
Ni plak aktiviti petang.... jenjalan pusing kampung dan pusing2 kt kawasan sawah. Pokok2 padi plak tengah menghijau so mmg cantik sangat pemandangannya.....
Gulai kawah (rebung + daging...)
Nasi Royale
Dari pintu depan rumah ayah......
Malam tu plak ada Forum Perdana yg dibuat betul2 depan rumah ayah. Siap ada makan2, walaupun cuma nasi royale berlaukkan gulai kawah tapi mmg meletup lah.......
So itulah aktiviti kami hari sabtu yg lepas...... boleh dikatakan makan dan makan dan makan ihihihihihi
Kali ni nak cerita pasal special birtday treat......office mate I Zul called pepagi mintak datang ke Tappers Cafe Oasis Square, Ara Damansara pkl 12 tgh hari dan dia cuma bagitahu dia nak buat surprise birthday party tuk wife dia Linda.
Kitaorang sampai pkl 12 sharp, tapi x der org pun dkt restaurant, luckily saw Datuk's car parked in front of the restaurant. Lepas tu ktorg terus naik ke tkt 3 sbb Datuk mmg ada personal art gallery kt situ. Bila jumpa dengan Datin baru ktorg tahu yg Zul dh lama plan untuk buat semua ni dan memang sengaja dibuat kt situ sbb nak mudahkan Zul ajak wife dia sbb konon nak ke gallery Datuk.
Pkl 12.30 ktorang turun ke restaurant. Rupanya dah ada org tapi dorang berkumpul di dalam bilik yg Zul dah booked. Bila Zul dan Linda dh dekat nk smpai, adik Linda minta we all semua tunggu di luar nak surprise kan dia. Lepas surprisekan dia dan nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu dan tiup lilin rupanya Zul ada another surprise. Linda ni mengajar poco2 kt area rumah dia, dan Zul mintak bantuan anak2 murid Linda sendiri buat flashmob menari lagu2 bollywood kt depan restaurant tu....... it was really happening bila semua org dkt kedai2 sebelah turut join we all, siap amik gambar dan video semua..... malangnya i cuma sempat amik few pictures saja dan video plak masa Linda bukak hadiah ja.... Jom la layan (i supposed amik video dan gambar byk2 tapi sayangnya my another boss dh tersesat and he keep on calling me to guide him, so terlepas la huhuhuhu)
Linda yang happy campur terharu sambil menikmati persembahan anak2 didiknya.....
Linda, Zul, Datuk dan Datin
Sangat byk makanan, starter ialah ceaser salad, garlic bread, onion rings, egg and chicken sandwich followed by main course yg kita pilih sendiri samaada nasi dengan chicken terayaki atau rendang ayam, spaghetti tomato sauce with meatball or spaghetti carbonara. Also have hainanese chicken chop atau fish and chips dan akhir sekali dessert pancake with ice cream.
X habis kt situ ja makanannya, ramai yg bwkkan kek dan dessert untuk Linda so dorang turut serve kan suma tu kt we all. Mmg keras kejung perut kenyang smpai x leh nak bangun lepas tu.
Bila dh habis makan, suma org mintak Linda bkk semua hadiah (kitaorang x bawak hadiah pun, segan sgt rasa, mana x nya pkl 10 lebih Zul baru call dan bgtahu, so mmg x sempat dh nk pegi cari hadiah). and I sempat amik video masa Zul bg hadiah kt Linda.... so suwitttt Zul
Tengok hadiah...... mcm hadiah org kenduri kawen. Mcm2 kitaorang sakat Zul ngan Linda ari tu, yer lah kedua2 mak bg hadiah bed sheet, so we all suma ckp mak dh hint nk mntk cucu baru ihihihihihihi
Tapi apapun buat Linda 'SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SIHAT2 SELALU DAN BAHAGIA SENANTIASA....AMIN....'