Elegant Rose - Working In Background

Ho Chi Minh City - Day 1

Alhamdulillah dengan izinNya kami suami isteri dan adik ku sayang Cik Ni dapat menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh City, Vietnam.  

Flight kami ke HCMC pagi tu awal gilos, pkl 7.05 pagi dan smpai ke HCMC pkl 8.05 pagi waktu vietnam (9.05 pg waktu malaysia) dan airport dorang cantik, jauh lebih cantik dari LCCT Sepang tu.  Sesampai kt sana dan keluar dari pintu airport kami terus pusing ke kanan cari bas no 152 dan alhamdulillah rupanya bas tu mmg x penah putus ada ja dok tunggu kt situ.  Maksudnya jalan sebiji datang blk sebiji lagi so mmg x pyh nk tunggu2.

Kami bagi peluang semua orang naik dulu masa tu sbb nak tanya driver berapa dan mcm mana nk bayar. Yer lar mana tau kot canggih sgt ker aper ke kan, rupanya kaedahnya sama dengan bas tabung kt Rawang tu ar.  Masukkan duit dlm tabung ala2 mesin tu dan keluar lar tiket tuk 3 org.  Seorang kena bayar 5000 dong ataupun RM0.80 jer.  Jangan risau takut sesat ke haper kos bas tu amik penumpang kt airport dan korang jangan turun2 selagi x sampai ke station bas, station bas ok bukan bus stop tau sbb bas station tu adalah last stop dan terletak seberang jalan jer ngan Ben Thanh Market yg korang nk shoping sakan tu (land mark bus station tu ialah roundabout ke2 yg ada kuda kt tengah2 dia yg 1st not very sure tp roundabout yg bus station tu ada org pegang senjata dok atas kuda tu, pas tu pandang sebelah kiri nampak Ben Thanh Market)

ni ler rupa basnyer.... (thanks mak cik google)

Nak citer pasal kitaorang dlm bas tu, mcm jakun rasa masa tu, mana tak nya dah la dgn pin pon pin pon bunyi honk tu, motor plak bapak punya banyak.  Kalau kt indon pin pon pin pon suma tu sbb kereta bersimpang sior ini tak motorcycles everywhere dan banyak mcm semut.  1 lg yg buat ktorg PERAK sgt tu bila tengok helmet dorang, gila comel2 dan cantik2 semuanya.  Ada yg rupa mcm topi biasa, ada yg bercartoon2, ada yg mcm helmet naik beskal dan mcm2 lg lah. 

Rupa laki bini excited naik bas kt negara org

Korang besorkan gambor ni dan korang akan nmpk

 byknya motor kt depan bas tu

Turun jer dari bas ktorg pun keluarkan handfon tuk cari kt mana hotel.  Tp part yg paling susah masa tu ialah part melintas jalan, again motor byk gila, lps tu x der traffic light plak lg.  I told my husband jom kita ikut ja org2 yg nk melintas sama2 masa tu sbb kalau nk ikut berani mmg x berani dan kenderaan pulak byk tahap gaban.  Rupanya kt area situ x der traffic light sbb mmg ada org mcm ala2 org majlis bandaraya tu yg kejenya menolong org melintas jalan (org tu kalau nk kenal diaorg pakai uniform mcm pak guard warna hijau pekat) dan lepas tu bila dh tahu mcm tu gayanya maka senang la sikit aktiviti melintas jalannya.

Baru lepas lintas jalan yg pertama.......

Dalam dok mencari hotel tu henfon plak out of bat. pas tu plak tetiba hujan turun lebat sgt2 dan kami terpaksa berlindung di depan kedai yg kami sendiri x tau kt mana, ada la setengah jam jgk dok kt depan kedai tu dlm keadaan basah kuyup.

Kami sampai di hotel lbh kurang jam 11 pg dan alhamdulillah kakitangan kt hotel tu sgt baik.  Bila dia tengok ktorg basah kuyup dia pun izinkan kami cek in awal. Hotel yg kami duduk tu namanya GOLDEN WIND HOTEL dan lokasi nya di backpackers area, Pham Ghu Lao Street, District 1. Mmg x ramai org2 dari Malaysia dok kt area ni but for us we like that area sbb sgt happening dan x lar rasa mcm duduk kt chow kit sgt ihihihihi.





Ni lah rupa hotel yg kitaorg duduk tu cantik dan selesa kan, harga pun murah ja RM108/nite (USD33/nite) with breakfast tapi ktorg x lar pegi mkn bekfes kt situ sbb x sure dgn status halalnya. Owh jap mesti ada yg nak tahu jarak hotel ni dgn Ben Thanh Market kan, ok jaraknya x lar terlalu jauh dlm 5-10 minit berjalan kaki.  Kalau ada yg plan nk bawak parents atau bdk2 kecik better jgn dok kt sini bkn sbb jarak tu tp sbb kena lintas2 jalan yg sesak tu menyukarkan org2 tua dan kanak2.

Actually kt area Ben Thanh Market tu lebih mudah dan senang sbb most of Halal restaurant ada kt area situ, pasar malam pun kt situ ler jgk dan 1 lg mmg bleh dikatakan 70-80% kt situ rakyat Malaysia. Cuma we all ni decided nak duduk kt backpakers area sbb konon nk dpt feel bercuti kt tempat org, x mau lar p cuti jauh2 tp rasa mcm dok chow kit ja ihihihihihihi (konon...)

Ok that's all about hotel..... sambung cita psl ktorg plak.  Konon lepas cek in nak mandi tukar baju dan terus keluar jenjalan lar, sekali ujan turun x berhenti2 smpai pkl 3 ptg dan end up ktorg decided keluar jgk meredah gerimis.... x kan nk buang masa mcm tu ja kan.

Bergambar tengah ujan ni....

1st sekali ke Ben Thanh Market lah mana lagi kan...... mula2 pusing2 dulu tengok kain dan segala mcm barang, baju, perfume, jam2 dan handbag replica, coffee, food, kekacang dan macam2 lagilah.  Lepas puas pusing barulah cari kedai yg ramai blogger dok promote tu iaitu kedai no 480-526-528-530.  1st sekali bgtau dia yg kami ke situ sbb kedai dia sgt famous di Malaysia, owh all of them can speak Bahasa very well..... dan sempat la sambar beberapa pasang kain kt situ.

Kat dalam Ben Thanh Market

Nama adik comel ni Lin dan sgt pandai berbahasa Melayu

Ni hasil buruan hari pertama......

Misi seterusnya ialah cari makan..... perut dh lapor giler.  Pusing punya pusing we all decided to try makan dekat Nabil Biryani House, makan nasi beriyani kt vietnam kau, mcm kt Malaysia ni x der kan ihihihihihi.




Pink karer ok..... hihihihi 

(sory gmbr kureng memuaskan).... Nasi Beriyani Ayam 129,000 Dong atau RM21

Nasi Goreng 99,000 Dong atau RM16

Ice Lemon Tea/ Teh O Ais 25,000 Dong atau RM4

Lepas makan kami teruskan misi mencuci mata dan mengempiskan beg..... cari telekung kiriman kawan kat Kedai Telekung Hajah Basiroh.  Kedai ni bkn ja jual telekung tp dorang jual kain cotton, sutera vietnam, baju kurung siap dan tudung harga plak lebih kurang sama ja dgn dekat Ben Thanh Market.

Keluar dr kedai telekung kami terus balik ke hotel.  Konon terus balik la kan, tapi sesat pusing sana sini tapi best gila kot sbb dpt jumpa mcm2 masa tu.....

Kat Taman rekreasi ala2 Taman Metropolitan kt Kepong tu.....

Taman rekreasi....

Ni antara yg menarik di HCMC ....... kami perlu melalui taman rekreasi ni untuk pergi dan balik ke hotel. Apa yg menarik taman ni akan dipenuhi dengan penduduk tempatan yang bermain sepak bulu ayam, jogging, menari, beryoga dan sebagainya..... Dorang2 ni plak x mcm kita kt Malaysia kena berpakaian sukan dulu tuk bersukan, msg2 pakai ja apa yg dh sedia ada, baju sekolah, office wear, baju kebangsaan..... cuma dorang pakai kasut sukan ja.  So x heran lar org2 vietnam ni x ramai yg debab atau gemuk... (kt sana i rasa mcm dorang pandang i ni mcm giant ok, sbb dorang semua keding2 iihihihihi)

OK itu saja aktiviti hari pertama kami ..... sambung next entry yer (wahhh byk lg nk kena update ni)












Puasa 2013 - Hari ke 9, 10 dan 11

Sorry sbb dh gagal menunaikan janji dgn diri sendiri tuk update menu juadah setiap hari..... ni dh 4 ari terkumpul ni so takut entry jd berjela2 makanya jom lah tengok menu2 yg lepas.....

 

Hari Ke 9, sambal tumis daging, air asam picit, singgang pelaling, paru goreng berlado, roti goreng inti sardin.....

Hari ke 10 plak x masak cos tukang masak nya sakit perut..... jadi hari tu ktorg 1st time beli makanan tuk berbuka kt bazaar.  Me and abang Danial makan nasi ayam yg ayamnya cuma 2 ketul yg dipotong nipis dan kecil2, my huby makan nasi kerabu, Ikha makan laksa dan abang Lan makan beriyani gam yg langsung x dak rasa gamnya....... 

Apasal erk sesetengah org yg berniaga kt bazaar ramadhan ni mcm tu, kan ka berniaga tu dh bagus, ditambah plak berniaga bln ramadhan kalau buat betul2 kan byk pahala tu.  Ni tak time ni lar dorang nak masak lebih kurang, kurangkan kuantiti, kurangkan kualiti pas tu org beli balik makan x puas ati, sudahnya benda jd x elok.  Kalau pelanggan tu jenis penyabar x per, mau jenis yg maki sumpah seranah mcm maner..... x kan lah alasan x cukup rasa sbb puasa, kitaorg yg masak kt umah ni pun puasa gak, x rasa gak makanan tu, tp elok ja semua, cukup garam, gula, asam......pelik2

OK tu kisah hari ke 10, serik dan taubat nk beli makanan kt bazar tu x lar sbb kita bkn nak tau sok lusa apa nak jadi, mau tetiba x sihat x kan nak tarik balik serik dan taubat tu kan..... cuma berharap agar peniaga2 tu boleh berniaga dgn lebih ikhlas di bulan posa ni.....

Sambal tumis daging lagi, ayam bakar beli kt tepi jalan (bkn bazar), keng som (asam pedas thai) dan sambal goreng (lagi)

Hari ke 11 adik dari UiTM perak bawak kengkawan dia 3 org datang berbuka kt umah..... yg best tu we all husband and wife dari pagi dok sibuk kemas rumah sampai dh pkl 3 ptg memasing dh letih sesangat.  Lepas solat baring2 dan terus tertido dan terjaga bila adik call bgtau dorang dh nak sampai...... 

Terkezut ikan keli albino kot kitaorg (sbb bela keli albino kan ihihihi)  tengok2 jam dh pkl 5 lebih.  Hamek kau, mau x kelam kabut mcm hari keje jgk jdnya.  Nasib baik ikan dan daging dh rendam awal2 kalau tak jenuh nk kena pg beli yg baru.  So bila dh kalut tu masak je yg senang2, sambal tumis daging, keng som dan sambal goreng ja dan soh bebudak gi beli ayam golek sekor.....  Sambal goreng tu mmg sengaja buat sbb nk bg adik bawak bekal balik ke UiTM, so boleh lar dia makan sambal tu 2 3 hari tuk berbuka........ owh luper plak, sempat buat buah melaka aka onde onde tuk dorang dan adik last minit request pekasam goreng sbb dia ckp dh lama x mkn pekasam.....

Menunggu waktu berbuka....

ok thats all..... nak sambung cerita hari ke 12 dlm entry seterusnya sbb citanya agak panjang ihihihi so tunggu jer lah yer.....



Puasa 2013 - Hari ke 8

Alhamdulillah kejap ja dh 8 ari puasa...... dan alhamdulillah jgk sbb masih lagi sempat masak tuk suami dan anak2 juga sempat buat serba sikit amal ibadat.

So semalam inilah hasil air tangan MAK untuk suami dan anak2nya....

Ayam kunyit berkicap, kurma daging + kentang + sengkuang, telur dadar dan sambal belacan



Ayam kunyit berkicap ni mcm biasa lah, hentam saja lah apa yg ada kt rumah dan end up alhamdulillah rasanya ok.... method dia senang ja, ayam potong kecik2 pas tu gaul garam dan kunyit pas tu goreng.  Bila ayam dah masak, masukkan bawang merah+bawang putih+cili kering goreng lagi sampai wangi atau kalau nk bg garing pun ok, lepas tu masuk sos tiram, kicap manis dan sos cili sikit pas tu perasakan dan last sekali masukkan daun limau purut .... tu ja senang gila ihihihihihi


Kurma daging plak I buat khas tuk tuan puteri yg mmg HANTU masak kurma atau masak putih kata org kampung.  Tapi semalam selain dari kentang, I tambah sengkuang sikit bagi meriah.  Org tua2 kt kampung2 di Kedah salu jgk buat kenduri gulai kawah daging + dengan sengkuang dan x letak kentang.  Sedap tau, co try....... Rempah kurma ni di beli dari Jitra, mmg sedap sgt2, rasa dia lain dari rempah kurma yg baba's, adabi suma tu, kalau nak try tinggal kan komen yer.....


Ni plak u all agak2 kueh apa....... ni namanya murtabak segera buat sendiri tau.  Macam ni buat dia, mula2 u all buat inti karipap atau inti apa2 lah yg u all suka, pas tu bungkus lah inti tu guna kulit popia.  Ni i pakai inti karipap, kentang+ayam,  inti tu campur dengan telur mcm yg dorang salu buat murtabak tu.  Lepas tu i bungkus dgn kulit popia dan goreng/bakar dlm kuali ajaib...... 15 minit siap untuk di makan anak beranak

ok tu ja...... skrg masa tuk fikir nak masak apa plak petang ni.