Elegant Rose - Working In Background

Kota Kinabalu Part 3 - Kundasang-Ranau-KK

Selepas dh 2 entry sebelum ni, now nk sambung cita perjalanan percutian ktorg dari Kundasang back to KK pada hari Isnin, 14/04/2014.  Pada yg terlepas entry awal, korang boleh baca Kota Kinabalu Part 1 dan Kota Kinabalu Part 2....

Selepas check out dari hotel di Kundasang, ktorg terus menghala ke Ranau untuk ke Kg. Luanti Fish Spa.... Tiket masuk ke sini kalau takat nk rendam kaki RM5 jer dan RM25 kalau nk mandi, a ah mmg ada org yg sanggup mandi dlm sungai tu, I plak nk masuk kaki pun x berani sbb ikan kt situ sgt banyak dan besor2 plak tu... dan ada caj RM3 utk camera/fon yer.......








My hubby really enjoyed here.... dia punya suka sampai ke tahap nak buat rumah kt sebelah sungai tu.  Untuk ke tempat ni, dari Kundasang terus ke Ranau, bila nmpk signboard Sabah Tea, slow kan kete sbb pintu masuk tempat ni sebelah ja ngan pintu masuk ke Sabah Tea.  

Masa untuk kita main2 ngan ikan dihadkan oleh penjaga kt situ, setiap orang cuma boleh masuk dlm sungai selama 15 minit saja, so kalau x puas dan nak manja2 lg dengan ikan, maka bayar lah sekali lagi.  Selain tu, makanan ikan ada dijual dkt kaunter penjaga sungai, 20 sen sebungkus dan sorang cuma boleh beli 1 bungkus jer, sbb katanya dorang x nak ikan2 terlebih makan...... mmg confirm2 ikan2 suma tu terlebih makan besor2 kot.....

Lepas selesai main ngan ikan kitaorang patah balik ke KK melalui Kundasang balik..... Sempat singgah ke Pekan Nabalu dan beli ole2 sikit tuk anak2.

Tapi keterujaan dengan keindahan Gunung Kinabalu x dapat dibendung.... so tetap stop keta sana sini untuk snap picture dan ini antaranya...



Kami sepatutnya pergi melawat Monsopiad Cultural Village di KK sebab tertarik dengan review blogger2 yg penah ke sana.  Tapi bila sampai, dan melihat pada keadaan sekeliling tempat tu, kami x jadi masuk.... 

Fees yg dikenakan agak mahal dan tak berbaloi dengan keadaan persekitarannya yang x terjaga .... RM45 dikenakan tuk tour + show, atau show sahaja RM30 (kalau x salah) dan RM25 kalau kita nk tour sendiri atau erti kata lain jalan2 dlm kawasan tu... Mengikut pekerja yang menjual tiket masuk tu, dorang kenakan fees yg tinggi sbb x dapat peruntukan dari kerajaan negeri, tapi dengan fees yg mcm tu, rasanya dorang mampu untuk jaga atau nk tambah baik kawasan dorang.  Malangnya, tempat tu nampak sgt spooky dan x terjaga ....Selain dari tu tempat ni sangat tersorok di kawasan kampung dan mmg susah nak cari.  Agak kecewa lah, siap msk kem tanya askar bagai sbb Waze pun mcm x brp sure tempat ni kt mana, sekali bila smpai tempatnya x seperti yg diharapkan....

Ini gambar pak mat google, masih cantik masa ni, tapi skrg kt pintu depan ni penuh dengan semak samun....
Sorry i mmg x ambik langsung gambar kt tempat ni, dengan bunyi pokok buluh yg sgt menyeramkan, mmg lgsg x terasa nk ambik gmbar lar..... nk tahu u all kena pegi sendiri la nnt yer .....

Dari kawasan ni, ktorg terus ke Casuarina Hotel untuk check in. Lepas dh settle kt hotel ktorg gerak ke Pasar Filipina tuk cari pearl (konon) dan ikan kering segala.....dari hotel ke Pasar Filipina about 30 minit memandu.


Dorang siap bungkuskan dalam kotak elok2 so senang nk bwk naik flight...

Juga di Pasar Filipina, tertarik dengan deretan tukang2 jahit lelaki di sepanjang jalan.....
Kitaorang x lar beli banyak barang2 kering tu, cuma beli brg2 kiriman jer.  Mak dan kesen2 mmg kirim udang kering, ikan bilis dan ikan masin.  Tapi harganya x lar terlalu murah, mgkn sbb kita org luar dan pegi membeli sendiri so biasalar kan, mesti dorang letak harga tinggi, kt memana pun sama je lah....

Pearl pun sama, I just bought 4 ketul pin tudung tuk my kesen, sbb dorang mmg kirim sorang 1 and few tuk kawan2 ika... tu saja.  I plak mmg jenis x minat suma tu, so mmg x beli lgsg la utk diri sendiri.  

Settle kt sini, ktorg terus ke Gayang Seafood Restaurant.  Shira punya pasal la ni, kaw2 dia dok pomot kepuasan dorang mkn kt sini bulan 2 ari tu....tp ternyata mmg puas lah, sbb murah sgt2 ...




Lobsters 

Geliiiiiii..... belut le kot yer

Slipper Lobster 
Kerang besor2 kt sana.... kalau kt sini, kerang besar gini mesti kerang bulu tp kt sana kerang biasa tu pun besor
Ktorg cuma order ...

Siput masak pedas .... rasanya mcm siput pahat tp bukan siput pahat so x tau apa nama siput ni ihihihi

Butter prawn tu 2 org makan.... (dorang punya 2 org mkn tu, ala2 tuk 4 org mkn kt tmpt kita sini, ada la dlm 30 ekor kot)
salted egg crab 1/2 kg..... 
dan 1 mangkuk nasi tuk dikongsi 2 org ..... mmg mengah la nk hbskan makanan ni, especially udang yg sgt byk tu.  Rasa dia plak suma ok, x der lah nk complain x sedap or apa, sedap lah senang cita dan part plg best bila mntk bill.  I dok ingat I salah tengok rupa2nya mmg betul, suma tu termasuk 2 fresh orange dan 1 limau asam boi  RM64.40 SAHAJA.....

Owh mesti ada yg nk tahu kt mana restoran ni kan..... x jauh dr town, tapi x ingat nama tempat tu, yg plg baik korang Waze je la dan Waze akan bwk korang smpai ke depan pintu restoran ni.....

Lepas perut dh terlebih penuh, ktorg ke KK blk semula.  Dah janji nk jumpa 1 of my dormmate  masa kt ITM dulu di Pasar Filipina.  Teruja sgt, sbb sejak kawen 16 tahun dulu mmg x penah jumpa dah.... still the same x penah berubah, comel mcm dulu.  Sempat berborak smpai pkl 9.00 lebih mlm tu.... tapi demi kebaikan bersama x nak la letak gambar dia kt sini, sbb x ramai pun yg tahu dia kt sana..... 

Tapi sempat la ktorg jenjalan kt area kedai makan pasar tu.... rupanya punya byk seafood kt sini, dr size kecil smpai ke besarrrr giler ada jual kt situ .... 




besarrrrr sgt udang ni.....

Sayangnya perut ktorg dh penuh, maka x la merasa seafood kt sini..... so nmpk gayanya kena ada next trip to KK lah supaya dpt merasa makanan kt sini, kan kan kan.....

Ok lah dh panjang sgt dh ni..... next will be the last entry pasal pegi pulau dan nk cover jgk pasal bajet segala.

Bye....







Kota Kinabalu Part 2 - Kinabalu Pine Resort


Dengan gigih I nak sambung cita pasal percutian ke KK....lepas cita dari epot sampai ke Kundasang War Memorial dalam part 1,  now I nak cita pasal tempat penginapan ktorg kat Kundasang plak....

Dari bulan 12 I dah start survey mana nak stay di Kundasang, mmg ada few resort yg ok kt sana but after tengok gambar dan baca review, I decide duduk di Kinabalu Pine Resort.  Bulan 12 I booked dan bulan 2 I terus bayar siap2 supaya senang kt sana nanti.

Bulan 1, kebetulan shira sekeluarga pegi ke sana dan I mintak shira tengok dan bagi pandangan.  Bila shira ckp resort tu nmpk cantik, hati rasa lega sikit.  Tapi still risau sbb bilik yg I booked tu kononnya mengadap Gunung Kinabalu, mau sampai sana x der plak part mengadap2, tu mmg ada yg kena maki dan mood cuti2 sejuk  pun ilang la dibuatnya.

Dan alhamdulillah..... resort tu sgt cantikkkkk, pemandangan kt situ sgt indahhhhh... jom tengok gambor jom

Di hari pertama sampai ke sini....

Pintu masuk




Ruang katil dan TV  (kt sini x der ekon yer, ada kipas dinding jer)

Ruang cermin dan almari, bilik berasingan dari tempat tido 

cantik sgt ....


Kat belakang, di tingkat atas tu la bilik ktorg .....

Kt belakang I tu reception.... 

Pintu masuk ke resort 
Ktorg ambik pakej hotel + dinner and bekfes for 2 dan pilih bilik superior standard, harganya RM230.00/room/night. Untuk pengetahuan ada security deposit RM200.00 ye masa cek in.

Lepas cek in, rehat2 melayan keindahan alam ciptaan Tuhan (cewahhh ayat...iihihi) kami sempat turun ke kawasan pekan.  Kat tepi2 jalan nk ke resort ni ada gerai2 menjual sayur2an, beras tempatan, dan mcm2 lagi.... alah lebih kurang macam kt Kepa Farm Cameron Highlands tu.....

Ni belacan yer tuan2 & puan2.... sgt kecil, sebesar sagon 20 sen je

Ni makanan tempatan TUHAU ... rasanya masam2 dan pedas.  Di makan ala2 sambal belacan, setiap kedai mkn dan tempat makan di kaw ni, mesti ada Tuhau atas meja.... for me, ok gak la boleh la layan



Nama cendawan ni Oyster Rose..... 

Stobeli kt sini sgt kecik.... cuba bandingkan saiznya dengan cendawan tu, yg best siap ada cekelat ala cokey2 kt dlm tu

Madu mmg banyak.... so sapa cari madu gi la beli kt sini ihihihihi
Malam pulak just lepak kt resort dan pegi dinner, untuk yang amik pakej dengan dinner, menunya dah ditetapkan iaitu nasi, 2 jenis sayur, 1 jenis lauk, kitaorang dpt daging black pepper dan soup semangkuk besor .....

I rasa ja sup ni.... suprise sgt dgn rasa dia, sup ayam, telur dan jagung, pelik kotttttt 

Sayor campur 
Daging black pepper 
Sayur goreng 
Secara jujur dan sememangnya sgt jujur I mengaku yg lauk2 yg dihidangkan tu semuanya rasa mcm lauk hospital ..... sgt tasteless.  Mujurlah kitaorg dh makan awal2 dan masih lg kenyang, kalau tak jenuh nak cari makan.

Untuk pengetahuan, kedai2 makan kt area sini sumanya tutup awal dan sbb tu lah resort offer dinner dlm pakej dorang tu.  Dan bukan kedai makan je tutup awal ok, kedai minyak ... petrol pump pun tutup pkl 5 ptg kt kundasang tu, dan kami terpaksa pegi ke Ranau sejauh 13 km tuk isi minyak.

Stesen minyak di Kundasang yg tutup pukul 5 petang...

2nd day 

Ktorg terbabas tido pagi tu... maklumlah sejuk smpai ke tulang itam.  Bila tersedar dh pkl 6 lbh, subuh gajah la jawabnya kalau kt sana tu.  Dah bangun, terus selak langsir dan terus rasa mcm nk melompat sebab dh nmpk puncak gunung dh..... excited sangat2.....

Sungguh indah ciptaan Allah..... 








Seriusly, x boleh berhenti nak ambik gambar time ni..... pemandangannya subhanallahhhhhhhh sgt2 cantik.

Lepas dh snap sana sini, kitorang turun gi bekfes .. makanan kali ni ok, at least buffet dengan makanan2 yg simple..

Both of us just mkn ni.. nasi grg, kentang goreng, nuggets dan telur..... 

Lepas makan, seawal jam 8.00 pg kitaorg dh check out, lepas cek check out sempat berhenti kt pintu masuk ke resort utk ambik gambar lagi ...





Marahlah, ckp la I over pun..... tp mmg serius x boleh benti amik gambar kt sini, I felt very lucky dan sangat bersyukur pada Allah sebab bg kesempatan pd I untuk tengok keindahan alam yg indah ni dan ianya dalam negara kita sendiri je kot.... I'm proud to be Malaysian.

Jika ada yg plan nk ke KK, ambik lah 1 hari stay kt sini..... korang tak kan regret insyaAllah

Korang boleh contact Kinabalu Pine Resort  for more details ok.....

(ni bukan iklan berbayar yer.... ihihihihi)