Elegant Rose - Working In Background

Kota Kinabalu Part 2 - Kinabalu Pine Resort


Dengan gigih I nak sambung cita pasal percutian ke KK....lepas cita dari epot sampai ke Kundasang War Memorial dalam part 1,  now I nak cita pasal tempat penginapan ktorg kat Kundasang plak....

Dari bulan 12 I dah start survey mana nak stay di Kundasang, mmg ada few resort yg ok kt sana but after tengok gambar dan baca review, I decide duduk di Kinabalu Pine Resort.  Bulan 12 I booked dan bulan 2 I terus bayar siap2 supaya senang kt sana nanti.

Bulan 1, kebetulan shira sekeluarga pegi ke sana dan I mintak shira tengok dan bagi pandangan.  Bila shira ckp resort tu nmpk cantik, hati rasa lega sikit.  Tapi still risau sbb bilik yg I booked tu kononnya mengadap Gunung Kinabalu, mau sampai sana x der plak part mengadap2, tu mmg ada yg kena maki dan mood cuti2 sejuk  pun ilang la dibuatnya.

Dan alhamdulillah..... resort tu sgt cantikkkkk, pemandangan kt situ sgt indahhhhh... jom tengok gambor jom

Di hari pertama sampai ke sini....

Pintu masuk




Ruang katil dan TV  (kt sini x der ekon yer, ada kipas dinding jer)

Ruang cermin dan almari, bilik berasingan dari tempat tido 

cantik sgt ....


Kat belakang, di tingkat atas tu la bilik ktorg .....

Kt belakang I tu reception.... 

Pintu masuk ke resort 
Ktorg ambik pakej hotel + dinner and bekfes for 2 dan pilih bilik superior standard, harganya RM230.00/room/night. Untuk pengetahuan ada security deposit RM200.00 ye masa cek in.

Lepas cek in, rehat2 melayan keindahan alam ciptaan Tuhan (cewahhh ayat...iihihi) kami sempat turun ke kawasan pekan.  Kat tepi2 jalan nk ke resort ni ada gerai2 menjual sayur2an, beras tempatan, dan mcm2 lagi.... alah lebih kurang macam kt Kepa Farm Cameron Highlands tu.....

Ni belacan yer tuan2 & puan2.... sgt kecil, sebesar sagon 20 sen je

Ni makanan tempatan TUHAU ... rasanya masam2 dan pedas.  Di makan ala2 sambal belacan, setiap kedai mkn dan tempat makan di kaw ni, mesti ada Tuhau atas meja.... for me, ok gak la boleh la layan



Nama cendawan ni Oyster Rose..... 

Stobeli kt sini sgt kecik.... cuba bandingkan saiznya dengan cendawan tu, yg best siap ada cekelat ala cokey2 kt dlm tu

Madu mmg banyak.... so sapa cari madu gi la beli kt sini ihihihihi
Malam pulak just lepak kt resort dan pegi dinner, untuk yang amik pakej dengan dinner, menunya dah ditetapkan iaitu nasi, 2 jenis sayur, 1 jenis lauk, kitaorang dpt daging black pepper dan soup semangkuk besor .....

I rasa ja sup ni.... suprise sgt dgn rasa dia, sup ayam, telur dan jagung, pelik kotttttt 

Sayor campur 
Daging black pepper 
Sayur goreng 
Secara jujur dan sememangnya sgt jujur I mengaku yg lauk2 yg dihidangkan tu semuanya rasa mcm lauk hospital ..... sgt tasteless.  Mujurlah kitaorg dh makan awal2 dan masih lg kenyang, kalau tak jenuh nak cari makan.

Untuk pengetahuan, kedai2 makan kt area sini sumanya tutup awal dan sbb tu lah resort offer dinner dlm pakej dorang tu.  Dan bukan kedai makan je tutup awal ok, kedai minyak ... petrol pump pun tutup pkl 5 ptg kt kundasang tu, dan kami terpaksa pegi ke Ranau sejauh 13 km tuk isi minyak.

Stesen minyak di Kundasang yg tutup pukul 5 petang...

2nd day 

Ktorg terbabas tido pagi tu... maklumlah sejuk smpai ke tulang itam.  Bila tersedar dh pkl 6 lbh, subuh gajah la jawabnya kalau kt sana tu.  Dah bangun, terus selak langsir dan terus rasa mcm nk melompat sebab dh nmpk puncak gunung dh..... excited sangat2.....

Sungguh indah ciptaan Allah..... 








Seriusly, x boleh berhenti nak ambik gambar time ni..... pemandangannya subhanallahhhhhhhh sgt2 cantik.

Lepas dh snap sana sini, kitorang turun gi bekfes .. makanan kali ni ok, at least buffet dengan makanan2 yg simple..

Both of us just mkn ni.. nasi grg, kentang goreng, nuggets dan telur..... 

Lepas makan, seawal jam 8.00 pg kitaorg dh check out, lepas cek check out sempat berhenti kt pintu masuk ke resort utk ambik gambar lagi ...





Marahlah, ckp la I over pun..... tp mmg serius x boleh benti amik gambar kt sini, I felt very lucky dan sangat bersyukur pada Allah sebab bg kesempatan pd I untuk tengok keindahan alam yg indah ni dan ianya dalam negara kita sendiri je kot.... I'm proud to be Malaysian.

Jika ada yg plan nk ke KK, ambik lah 1 hari stay kt sini..... korang tak kan regret insyaAllah

Korang boleh contact Kinabalu Pine Resort  for more details ok.....

(ni bukan iklan berbayar yer.... ihihihihi)


No comments:

Post a Comment