Maaf lar, lama sungguh nk update pasal ni......ni sambungan dari entry
ho chi minh day 1,
ho chi minh day 2 dan
ho chi minh day 3. I percaya ramai kengkawan kt luar sana yg tengah cari info pasal bajet ni. So ni i buat list dan explain sikit kt u all yer...
|
(kalau x jelas, klik kt gambar tu yer.....) |
HOTEL
Kami tempah hotel melalui
booking.com dan mmg byk pilihan hotel di sekitar Ben Thanh Market dan keseluruhan District 1. Hotel yg kami duduk ni lokasinya agak jauh dr Ben Thanh Market iaitu lbh kurang 5-10 min berjalan kaki (lambat sikit bila kena time lampu merah atau time byk sgt motor so susah nak melintas jalan). For those yg suka nak duduk di kawasan yg agak happening, byk tourist, u all boleh pilih duduk di kawasan yg ktorg duduk tu, dorang panggil tmpt tu Backpackers Area atau Pham Ngu Lao St. Tapi pada yg pergi bwk ibu bapak, better u all duduk dkt area Ben Thanh Market.
Kawasan Ben Thanh Market ni bknlah x happening, cuma agak crowded dan penuh dgn org2 dari Malaysia sendiri. Mcm ala2 kita pegi Terengganu dan duduk di kawasan Pasar Kedai Payang gitu.
FOOD/MAKAN
Makanan halal mcm semua org dah tahu agak terhad, x susah nak cari cuma x byk pilihan saja dan disebabkan itu maka harganya agak mahal sikit dari kt tempat kita. Yer lah, jauh kot nk hantar rempah, belacan segala ke sana tu kan, so sendiri faham lar.
Kami sempat makan di 3 buah restoran dan berpendapat, makanan kt sana ala2 biasa sgt2. Contoh nasi goreng, rasanya mcm anak2 buat, bkn mak2 yg dh pandai masak buat. Faham....??? Vietnam Beef Soup atau Pho di Restoran Kampung Melayu pun sama, very plain taste, very clear dan sgt cair supnya. Tp x dinafikan ada yg suka dgn rasanya di beri cili merah potong bersama sos dan kicap.....
Warung 1 Malaysia plak, katanya agak baru di situ. Kami makan nasi goreng dan apa yg I boleh ckp... boleh lar nak makan sekadar mengenyangkan perut. Yer lah kita kt negara org kan, dpt mkn nasi goreng pun dh syukur dh...... ihihihihi
Di Nabil Biryani House plak, nasi biryani dia ok, nasi dan lauknya terasa dan agak sedap. Cuma x boleh la nak expect sesedap nasi beriyani kt Malaysia ni. Ada pilihan ayam dan daging jgk, selain tu ada jgk nasi goreng, mee dan kuew tiow goreng dan mcm2 lg..... so diantara ke tiga2 restoran ni, I rekemen Nabil Biryani House......
Dan untuk lebih menyenangkan, bawaklah megi mee, roti putih, sambal2 kering dan sebagainya ...... kalau kena tahan kt airport, pandai2 la u all buat muka kesian yer.......
AIRPORT TRANSFER
Sebelum ke sana I mmg dh risau sgt pasal airport transfer ni, sbb dh baca byk blog yg ceritakan dorang ditipu oleh teksi driver. Even my boss sendiri pun kena. So ni I nk bagi tips kat u all yg nk ke sana, kalau x confident x pyh la amik teksi. U all keluar ja dr pintu besar airport tu, pusing ke kanan terus cari bas no 152 warna biru dan putih. Naik bas tu dan korang jgn nak rasa risau atau apa sbb perhentian terakhir bas tu ialah di bas station berdepan dgn Ben Thanh Market. Tambang bas ialah 5,000 dong untuk seorang. Mesti ada antara korang yg penah naik bas tabung kan..... ha kaedah naik bas ni samalah dgn naik bas tabung tu. Tips lainnya ialah jgn bg duit besar sbb nnt dia pulangkan duit syiling dan duit syiling tu plak hanya boleh digunakan utk naik bas dan di tempat2 tertentu SAHAJA.....
So andainya flight blk ke Malaysia korang ambik tengahari, petang atau malam, korang msh boleh ke airport naik bas yg sama. Tapi we all ari tu flight balik awal pagi, and kena smpai airport dlm 7.00 pg waktu sana. So ktorg tanya dkt reception hotel dan alhamdulillah x lar mahal pun teksi nak ke airport tu cuma USD8 atau RM26++ jer. Yg lbh senang x perlu byr pd teksi driver, tp byr terus kt hotel masa kita buat booking tu. So seandainya flight u all pun awal pagi, maka bukaklah mulut bertanya pada reception hotel tu yer .....
TRIP TO SUNGAI MEKONG
Jgnlah korang pegi book siap2 tuk trip2 mcm ni kt Malaysia, harganya sgt mahal. I sendiri dah survey dan email dkt org2 yg provide trip ni sebelum ke sana. Ada yg offer USD 70++ per head. Sedangkan kt sana Halal trip yg cuma USD 20 tu pun dikira plg mahal dh. Kalau u all don't mind, amik yg trip biasa, bkn halal trip harganya ada yg serendah x sampai USD10 pun tapi kena survey betul2 lar.
We all amik trip ni dari Hajah Basiroh, u all boleh tanya di restoran hajah atau di kedai telekung hajah pasal trip ni. Yg dinamakan halal tu sbb hajah bawak kita lunch di restoran halal, siap breakfas lg sbb bertolak awal pagi.
Mesti ada yg tertanya "perlu ke pegi..." jawapannya ikutlah..... bknlah tempat tu cantik sgt, menarik sgt atau apa.... cuma kita kan pergi negara org dan apa salahnya merasa dan melihat cara kehidupan masyarat pesisir sungai kt sana. For me it was great......
TRIP TO CHU CHI TUNNEL
Yg ni ktorg x pegi, cuma bayar jer..... sbb konon murah jer USD 6 sekali bila dihitung dan fikir balik kalau ke tempat tu, sudahnya ktorg x kan sempat nk shopping segala...... Trip ni cuma setengah hari ja, dan ktorg amik dekat hotel.
CHINA TOWN
Hari terakhir tu ktorg sempat ke China Town untuk ke Cho Binh Tay. Kt sini barang2 yg dijual lebih murah dari Ben Thanh Market. Kain2 cotton yg sama patern, sama quality dijual lebih murah di sini dan jgn takut sbb ada yg ckp kain kt sini kena beli borong, tapi sebenarnya tak..... beli 1 pun boleh dan harganya mmg lebih murah dari Ben Thanh Market. Nk ke China Town ni u all amik bas No. 1 di stesen yg sama depan Ben Thanh Market tu dan jgn risau jgk sbb last stationnya ialah di China Town. Turun dr bas, amik ke kiri dan cari pintu keluar dr stesen tu sebelah kiri dari tempat turun bas tu dan x jauh dr pintu tu u all boleh nampak Cho Binh Tay. Tambang bas tetap sama 5,000 dong seorang dan dh hbs shoping blk ke stesen yg sama dan tunggu bas yg sama jgk yer.....
WAR REMNANTS MUSEUM, REUNIFICATION PALACE, NOTRE-DAME CATHEDRAL DAN CENTRAL POST OFFICE
Kalau nak ke tempat2 ni, u all boleh jln kaki jer dari Ben Thanh Market...... soalan korang mesti "jauh ke idak...." jauh le jgk.... few kilometres.... kilometres ok bkn metres. Nk mudah amik map dkt hotel dan mntk tlg org kt reception tu tandakan tempat2 tu suma. Alar, sesat sikit2 tu biasa lar kalau jalan kaki, kalau x nak sesat naik teksi..... pas tu kalau kena kencing ngan drebar teksi dan mood terbang jgn menyesal yer ihihihihihi .....
Kami sempat melawat War Remnants Museum dan entrance fees kt situ 15,000 dong seorang. Kalau nak tengok kesengsaraan org2 vietnam masa perang dengan AMERIKAAAA dulu tu boleh la tgk kt sini, ada gambar, ada senjata2 yg digunakan dan mcm2 lagi lah.....
Reunification Palace plak ktorg lalu dan bergambor jer..... x masuk ke dalam so x tahu lar apa yg ada, ada entrance fee atau tak.
Dari Reunification Palace tu korang dh boleh nmpk bangunan Notre-Dame Cathedral yg berwarna orange/merah..... jalan kaki lintas jalan 2 kali sampai lah. Dan Central Post Office plak sebelah menyebelah dgn gereja tu.....
Serius ktorg dh penat gilar lepas dh settlekan suma tempat tu, akhirnya ktorg decide cari VINASUN TAXI utk balik ke hotel dan alhamdulillah driver tu x ckp byk terus ikut meter dan dr situ sampai ke hotel cuma 30,000 dong saja.
TIPS TUKAR DUIT
Sediakan sikit duit dong utk kita guna masa nak naik bas atau teksi bila sampai di sana. Selebihnya ikut lah, kalau nk pakai RM pun ok jar, beli kain beli segala pakai RM jer, tp sediakan duit kecik sbb nnt confuse bila kita bg RM dan dorang pulangkan duit dong unless u all mmg terror bab conversion ni.
Duit USD plak, ktorg x tukar lgsg ...... pakai dong dan RM jer, 1 lg tukar sikit ckp lar duit dong tu kalau x cukup tukar kt sana ja sbb rate lebih murah dr sini. Dekat simpang 4 yg org jual buah byk2 depan Ben Thanh Market ada money changer kt situ rate dia sgt murah, even murah byk dr kt Malaysia
APA YG PELIK DAN MENARIK KT SANA
- Motor banyak gila (semua org pun tau...)
- Helmet dorang suma comel2, cantik2 dan ensem2.....senang cita "mcm comel jer, mcm cantik jer....." ihihihihi
- Mekanik repair motor, tambal tayar everywhere.....
- Baju hujan, helmet, mask dan sun glasses di jual di tepi jalan, bersepah2......
- Dorang bawak keta slow gilaaaa...... walaupun jln kosong tapi plg laju mcm 60-70km/jam ja
- Jual makanan segala kt trafik light, kalau kt indon dijaja dr keta ke keta ini tak ditenggek kt tepi jalan tu, ketam idup menggeletik pun dorang jual kt trafik light kot.....
- Terserempak dgn org dok mencangkung kt tepi jalan masa nk ke sg mekong, bila diperati rupanya dorang kutip daun2 luruh..... kutip ok, setiap sorang dibekalkan 1 plastik sampah
- Org kt sana rajin bersenam, suka main sepak bulu ayam, menari kt gazebo smpai tgh2 malam
- Susah nk jumpa org gemuk kt sana
- Dorang x reti ckp omputih
- Bas dorang canggih siap bgtau "stesen berikutnya ....." ala2 naik tren gitu
- Buah-buahan kt sana suma besor2 dan bermacam2 jenis, yg dh pupus kt Malaysia pun ada
- Kt salon ada awek2s jambu beruniform duduk ramai2 kt depan pintu ..... jgn tertipu mereka2 itu berbisnes yer jual chicken chop mentah gitu ihihihihi
- x ingat dah...... hihihihihi sorry yer
Ok thats all ..... tinggalkan komen kalau u all ada nak tanya apa2 yer.