Elegant Rose - Working In Background

Ho Chi Minh City - Day 2

Sambungan dari Ho Chi Minh City - Day 1 cita cuti2 ktorg ke HCMC ....

Masa beli telekung dkt kedai Hajah Basiroh on the 1st day tu, ktorg dah bayar duit tour ke Mekong Delta. Actually kalau amik kt hotel lebih murah tapi sebab fikir hajah siap bagi makan semua maka ktorg decided tuk amik ngan dorang jer.  Muslim Tour to Mekong Delta harganya USD20 / RM60/head.

Kitaorang cuma tunggu kt lobby hotel dan lbh kurang pkl 8.00 pg kakitangan Hajah, Karim datang hantarkan breakfast dan makan tengahari utk ktorg.  Menurut Karim kalau hari biasa dorang akan bawak ahli2 rombongan cik kiah ke Sungai Mekong tu lunch kt halal restoran di sana tapi restoran tu tutup hari Jumaat dan sebab tu dorang kena bekalkan kami dgn makanan tuk mkn tengahari. 

Bas pick ktorg kat hotel pukul 8.30 pagi.  Ada 4 org Malaysia kt dlm bas yg comel tu, kami 3 org dan seorang sweet chinese girl name Jen..... yg lain2 tu campur, ada mat saleh minah saleh dan 7 org  sekeluarga, Cina dari Singapore.

Dalam bas kecik.... Lelaki bertopi tu ialah Chow our tour guide

Tour Guide ktorg ari tu nama dia Chow tp dia pronounce nama dia as Joe (konon) ..... sgt kelakar orgnya. Sepanjang jalan x kira atas bas, atas bot, kt restoran atau mana2 saja, asal dia bkk ja mulut mesti ktorg suma gelak dan yg plg x bleh blah tu bila dia buat lawak pas tu ktorg 1 bas gelak mengekek2 dan dia plak buat muka toya mcm x der perasaan apa2.... serius jer, senyum tak gelak pun tak.

Dalam perjalanan tu kami diberhentikan di sebuah tempat rehat yg menarik (I fogot the name of that place... sorry) untuk ke toilet, beli barang2 cenderahati dan pd yg lain2 tu boleh makan dan minum jgk kt situ....

Sempat bergambar kt tempat rehat tu



Lepas smpai ke jeti di Sg Mekong, kami dibawa naik bot plak.... 

Chow said "there are a lot of mosquitoes in Mekong River and their size are as big as chicken.."

Muka excited naik bot..... (spot me..)



Dekat tengah2 Sg. Mekong ni ada floating market..... ktorg dok terbayang market tu seakan2 floating market di Hatnyai rupanya tak.  Dorang jual barang2 mcm sayur-sayuran, buah-buahan dan groceries dan cara bagaimana kita nak tau apa barang yg dorang jual ialah dengan tengok apa yg digantung pada buluh di bot2 mereka tu.... 

Ini lah rupanya market dorang tu, nampak tak kt ujung buluh ada digantung buah nenas... maksudnya makcik tu jual buah nenas ler tu

Lepas tu ktorang diturunkan dekat 1 jeti.... 1st sekali Chow bawak ktorg pegi kedai jual madu dan kami dihidangkan dengan teh madu + asam limau.  Kedai tu jgk jual mcm2 produk dari madu tapi ktorg mmg x beli apa2 pun dr situ.  Jom tengok gambor

Awek ni hidangkan tea .... dia masukkan madu dulu pas tu tuang tea dan last sekali dia picit limau kasturi, sedap jgk rasa dia

Ni pun produk madu jgk, malangnya mak cik tua ni terlupa nama dia apa.... Produk ni sgt baik utk kesihatan dan kecantikan KATANYA... mahal kot bekas dia sgt kecik, harganya 400k Dong sebekas atau 2M Dong tuk semua ni... 

Ni plak pollen ...... buat mcm tea, rendam dan minum airnya harganya 16K Dong sebungkus

Ni plak x tau ubat apa ..... minyak gamaknya kt dalam dia penuh ngan binatang2 berbisa mcm ular tedung, kala jengking dan mcm2 lg lah

Ni part paling best..... si mamat Chow tu konon nak takutkan org dgn ulau besau ni, sekali I bkk pegi amik ular tu, baik gila kot si comel ni

Lepas settle dgn hal2 madu dan ular, chow bawak kitaorang pegi ke tempat org buat keropok/kerepek beras...... cara pembuatannya sgt menarik, dan rasanya pun sedap (makan setelah berpuas hati bertanya sana sini samaada muslim boleh makan atau tak...)




Lepas tengok kitaorg dibawak plak tengok org buat "Pop Rice" a.k.a bertih beras (pop rice ahahahaha....)



Menarikkan..... salu tgk org buat pop corn ni pop rice plak.

Lepas tengok mcm2..... buat keropok beras lar, buat bertih beras, kueh kapit dan mcm2 lg kami dibawa ke sebuah restoran untuk makan.  Yg lain2 semua tu makan apa yg dihidangkan oleh restoran tu lah, ktorg plak bukak bekalan yg dibekalkan oleh hajah.   Nasi putih dgn daging bakar, acar timur dan sos..... daging tu sedap tp x der kuah x der aper so nasi rasa plain sgt.  Mujurlah masa halfway makan, org restoran tu hulurkan kicap dan sos cili halal tuk ktorg ...... (ok kicap dia serius sedap, tp lupa nk beli bwk blk pulak)

cantik bkn main gazebo kt restoran ni.....

Lepas siap serve dorang suma, pekerja2 restoran tu masing2 gi tukar baju.... rupanya ada persembahan utk ktorg.  Menyanyi lagu2 Vietnam, berlakon cerita cinta dan cerita kawen sambil main alat muzik. Ada sorang perempuan muda tu , masa berlakon drama muzikal yg kononnya dia baru kawen dan nak tgglkan mak dia, beria2 menangis smpai terisak2.  Sgt berbakat walaupun hanya berlakon kt dalam restoran ja......


Ni antara yg menarik..... bunyi alat muzik tradisional Vietnam.  Nama alat ni Dan Bau, cuma ada 1 tali ja dan bunyinya dipelbagaikan dgn menggerakkan 1 batang yg berjuntai kt atas tali tu

Ok lepas dh hbs makan, bg tips sikit tuk pemuzik2 tu semua Chow bawak ktorg masuk kampung plak..... naik sampan, jom tengok gambor

Ni jeti sampan ..... x berjeti pun sebenornyer, langkah turun msk dlm sampan terus, neves sgt bila nk kena naik sampan ni... co tengok tukang dayung tu, badan bkn main kecik lg 

wajib kena pakai topi vietnam dan msg2 pun dh rupa vietnamese dh kan ihihihi





Ha ..... tu gambar kt atas tu.  Ktorg dok tertanya mana lar a soh ni nk bwk ktorg pegi.  Makin jauh makin jauh dan tetiba kt depan nampak sg besar dah pun.  Apa lagi masing2 dh panik dan terfikir mesti bot kita tunggu kt depan tu dan rupanya betul.   Sekali dr sampan kecik yg bergoyang2 tu ktorg kena langkah naik bot besar tu.  Rasa nak jerit pun ada dah time tu, mana x nyer bot besar tu tinggi dan sampan tu rendah kan campur lak bergoyang2 lak lagi campur lak lagi dgn badan mak cik x brp nak kecik ni huhuhuhu, seyes takut gilos masa tu tapi apakan daya terpaksa la buat jgk dan alhamdulillah nothing happened alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.  Tapi kalau ada peluang dpt pg sana lg lepas ni mmg x nak dh naik sampan tu huhuhuhu

Itulah cerita naik sampan dan lepas tu bot tu bwk ktorg pegi ke jeti semula dan naik bas balik ke HCMC. Sampai ke hotel dh pkl 7 lbh dah pun.  Naik hotel mandi dan siap2 keluar cari makan dan ke pasar malam.

Mula2 tu ktorg pg ke pasar malam di padang berdepan dgn backpackers area.  Kt situ x ramai org sangat lengang dan ada 1 kedai tu tawarkan Tshirt Vietnam dgn harga yg agak murah.  So ktorg decided tuk beli kt situ ja dan kebetulan ada member mntk tlg belikan bag pack so beli bag dan beli tshirt kemudian sumbat suma dlm bag tu.  Kow team.

Cik Ni tengah pilih keychain dan fridge magnet harganya sepapan tu 60k Dong/RM9.60, cuma saiz barang tu berbeza2 kalau amik yg kecik dpt la 10, kalau besar 6 mcm tu

Lepas siap kt situ baru ke area Ben Thanh balik cari makan.  Mlm tu makan kt Restoran Kampung Melayu. Environment ok, makanan biasa2 ja tapi harga agak mahal.  Kalau kt Nabil nasi goreng cuma 99k Dong tp kt sini kotiaw sup ja dah 109k Dong dan rasanya plak biasa2 ja.




Total dinner ktorg mlm tu 640k Dong atau RM102.40 (utk kotiaw sup+chicken lobak dan air jer)

Ok lepas makan terus ke pasar malam plak dan jenjalan ja, x beli apa pun sbb harganya sama ja dgn pasar malam sebelum tu.


Pasar Malam Ben Thanh Market 

Kt pasar malam ni pun x lar ramai mcm pasar malam kt tempat kita sini, sbb kt tempat kita jual makanan suma kan, tp kt sini cuma jual kain baju, kain pasang, beg, cenderehati, kopi dan yg seangkatan dgnnya saja..... tp suasananya sama ja ngan pasar malam kt tempat kita, sbb kebanyakkan pengunjung adalah dr Malaysia gitu.

Lepas pusing2 pasar malam, ktorg konon nk gi snap picture kt tengah2 roundabout Ben Thanh yg ada org naik kuda tu tapi malangnya kebanyakkan gambar gelap sbb mlm tu dorang x on lampu kt Ben Thanh Market tu.


BF kena dera bawak beg yg penuh, x ckp dlm beg kt luar beg tu gantung plak plastik mcm2....

Apapun pekena kopi ais yg sedap ni dulu sebelum balik..... halal coffee 20k Dong segelas

Nmpk tak mamat pakai baju oren tu.... so kalau sesapa pegi sana nk try halal coffee ais yg sedap ni carilah motor yg ada tong kt belakang dan pekerjanya berbaju oren gitu yer...

Ok tu jer aktiviti hari ke 2 ktorg ....... tunggu next entry plak tuk hari ke 3 ya...























No comments:

Post a Comment