Elegant Rose - Working In Background

Ho Chi Minh - Day 3

Ok hari ni nak sambung citer ktorg kt HCMC.  Kalau ada yg terlepas boleh baca ni  Ho Chi Minh - Day 1 dan Ho Chi Minh - Day 2.

On the 3rd day atau hari terakhir tu kitaorang sepatutnya ke Chu Chi Tunnel, dah bayar pun duit tuk half day chu chi tunnel trip yg harganya USD6/ head.  Tapi bila memikirkan kt town tu sendiri byk lg tempat yg ktorg x pegi tambah plak dgn msh ada plak barang yg kengkawan kirim blum dibeli,  so ktrog decided utk x pergi trip tu tapi sebaliknya pusing2 kt town tu ja.

Seawal jam 9.00 pg ktorg bergerak ke bas station di depan Ben Thanh Market dan cari bas no 1 warna biru untuk ke China Town.  Destinasi pertama kami pagi tu ialah ke Cho Binh Tay atau Binh Tay Market.  Bus No 1 ni pun sama jgk, 5k Dong/RM0.80 seorang dan x perlu risau jgk sbb station terakhir bas tu ialah di China Town.

Mcm biasa mesti tersesat mencari pasar tu yg sebenarnya sebarang jalan ja dgn bas station.  Tapi part yg paling best bila sesat ni ialah dpt tengok mcm2 yg dijual di tepi2 jalan .... jom layan gmbor

Antara yg menarik perhatian ialah ketam kecik2 yg di deep fried ni..... digoreng terus sekor2, ketam ni kecik jer rasa sekor dlm 100-200 g jer (jgn tanya rasa mcm mana ok)


Kacang tanduk..... penah dgr org dok cerita sebelum ni, tp ni 1st time tengok sendiri mcm mana rupa kacang ni...

Dekat belakang bus station ni ada pasar buah2an.  Mcm2 buah dijual...... ciku yg sebesar buah mangga (confirm ciku sbb ada yg dah dibelah) , buah kedondong pun besor mangga jgk tp dorang jual kedondong yg dah masak.  Ktorg tahu tu kedondong sbb nampak banyak pokok buah tu di tepi sungai mekong.  Ada jual pisang kaki/persimmon, dragon fruit dan yg paling ktorg teringin nk beli tp x sempat ialah buah bidara.... lama gila x mkn buah bidara.... next trip wajib beli.

Masa tersesat tu jgk ktorg terjumpa kedai kopi Trung Ngunyen (kedai kopi ni byk dan ada di mana2 saja)..... so terfikir mgkn murah sikit kot kt sini, so why not tanya dan kalau harga ok terus beli dan rupanya mmg betul jauh lbh murah dr pasar malam.  G7 3 in 1 (box of 21 sachet) kt sini cuma 45k dong/RM7.20 sedangkan kt pasar malam org tu bagi 60k Dong/RM9.60.


Memilih coffee

Motor pelanggan parking dlm kedai....

Motor parking dlm kedai tu pun fenomema menarik jgk kt sini...... jalan raya sempit, kenderaan plak byk so kedai kopi ni provide parking dlm kedai tuk pelangan.  Mula2 tu ktorg heran gak, bdk yg tengah serve ktorg tu kejap2 ilang rupanya di gi betulkan motor, keluarkan motor dan parkingkan motor org yg baru smpai..... dorang x benarkan pelanggan parking sendiri sbb tempat parking sgt terhad so kena ada cara parking yg betul.

Lepas beli kopi ktrog terus ke pasar yg jaraknya dlm 500 meter ja dr kedai kopi tu.  Bin Thay market tu seakan2 Plaza GM, jual barang secara borong.  Mcm2 ada kt situ, bkn ja brg2 kering kain baju, kasut, beg kain tapi ada gak jual kopi, kekacang mcm gajus, badam dan segala kekacang yg sgt byk dan famous kt vietnam ni dan ...... helmet comel2 yg dorang pakai tu pun byk sgt2 kt sini.

Yang bestnya bila beli kain cotton, sutera, chiffon suma tu x perlu plak beli dlm kuantiti yg byk.  Beli sepasang pun boleh dan harganya lebih murah dr Ben Thanh Market.  Lg 1 yg best, dorang kt sini pun pandai gak sikit2 ckp Melayu dan dorang pun terima gak duit RM.

Bin Thay Market 




So sempat la beli few pasang kain cotton, sutera vietnam dan chiffon kt sini (few tu contton tp bila campur yg lain2 dh jd byk pasang iiihihihihihi)......  owh ada 1 experience nk share ngan kengkawan masa kt sini. Peniaga2 kt sini suka sgt tarik tangan org, tapi kita kena la pandai reject dorang dgn cara baik bgtau dorang nak pusing2 dulu.  So 2nd round masa pusing blk tu ternampak sepasang kain sutera vietnam yg cantik, so singgah, bargain kaw2 so beli la sepasang.  Lepas tu jalan balik dan bila lalu salah 1 kedai tu, pekerja perempuan dia tarik husband i dan bila i lalu plak yg sorang lg ckp "kakak u not got person..." i tanya dia blk why and dia ckp "u don wanna buy my kain..." i pun apa lagi ckp ngan dia mmg i takkan beli kain kt kedai dia sbb dia x pasal2 ckp i "not good person", so dia sama2 dia gaduh kejap kt situ sbb marahkan bdk pompuan yg mulut x der insurance tu.

Menambahkan lg bengang dorang kt kedai tu bila ktrog gi borong sakan kt sebelah kedai dia ..... padan muka ihihihihi



Ni kedai yg ktorg beli kain tu.  Sebenarnya dorang ada 2 kedai, yg ni yg 2nd, yg 1st tu betul2 kt depan pintu masuk dan lorong pertama bahagian kain.  Murah la jgk, dan yg plg penting pekerja kt sini semua baik2, peramah dan berbudi bahasa.

Ok thats all about Bin Thay Market.  Dari situ, ktrog terus blk ke hotel hantar barang2 lepas tu mandi dan siap utk cari makan...... kali ni decided tuk makan kt Nabil lagi sekali sbb dh tahu rasanya sedap dan harganya pun boleh di terima akal.  

Misi kami seterusnya lepas makan tu ialah ke War Remnants Museum, Notre Dame Cathedral dan Saigon Central Post Office.  WALAUBAGAIMANAPUN ujan turun dgn sangat2 lebatnyaaaa....... dan dengan itu maka tersadailah kami kt restoran Nabil tu dkt 2 jam lamanya.  

Bila ujan dh agak reda kami decided pegi beli rain coat... sbb nak gak pegi tempat2 tu.  Yer lah, ntah bila lg nk dpt pegi ke situ lg kan, so nekad jalan gak tengah ujan tu.  Alhamdulillah lepas redah ujan dan sesat (sesat tu biasa bg packpakers ok) maka kami pun sampai ke War Remnants Museum.  Nak masuk muzium ni kena bayor 15k Dong/RM2.40





Serpihan pesawat 

Bom Paku

Antara senjata yg digunakan waktu perang...

Antara gambar yang paling meninggalkan kesan di hati..... 

Gambar yg mendapat byk anugerah antarabangsa....

Itu adalah antara barang2 yang dipamerkan di muzium perang itu..... apa yg I boleh ckp rakyat vietnam sangat sengsara waktu itu.....and War Remnant Museum is A MUST GO PLACE in HCMC kalau bawak anak2....

Ok lepas bersedih tengok gambar2 dan mcm2 brg kt dlm muzium tu, ktorg bergambor plak kt luar muzium







Hihihihi tengah ujan pun jadi we all ni.  OK lepas dh settlekan muzium perang tu kami meneruskan perjalanan ke Notre Dame Cathedral dan Central Post Office plak..... gerimis masih tetap menbasahi kami bertiga tapi semangat tetap x ilang.

Dalam perjalanan tu lalu dan sempat amik gambar dekat Reunification Palace..... bergambar jer dan x pegi tengok secara dekat pun kt pintu msk tu samaada boleh msk ke tak tempat tu.

Reunification Palace 

Tetap berbaju hujan....

Kami teruskan perjalanan lepas snap few pics dan dah x sabar nk sampai ke Notre Dame Cathedral sbb dah boleh nampak belakang bangunan tu dr Reunification Palace ni...... 

Inilah dia ..... Notre Dame Cathedral.  Cantik.....



Dan lepas syok2 tangkap gambor tu semua ktorg masuk plak ke Saigon Central Post Office yg letaknya sebelah ja dgn bangunan ni....

Saigon Central Post Office






Post office ni sebenarnya masih lagi beroperasi seperti biasa ....... dlm tu ada diberi dan dijual poskad dan ramai pengunjung yg tulis poskad kt dalam tu, beli setem dan terus pos..... cool

Masing2 tengah tulis poskad dan buat berbagai urusan pos.....

Kedai cenderahati dlm pejabat pos tu...

Ok keletihan tahap melampau dah lepas keluar dari post office tu dan dah x rela nk berjalan kaki balik ke hotel.  So ambik teksi meter dan ktorg kena bayar 30k Dong/RM4.80 jer.....  

Ini lah rupa map ktorg selepas sampai balik semula ke hotel..... basah linjun dan buruk,  sama buruk ngan kertas bungkus belacan ihihihihi

Lepas dh lega dan rasa kuat sikit ktorg keluar cari restoran untuk dinner..... mlm tu try makan dekat Warung 1 Malaysia (sebaris dengan hajah basiroh dan restoran kg melayu) ..... Restoran ni pun x brp ok makanannya tapi harganya murah sikit dari Nabil tapi belasah jer lah.  So Ktorg makan 3 pinggan nasi goreng, 2 milo ais dan 1 tea o ice dan harganya 385k Dong/RM62.  

Lepas makan pusing pasar malam sekali lagi tapi tetap x beli apa2..... kemudian plak singgah pasar malam backpakers area tuk tambah tshirt dan beg utk ole2 dan itulah aktiviti terakhir kami malam tu.  

The next morning flight ktorg pkl 8.35 pg waktu tempatan atau 9.35 waktu Malaysia.  Ktorg mintak hotel tlg panggil teksi dan senangnya, byr terus pada hotel dan cajnya cuma USD 8/RM28 untuk 1 teksi.

Ok akhirnya habis dah cita panjang jenjalan cuci mata dan mengempiskan poket ni..... 

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........

No comments:

Post a Comment