Elegant Rose - Working In Background

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Ni kisahnya yg I tau mmg dh ramai yg baca dan berkongsi rasa geram di pagi jumaat ni....


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


Bukan takat baca kt paper, tapi siap ada video lagi masa dorang pegi jumpa 'MAK' ni kat hotel yg dia duduk tu...... menitis air mata bila tgk 'MAK' menangis tersedu2..... 

AKAK dah x der mak tau, dan 'ADIK' anak 'MAK' awak masih punya mak, x kesian ker, x ingat ke mcm mana dulu mak jager awak time awak sihat apatah lagi time awak sakit.  X ingat ker 'ADIK' masa mak masak makanan kesukaan dan lepas tu disuapkan plak lagi, tak ingat ker mak cuci baju dan kasut sekolah 'ADIK' yg kotor berselut dek kerana kenakalan, 'MAK' bkn jer basuh tapi digosok dan siap dipakaikan lagi baju sekolah tu kt 'ADIK'.  

Mungkin dulu hidup 'ADIK' ngan 'MAK' susah dan x semewah org lain dan kalau disebabkan itu 'ADIK' buang 'MAK', maknanya 'ADIK' dah lupa betapa susahnya 'MAK' berusaha mencari rezki untuk pastikan perut 'ADIK' diisi walaupun hanya dgn hidangan yg ckup sederhana........

Tapi 'ADIK' apa pun alasannya yg semua org tak kan kenapa boleh jadi sampai begini, itu bukan bermakna 'ADIK' boleh buang 'MAK' mcm tu...... pergila bawak balik 'MAK' tu ya sayang..........

YA ALLAH, BUKAKAN PINTU HATI ADIK SUPAYA PERGI AMBIK MAK SEMULA..... SEMOGA ADIK DAN MAK DAPAT HIDUP BAHAGIA SELAMANYA.........


No comments:

Post a Comment