Elegant Rose - Working In Background

Cukup Meletihkan

Sangat2 meletihkan, itu saja yang dapat I ceritakan. Mana taknya terasa macam tak sempat nak rehat langsung weeken baru ni... jom flash back apa yg I ngan Huby dh buat last weeken

Sabtu

7.30 pg hantar PU3 ke sekolah

8.00-.10.00 pg di kota damansara (budak2 kerja tengah buat renovation)

10.00 - 10.30 pg di kepong membeli barang

10.30 - 11.30 pg di segambut (site ke dua juga kerja renovation)

11.30 - 12.00 pg di KL mencari barang2 tuk site ke 3, wisma cosway Darabiff Burger

12.00 - 6.30 ptg di Wisma Cosway tolong huby buat kerja2 dismantle disebabkan oleh kekurangan pekerja.

6.30 - 7.30 ptg perjalanan balik ke rumah

7.30 - 7.45 ptg di rumah

7.45 - 8.00 mlm di selayang amik budak kerja ke taman mayang D'tandoor Central Kitchen

9.00 - 9.30 mlm di Kota Damansara siapkan barang kerja tuk taman mayang

10.00 - 1.30 pg di taman mayang

2.30 pg di rumah


Ahad

7.30 pg keluar ke Ijok

9.00 pg sampai ijok

9.30 - 11.00 pg jumpa client

12.00 tgh hari balik ke rawang amik Pu3

12.30 tgh hari balik rumah

1.00 ptg service kereta comel

2.00 ptg bertolak balik ke kedah

7.00 ptg sampai di jitra

8.00 mlm bertolak ke Megat Dewa

9.00 mlm keluar dr Megat Dewa Ke Rawang


ISNIN

7.00 pg sampai di rumah

9.00 pg keluar ke pejabat

9.30 pg sampai Jalan Pahang

ha.... gila tak gila sgt lar tu, td lunch time mata mmg x leh nk bukak dh, actually bukan lunch time ja, skrg ni pun mata mcm perlukan penongkah saja ni....

Tak Dak Keja Cari Keja

Ari ni mood gedik sgt nk letak gambar kt sini, boleh la dari x dak keja nak buat layan ja lar....


Inilah muka2 kami waktu tunggu kereta kt bengkel di Merang, Terengganu



Nak cakap per ntah layan jer la..... hehehehe

The Summerland Retreats


Hurm walaupun masih rasa kecewa dengan percutian ke Terengganu baru2 ni, tp rasa mcm nk share gambar2 time kt The Summerland Retreats tu...Tempat ni kecik jer, tp disebabkan oleh environment yang sgt2 selesa, pantai yang cantik & bersih, air yang jernih dan of cos service yang cukup baik dari mereka yg menguruskan tempat ni so kami rasakan tempat ni antara tempat yg paling selesa pernah kami pergi....

Bila berada di sini, kita seolah2 berada di rumah, makan minum pun senang diperolehi, paling tidak atau malas sgt nak keluar they can prepare everything for you dengan bayaran yang cukup berpatutan.... dan sedap plak tu.....



Tuan Pu3 hepy sgt dpt mandi laut, beach dekat tempat ni mmg cantik, & we can see Pulau Redang from here...


This is the Chalet..... mmg selesa sgt2. Bilik yg we all ambik tu ada 3 katil with aircond, attached bathroom, TV, astro and all other basic faci' yang dh terlalu selesa kami rasakan....


OTW balik ke KL singgah Dungun & had a breakfast and photo shoot kat situ....

Wish akan dapat pegi tempat tu lagi lepas ni.... for hanimun mungkin

Weekend Part 2

Ok sambung cita tadi..... lepas mkn semua dh terlentang ada yg dok blogging, ada yg dok main dam aji, ada yg main game henfon. Sudahnya MI ajak kami semua p karok, so pkl 9 lebih baru keluar dr umah menaiki sebiji myvi ke Redbox The Curve....

Msk dlm bilik 'gelap' tu dlm pkl 10 mcm tu la.... dok dgr dorang ckp yg pakej tu smpai pkl 4 pg tp hati x kisah sgt la sbb ya la x kan la nk melalak dr pkl 10 mlm smpai 4 pg kan....

MI dan NI mulakan operasi mencari lagu2, lagu melayu la, lagu omputeh yg x berapa nk faham omputehnya .... especially bila lagu2 yg dipilih oleh youngster mcm cik anis nur amalina (http://niezmostory.blogspot.com) lagi la kami x faham apa2, lagu Avril Lavigne What The Hell la mcm2 pun ada....

Tp antara part yg best bila NI pilih lagu 'Aci Aci Buka Pintu'. NI pun nyanyi la ngan MI yg aku ngan huby ni dh pecah perut dh gelak especially bila MI nyanyi part "Nana Nana Lekas Pulang" tu.... actually MI ni x faham pun apasal kitaorg dok gelak, yg NI pun dh nk pecah perut dh aku tgk, sbb NI ni mmg la Nana geng Penang punya hahahahaaha

Nyanyi punya nyanyi ingat nk gerak la dlm pkl 2 mcm tu sbb cik anis nur amalina nk pg Uptown Kota Damansara nk beli baju tuk pakai balik pg tu, tuk makluman dlm bising msg2 dok melalak dgn sora yg x berapa nk bersora tu, tuan pu3 boleh tido kt atas sofa hahhaha ....sekali tiba2 mamat cina yg dh 2 3 kali dok buat2 sapu sampah dan mop lantai kt depan pintu bilik ktorg tu dtg kutip "remove" (remote la tu) rupanya dh pkl 4 pg dan x sempat la nk ke Uptown.

Sampai ke rumah dh pkl 5 lebih, pkl 6.30 nk gi hantar cik anis ke airport plak, so most of us mcm x berani nk tido cos takut terbabas dah tu terbabas lak kapal terbang cik kak tu.... tp aku mmg x leh tahan terlelap gak sekejap kt depan TV, MI gi tido ngan tuan PU3 kt dlm bilik, NI terlelap2 kt meja makan, bukan pa degil org soh tido kt depan TV x nak... yg betul2 x tido mcm biasa my huby la tu.....

Itu ini, itu ini pkl 7 baru keluar dr rumah MI menuju ke airport, NI pun keluar sekali la, x kan nk tggl dia berdua plak kot ada plak yg kena tangkap basah time kering nnt kan..... lepas hantar cik anis baru blk rumah, sampai lbh kurang 8.30 pg dan tido.

Betul2 tido kitaorg bila terjaga dh pkl 4 ptg rupanya.... thats the end of weekend story... cerita2 lps tu biasa2 ja, mkn, tgk TV dan tido balik hehehehehe

Weekend

Last weekend agak meletihkan namun ada kenangan yg dikumpul untuk dimasukkan ke dalam album kehidupan..... Started with planning on what to cook for my family and frens sbb kami akan makan bersama di rumah MI di Shah Alam sebelah petang. Memandangkan rumah awek ni x der dapur, so i have to cook dekat rumah dan bawak ke sana.

I knew that MI suka sgt dengan udang and my best fren NI penah ckp dengan I, everytime mother dia datang ke rumah, his mother akan masakkan dia sambal tumis udang so i've decided to cook sambal tumis udang for them plus kari daging yg special + sambal ijau dan ada 1 special request from budak kecik Anis Nur Amalina tuk kangkung rebus campur sos tiram....

So i pun mulakan kerja2 memasak, budak kecik Anis Nur Amalina keluar dengan kengkawan sbb the next day dia akan balik ke Kedah semula... Tuan PU3 pulak sibuk dengan Channel 611 dia all the time sampai lupa nk mandi. Started with kari daging yg konon2 special tu, why special.....? sbb bukan hanya diletakkan santan ok, i also campurkan almonds & cashew nuts, so mmg berlemak2 la kari tu.....

Sementara msk kari, siapkan bahan tuk sambal tumis. Rebus cili kering, potong bawang putih, bawang merah, cari serai... (cari dlm fridge la tu... hehehe) eh yg plg penting siapkan udangnya dulu la kan....seblum tumis cili yg dh di blend, buang air udang tu dulu, kalau x nnt udang tu terlebih masak bila air dia keluar dlm sambal..... pas tu baru la msk cilinya mcm biasa....(dh mcm blog masakan la plak kan hehehehe)


(ni bukan yg aku masak ok, yg aku buat lebih menarik dr ni..... hehehehe)

ok settle sambal tumis udang, buat plak sambal ijau... alamak cili padi plak x berapa nk cukup, sib baik cik pu3 ader, so kena la gi kedai beli cili padi tambahan. Sekali bila dia blik rupanya org kedai tu bg dia cili burung..... hurm habislar sambal ijau tu ari ni, mmg pedas gila la kot dan mmg pedas sungguh la sampai NI tanya "awat yg pedaih sgt ni, U maqah kt sapa..... kalau ya pun jgn la sampai mcm ni.." hahahahaha tp dia mcm enjoy ja ngan sambal ijau aku tu sbb yg aku tau dia mmg suka makan pedas2 ni....

Last sekali yg plg susah nk buat, kangkong sos tiram.... sbb apa susah tau, sbb malas nk siang kangkong tu, dh la byk bkn main lg sekali bila rebus tggl cket ja... hahahahaha

Dh lepas masak mmg penat sungguh la, lps masukkan suma dlm bekas dan bakul, mandi dan rehat sekejap sementara tunggu my huby balik ambik ktorg.... & dlm pkl 3.00 baru keluar dr rumah menghala ke KLCC ambil cik anis nur amalina.... my huby ada appoinment ngan NI plak kt Kota Damansara....dan disebabkan dh tau dorang tu mmg akan lambat so aku decide pi dulu shah alam ruman MI ngan anak dara 2 org tu...

Sampai umah MI dh almost 6.00 pm dh ..... tuan Pu3 dh x tahan lapaq sampai ja terus balun sorang2... kami ber3 tunggu my huby dan NI, diarang lak sampai dh pkl 7.00 lebih dh pun....

Time makan mmg enjoy.... MI mmg jenis yg suka makan, my huby plak mmg no problem sebab mmg dh biasa dgn masakan aku, tp NI tu mula2 mcm malu2 dan mgkn x confident dgn air tangan aku kot..... tp lama2 diapun mkn bleh tahan jgk, kira lepas mkn terlentang gak lar.... mmg syok masak kalau org makan ni...yg tinggal cuma kari daging lebih kurang setengah mangkuk dan nasi ja....

Tapi serius mmg hepy gila la masak bg diaorang makan.... tp x tau la dorang makan tu sbb sedap atau sbb x sampai ati kan, kot aku kecik ati nnt lepas ni x nak masak dh la plak.... hahaha

WHAT A 'NICE' HOLIDAY.....




Memang nice sgt holiday kali ni, we went to Kuala Terengganu as planned tapi..... x per citer dr muler better to understand kan..

29.04.2011

Balik kerja 6.00 ptg, sampai rumah 7.45 terus masak (lauknya sambal tumis ayam, masak kicap daging, sambal ikan bilis hijau dan butter prawn). Kemas dan bersiap kemudian keluar dari rumah pkl 8.45 terus menghala ke Selayang Mall, kemudian ke Sunway Pyramid, Jalan Pahang dan Wangsa Walk. Dari Wangsa Walk terus bergerak ke Lebuhraya Karak jam 11.45 malam..... Pkl 1.00 pg berhenti di bentong tuk lelapkan mata sekejap, kemudian berhenti sekali lagi di Hentian Temerloh dan bergerak semula jam 4.00 pg

30.04.2011

Sampai di Cherating jam 6.00 pagi, tiba2 huby perasan temperature agak tinggi, berhenti lagi di Cherating tuk sejukkan enjin seblum tambah air kereta, pkl 7.30 pg bergerak semula. Sampai di Durian Mentangau jam 8.30 temperature naik lagi dan berhenti sarapan sementara menunggu enjin sejuk, jam 9.00 bergerak semula ke KT. Sampai di KT sekali lagi berhenti tuk isi air, seblum tu berjalan2 di Pasar Payang tanpa ada hati tuk membeli apa2.... jam 11.00 bergerak semula kali ini menghala ke Merang yg jauhnya kira2 30 km dr bandar KT, sampai di Merang jam 12.30 tgh hari, selepas itu makan dan tido keletihan.


Selepas Asar bergerak ke bengkel kereta, mekanik cuba menyelesaikan masalah sehingga jam 9.00 mlm namun mengecewakan kerana spare part x cukup. Sebelum balik ke bilik tapau makanan tuk di makan di kawasan resort, lepas mkn apa lg memandangkan aktiviti melihat pesta candat sotong x menjadi kamipun tidur dlm bilik jer lar...


01.05.2011

Lepas subuh dan cerah sikit bawak tuan Pu3 ke tepi laut tuk mandi manda, pkl 8.30 bergerak cari sarapan, lepas sarapan tido blk la nk buat apa lg, nk ke bengkel parts belum sampai.... pkl 12.00 kitaorang bergerak keluar dari resort ke bengkel dan dari waktu tu sampai 4.30 petang kami menghabiskan cuti kami di bengkel kereta...

Keluar dr bengkel jam 4.30 petang singgah di tepi2 jalan membeli keropok tuk kawan2..... sampai ke kawasan yg lebih kurang 2 - 3 km dr airport kereta x bergerak lagi.... so dr jam 6.00 petang sampai 9 mlm kami menghabiskan cuti kami di teri jalan melihat dan mengira kenderaan yg lalu lalang....

Pkl 9.30 smpai di Giant KT tuk membeli baju dan seluar, lepas tu bergerak ke kawasan batu buruk dan ibai dan sampai di masjid terapung jam 10.30 mlm, kemudian ke medan selera kawasan batu buruk tuk makan malam. Lepas makan bergerak ke tepi pantai di batu buruk mencari port tuk tido....


02.05.2011


Pkl 6.30 pagi bergerak pulang ke KL, berhenti di Dungun bersarapan dan meneruskan perjalanan dan sampai di Rawang jam 2.30 petang


Itulah ceritanya..... mmg interesting, tp what ever pun, tu semua pengalaman yg x boleh dibeli kt memaner pun, appreciate that walaupun percutian tidak menjadi.....