Elegant Rose - Working In Background

Hatyai 10-11 May 2014

Alhamdulillah.... sempat balik kampung, jenguk mak dan keluarga mertua ujung minggu ari tu.  Tapi mcm biasalah, sambil menyelam minum air, sempat ke Hatyai dan tido kt sana semalam atau dlm erti kata lain balik kampung tapi x tido di kampung sebaliknya tido di Hatyai, boleh gitu.... mmg boleh lah ihihihihi

Bertolak dari Jitra dlm pkl 2.30 dan konon nak singgah di RTC Napoh tuk buat border pass my sister, malangnya RTC x sama dgn UTC, RTC tutup hujung minggu. Dari Napoh kami patah balik ke UTC Alor Setar, mujurlah x der org ari tu dan proses buat border pass tu sgt cepat, dlm masa 2 minit lbh kurang dh siap.

Dari UTC kami patah balik ke Changloon tuk beli insurance kereta dan tukar duit Bath dan akhirnya smpai ke sempadan lebih kurang jam 4.30 petang. Lagi sekali nasib kami baik, x ramai org di sempadan waktu tu, so proses cop passport dan surat kereta segala tu kejap ja.  Pada yg x penah masuk ke sana, masa cop passport tu kena byr RM1 tuk seorang kt imigresen tu tau, kalau pakai border pass korang x pyh turun kereta, just kumpul kan semua border dan sorang ja turun dan cop tapi kalau pakai international passport korang kena lah turun.  

Jom tengok gambar sambil ceritalah, baru best kan.....

Kedai di changloon tu boleh tukar duit, beli insurance kereta dan
 isikan departure form dengan harga RM1
Dorang singgah solat di salah 1 masjid sebelum smpai Hatyai, I plak dh siap2 buat jama dan qasar
di waktu Zohor
Org pegi solat, ktorg plak dok posing kt tepi toilet..... ihihihihi
Lepas solat kitaorang ke Khlong Hae Floating Market ..... mcm biasalah kt tempat ni makan dan makan dan makan, so kalau u all nk pegi sana, make sure simpan perut, mcm I ari tu, just amik bekfes lps tu mak suruh makan pun x nak dh sebab nnt nk mkn mcm2 kt floating market .... hihihihi boleh gitu


Masak kt situ jual kt situ, bila kita nk beli makanan kita pegi tunggu kt pelantar kayu tu
Antara yg menjadi tumpuan ramai ialah penjual2 air, tengok la bekas2 ceramik yg comel tu. Pilih mana yg nak dan air apa so nnt dia akan isikan air dlm tu lah kalau ceramik mcm tu  30 baht (+- RM3)
boleh jugak pilih buluh dgn straw yang diletakkan bunga kemboja yg ni cuma 20 bath (+-RM2) saja...
(minum air sambil cium bau bunga kemboja mmg menarik) 
ni sejenis makanan yg dibakar... kita pilih dan dia akan bakar dan kemudian letak sos
bebola keledek

cantik takkkkkk....... ni bekas aiskrim letak aiskrim dlm ni,
hbs mkn bwk blk dan boleh buat hiasan kan harnya pun murah cuma 20 bath (+-RM2)......
Ni pun sejenis makanan bakar..... ada 2 pilihan ayam atau daging,
sedap sgt lembut je dagingnyer
(sory blur sikit)
Ni plak ala2 otak-otak.... pun sgt sedap dan pedas kaw2 punya

Ni x kan korang x tau kan, dim sum lah.... sedap
Keledek kukus 
Yg ni I suka sgt....  mcm kueh cara tapi x manis dan lebih rasa telur dari tepung
dan ditengahnya ada kerang

Salad ala2 som tam tapi dicampur udang goreng, telur, pas tu mcm ntah bawang ke hape digoreng ngan tepung pas tu ditumbuk dan digaul dengan cili, tomato, fish sos dan asam
Ni pun I suka.... seafood mestilar kan, goreng dan dimakan dgn thai sos, udang dan sotong dia sgt fresh dan tambah best sotong dia tu penuh ngan telur, mmg mabeles lahh
Nasi kuning dan ayam rebus dgn kunyit... ok lar, x pandai sgt mkn nasi kosong x berkuah mcm tu
Ni cuma sebahagian ja .... ada mcm2 lagi makanan yg dorang jual dan harganya dari 200 baht hingga 350 baht.
(sory byk gambar agak blur this time)
Ini adalah cara kita berurusan dgn peniaga.... makanan yg kita beli akan dimasukkan dlm bakul dan dihulur dekat kita dan kita masukkan plak duit dlm bakul tu....
Lepas settle mengembangkan perut, kami ke pekan Hatyai semula untuk cek in hotel, my kesen pilih Grand Plaza Hotel.  Lokasi yg sgt strategik, di tengah2 bandar dan bersebelahan dgn Lee Gardens Plaza.  Sayangnya boleh terlupa nk snap picture sbb hati "gundah gulana" memikirkan anak2 dan ck abe kt rumah dan phone yg x der line dan wifi yg x strength, serabut sekejap....

Kami plan nk ambik family room tapi malangnya dh penuh maka terpaksa amik bilik biasa yg ada connecting dan tambah 1 extra bed. Harga 1 bilik 1080 baht, extra bed 300 baht.

Lepas solat isyak kami terus keluar dari hotel untuk ke Asean Night Market dan my kesen ajak naik tuk tuk cos kt area situ susah nk dpt parking... org tu caj kitaorang 100 bath sehala.  Best sgt tempat tu, mmg segalanya ada, yg penting bwk duit byk2 cos keterujaan untuk membeli akan menjadi2 kt situ sbb barang2nya sgt murah.  Malangnya kitaorang sampai agak lewat dan blum sempat pusing 1 round kedai dh start tutup dan kerana itu maka kuranglah membeli.......

Muka terlebih besor sebab terlebih exited dpt naik tuk tuk.....
My kesen ... 

Inilah tempatnya, Asean Night Market....
Dalam pada x sempat nk beli tu, I sebenarnya telah berjaya menghabiskan 500 baht (dlm RM50) dengan membeli 3 helai seluar untuk diri sendiri dan 1 maxi dress tuk anak dara.

Keluar dari sini, kami naik tuk tuk balik ke kawasan hotel.  Sempat pusing2 dan makan2 ... lagi..? ya makan lagi....

Waktu malam yg meriah

Tetiba terserempak dgn this cute little buddy..... 

Dan masing2 sibuk nk bergambar.... I pegang tebu yg dijual oleh pemilik cik jah comel dengan harga 20 baht
untuk kita bagi cik jah comel makan.  

Mimi x berani nk pegi dekat sbb dia takut ... cik jah comel besar dari dia

sapa lagi comel, cik jah ka cik ni ka ..... hihihihihi 

Udang galah tu hampir sama besar dgn ayam goreng....

Antara makanan yg dijual di gerai2 berhadapan dengan hotel, tapi kami cuma makan pulut mangga ja 50 baht 1 set...

Habis cerita malam kami di Hatyai... the next morning seawal jam 8.00 pagi waktu Malaysia, kami dh keluar dr Hotel menghala balik ke Padang besar.  Sempat singgah cuci2 mata di Hatyai Bazaar, pada yg penah ke Vietnam tu korang bayangkanlah bazaar ni sebijik mcm Benh Than market ...

Dari bazar terus ke pasar pagi di Padang Besar dan itu ialah destinasi terakhir kami di sana.... mulanya nak singgah ke kampung saudara mara arwah ayah, tapi disebabkan masa dan ada masalah2 lain kami pun x jadi nak ke sana.

Kesimpulan dari cerita ke Hatyai yg x plan ni ialah..... wajib ada next trip plak dlm masa terdekat ni dan nak bawak my huby dgn anak2 sbb dorang blum penah sampai ke floating market

So thats all.... 

Ke Cherating di Hari Pekerja

Ini cita last minit plan, fews days sebelum tibanya 1 Mei baru decide nk bawak budak2 gi Cherating. Dorang tahun ni kan tusyen Sabtu dan Ahad so time weeken mmg x leh gi memana.  Kebetulan Hari Pekerja tahun ni jatuh hari Khamis, so I ambik cuti hari Jumaat dan dapatlah spend semalam di Cherating.  

Seawal jam 9.00 pg kitaorang dh keluar dari rumah dan terus menuju ke Cherating.  Actually Me and my hubby x berapa sihat, masih demam dan batuk2 tapi sebab dh janji dengan anak2 so kitaorang teruskan jugak.  Hubby plak dok lali ubat dari rumah lagi dan akhirnya smpai dekat hentian Temerloh dia dh give up.  So, no choice i've to drive smpailah ke Cherating.

Kitaorang benti makan dekat tepi pantai sebelum simpang ke area Duyung.... layan kot mkn kt situ, dgn angin kuat plak lagi, mmg best lah

Masing2 lapar sbb x sempat breakfast
Ayam goreng berempah, hangus....??? mmg gitu kan ayam goreng berempah ihihihihi


sotong kicap pedas... plan asal nk goreng kunyit ja tp sbb ada balance cili kisar so jdlah kicap pedas plak
Ni plg terangkat, sambal udang petai.....
Terung garing siram kicap... feveret suami dan anak dara
(sgt senang nk buat, goreng ja terung garing2 pas tu simbah kicap manis)
Lepas makan baru ktorg gi check in kt resort.  Kali ni kitaorang stay dekat Cherating Bayview Resort. Tempat ni ok sgt, itupun kalau korang bukan jenis yg nak duduk tempat yg ala2 5 to 6 star lar.  Ktorg ambik bilik deluxe sea view, harganya cuma RM180 semalam.

Bilik Deluxe Sea View, ada 2 katil queen, attached bathroom...

dan ruang tuk rehat...


View2 dari depan pintu bilik..... cantikkan?????
Selain bilik ni, ada jugak bilik2 lain...

Cuma kt sini x der bekfes la yer... tp don't worry byk kedai2 kt luar kawasan ni, jalan kaki pun boleh. Tapi dorang ada swimming pool tau, besar dan best jgk pool kt situ.  So anak2 ada 2 pilihan mandi laut atau pool, ataupun buat mcm anak2 ktorg mandi laut dan pegi ke pool dan kemudian ke laut dan kemudian ke pool sampai lah penattttttt........

DAN..... dan ini pesanan penaja yg paling penting, resort ni sebelah kubur.  Pintu masuknya mmg sebelah2 ja ngan pintu masuk tanah perkuburan.  Kiranya kt belakang bilik kita duduk tu memang terang-terangan nmpk kubur.  So pada yg ada sikit2 rasa ngeri atau dlm erti kata lain agak penakut tu x payah la dok sini. For us plak, ok jer.....kubur jer kot, org suma tu dh mati apa nk ditakutkan, kot sebelah penjara boleh la takut sbb kt dalam tu ramai org2 ganas kan.....so its up to u all lah, but so far x der pun apa2 yg jd, bunyi atau yg seangkatan dengannya walaupun bilik kami adalah bilik yg plg hujung ....... 

Hari Jumaat, kami check out ngam2 pkl 12 dan terus menghala ke Kuantan pulak..... sempat singgah Teluk Cempedak dan rupanya cantik sgt tempat tu dan mungkin boleh kami jdkan destinasi percutian di masa2 akan datang, cuma resort cantik yg paling dekat dengan pantai TC ialah Hyatt Regency Kuantan dan of cos harganya agak mahal..... tengoklah kumpul duit dulu, pergi next year plak kerrr

Pantai Teluk Cempedak
So itu saja..... dlm masa terdekat ni blum ada plan nk ke mana2, cuma nk blk Kedah time cuti sekolah, selebihnya jenjalan naik kapal terbang lg di ujung tahun 2014 insyaAllah....


Kota Kinabalu Part 4 - Pulau dan Bajet

Agak lama nk dapat settlekan cita2 psl cuti ke KK ni.... lepas balik dr cuti ada ja yg berlaku, dari sehari ke sehari dok tertangguh2.  My previous entry korang boleh baca kt KK part 1 , KK part 2 dan KK part 3 .

Now nak sambung cita last day kitaorang kt sana dengan bajet segala ...

Ok hari terakhir kami kt sana, seawal jam 8.00 pg kami dh keluar dari hotel menuju ke Jesselton Point.  Plan kami nak ke 1 pulau sahaja, tapi memandangkan kami sampai agak awal ke jetty dan mmg time tu ada trip ke 2 pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan maka kami pun belasah je lar.  Naik bot ke Pulau Sapi seawal 9 pg dan pak cik bot ambik kami semua utk ke Pulau Manukan jam 12.00 tghari.  Dan dia datang semula untuk bawak kami balik ke Jesselton jam 3.00 petang.

Kos ke pulau ialah RM110 untuk 2 orang termasuk sewa snorkeling set + life jacket.  Tiket korang boleh beli kt kaunter2 yg mcm kaunter tiket bas kt Puduraya tu.....

Muka cuak nk naik bot, takut pening 
Ceriakan diri sendiri... sbb yg sama takut pening 
Dah smpai ke Pulau Sapi...
Muka happy sbb berjaya mengawal diri dr mabuk laut....
Bayar Island fees.... RM3 sekali bayar utk semua pulau, make sure u all simpan resit kalau x kena bayar lg dekat pulau yg seterusnya



Next destination, Pulau Manukan..
Pulau Manukan airnya lebih jernih dr Pulau Sapi, tapi pasirnya agak kasar dan agak berbatu2




Ikan bilis mata itam kata suamiku... hihihihi
dan Pulau Manukan menjadi destinasi terakhir kami di KK.... alhamdulillah bersyukur sgt2 sbb Allah berikan peluang untuk ke sana, dan insyaAllah akan usahakan utk bawak anak2 dan adik2 ke sana pulak nanti.

Lepas dh penat naik bot dan layan air laut, kami balik semula ke hotel, kemas2 dan sempat tido sebelum ke epot pkl 5.30.

So secara kasarnya bajet ke KK kami ialah


So itu sajalah ceritanya..... alhamdulillah sebab akhirnya berjaya menghabiskan cerita pasal KK ni.  So kalau ada apa2 soalan, mcm biasalah sila tinggalkan komen anda ya....