Elegant Rose - Working In Background

Cuti Pantai Timur 2012 (cont..../)

Selepas memotong stim suma pembaca tadi.... now sambung plak cita seterusnya

Hari Jumaat pun kitaorang check out awal jgk, dlm pkl 9 pg cam tu...... kebetulan kt belakang hotel tu ada pasar pagi. Walaupun peniaga x ramai mana tp best gak, sbb pasar tu mcm lain dr KL/Selangor/Kedah....yg paling ramai org jual ubat, jual kopi campuran yg bermacam2 jenama tu.  Ada gak org jual kain baju, tudung suma tu lar dan yg plg riuh org yg dok lelong barang macam2 tu...... 

Kt pasar ni tersangkut beli set cawan aluminium 6 biji yg siap dengan alat gantungnya sekali, harganya cuma RM10.00 / set.  Alah same jer ngan alat gantung mug kayu yg kita salu pakai tu, tp ni the whole set aluminium ler.  Pas tu beli tudung express ........ murahnyer la sangat aduai, RM10 ja selai.  Masa raya ari tu Cik Ni ada beli tudung yg sama kt Jitra RM17 pas tu ternampak org jual yg sama kt Pasar Kedai Payang RM20.

Lepas jenjalan kt pasar pagi, ktorg terus ketuk GPS ke Kuala Besut..... otw tu nmpk 1 kedai nasi lemak yg tersgt la ramai org kt situ.  So we decided to try la kan, kedai tu namanya Nasi Lemak Bersinar.  Nasi lemaknya mmg bersinar2 cumanya portionnya kecil gitu, lebih kecil dr nasi lemak bungkus biasa yg kt KL ni.  Harga lebih kurang mcm kita mkn nasi lemak antarabangsa gitu, nasi lemak kosong (w/o sambal) 5 pinggan, sambal daging tuk sorang makan, sambal ikan aya tuk sorang makan, ayam goreng seketul, paru tuk sorang dan sandwich 4 set (tapau) + 3 ais kosong (FOC), 1 teh tarik dan 1 teh O ais = RM35.00

Lepas jer makan kitaorg terus gerak ke Kuala Besut beraya kt rumah my kesen Kak Tom dan Abang Usop.   Sebelum sampai umah dorang ni, singgah beli kepok jap kt kawasan tu. Dorang ni husband and wife  actually mmg mengusahakan kilang keropok dorang sendiri kt Kuala Besut tu cumanya jenis kepok yg Ikha suker tu dorang x der, ala yg dorang panggil 'CHICKEDIS' tu.  So ktorg pun lunch kt sana dan my huby dan Danial solat jumaat kt sana gak ari tu.

Dari Kuala Besut kitaorang ke Kuala Terengganu plak..... sampai KT dh hampir 6 petang.  Cari hotel dan cek in kt Hotel KT Mutiara.  Family room with 1 queen size bad + 2 single bed RM120.00.  Bilik ok2 jer, 2nd time stay kt sini, kesimpulannya x mungkin ada kali ke 3 sebab aircond dia x sejuk.  Experienced the same sebelum ni......Lepas check in sempat gi pusing2 Pantai Batu Buruk, tapau kopok losong, lok ching a.k.a sate ikan dan minuman pas tu mkn kt tepi laut...... dan malamnya kami membuta keras kt dlm bilik sbb dh keletihan.

Alamak..... dh panjang dh ni, sambung next entry la yer ....

No comments:

Post a Comment