I sangat2 tersentuh dengan apa yang sedang berlaku di Lahat Datu waktu ini...... terlalu memikirkan nasib pahlawan2 kita yg dok pertahankan negara di sana dan nasib anak2 bini dorang.
Pg tadi cakap kt my hubby, "kalaulah saya berada di tempat isteri2 depa tu, saya dh ikat kaki awak, dan sorokkan awak x kiralah sampai ke umah saudara di Thailand pun, janji awak x pegi sana tu....." itu kita yg suami bukan askar atau polis, so boleh lah kita ckp mcm tu kan. Tapi dorang tu, dh memang tugas dorang mempertahankan negara so isteri, mak atau bapak suka atau tidak apa lagi pilihan yang dorang ada..... hanya dengan doa saja yg depa boleh iring suami2 dorang tu.
Yang suka berpropaganda plak x habis2, x jemu2 dok cakap itu ini, macam seolah2 dorang suma tu pandai sgt, pandai dr segala segi..... ni ayat I tuk dorang "Cik abang oi, x kena kt hang, x kena kt adik beradik hang boleh lar cakap pandai, mau kena tang hang tengok, jgnkan hang, teluq pun lari sembunyi x keluaq2 mai dah...."
Cuba baca nukilan Tuan Zabidi Mohamed ni dan fahami isi hati ahli keluarga para pejuang tu suma (kredit to FB Tuan Zabidi Mohamed....)
PAHLAWAN KU
Waktu kecil ketika saya berada dalam darjah 3, arwah ayah diihantar ke perbatasan di Sarawak-Kalimantan untuk menentang pengganas komunis. Dalam satu operasi ketenteraan, arwah ayah yang ketika itu berada dalam Rejimen ke 17 Askar Melayu Di Raja telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis. Hanya ketika saya ditingakatan 1, arwah ayah meluangkan masa bercerita pada saya bagaimana ketika musuh memuntahkan peluru ke atas platonnya, jarinya menggigil dan tidak dapat memetik picu senjatanya akibat terlalu takut. Hanya apabila salah seorang rakan sepasukannya terkena tembakan musuh dan mati berlumuran darah di sisinya, dia tiba-tiba menjadi berani dan mula membalas tembakan musuh seperti hilang akal tanpa mempedulikan nyawanya sendiri.
Masih basah dalam ingatan saya bagaimana arwah ibu yang ketika itu berada di Pulau Pinang menangis apabila mendapat tahu berlaku pertempuran di perbatasan Sarawak-Kalimantan yang turut melibatkan suaminya. Selalunya setiap kali berlaku pertempuran antara pengganas komunis dan anggota tentera, para isteri akan diberitahu oleh para pegawai rejimen yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan keluarga anggota tentera melalui BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera).
Dua minggu kemudian arwah ayah mengirim surat pada ibu bagi menceritakan pengalamannya bertempur dengan anggota komunis. Arwah ibu menangis membaca surat itu. Saya yang ketika itu hanya berumur 9 tahun tidak dapat memahami kenapa arwah ibu harus menangis walhal ayah tidak terkorban dalam pertempuran itu. Tapi arwah ibu tidak puas hati akan keselamatan suaminya selagi dia tidak melihat sendiri suaminya berada di hadapan matanya. Dia menangis sehinggalah arwah ayah dan seluruh Rejimen 17 Askar Melayu Di Raja pulang ke semenanjung beberapa bulan kemudian.
Teringat saya ketika itu bagaimana saya mengikut arwah ibu bersama dengan para isteri anggota Rejimen 17 Askar Melayu DI Raja yang lain menghantar suami masing-masing bertugas di Sarawak. Anggota rejimen 17 Askar Melayu di Raja bakal menaiki kapalterbang Charlie C150 milik TUDM di lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hampir semua para isteri menangis sambil melambai-lambai tangan melihat suami mereka menaiki kapalterbang. Sebelum suami mereka berlepas para isteri dan anak-anak anggota tentera dibenarkan bersalam dan mencium suami mereka. Arwah ayah sempat mencium saya dan adik perempuan saya ketika itu. Ciuman itu masih kekal dalam ingatan saya sekarang ini.
Ketika itu pergi ke perbatasan adalah soal hidup atau mati. Mereka memang pergi untuk berperang dan bukannya untuk jadi pemerhati. Di lapangan terbang Bayan Lepas, mungkin itu adalah kali terakhir mereka bertemu dengan isteri dan anak-anak mereka. Saat yang saya tidak boleh lupa ketika itu ialah apabila melihat seorang isteri dalam keadaan hysteria merempuh pintu pagar landasan, sambil menangis dan meraung berlari ke arah kapalterbang yang ketika itu sudah berada di hujung landasan untuk berlepas. Beberapa anggota MP (Military Police) terpaksa mengejar dan mententeramkannya.
Saya yang ketika itu berumur 9 tahun hanya memerhatikan sahaja tapi tidak ada ‘rasa’ untuk menghayati apa sebenarnya yang berlaku pada si isteri itu.
Selepas bertugas di Sarawak, rejimen 17 Askar Melayu di Raja telah berpindah ke Kem Majidi, Johor Bharu. Seingat saya ketika itu saya berada dalam darjah empat. Tapi arwah ayah bersama anggota rejimen 17 Askar Melayu masih dihantar ke perbatasan. Kali ini ke sempadan Malaysia-Thailand yang dianggap jauh lebih merbahaya dari sempadan Sarawak-Kalimantan. Dalam setahun hanya dua atau tiga bulan sahaja arwah ayah berada di rumah. Selebihnya dia berada dalam hutan di sempadan.
Cuma apa yang saya ingat sepanjang tinggal di Kem Majidi itu, 5 atau 6 kali saya melihat mayat-mayat anggota tentera rejimen ke 17 Askar Melayu di Raja di bawa balik diusung dalam keranda yang ditutupi dengan bendera Malaysia.
Mayat-mayat anggota tentera itu akan diusung dalam satu majlis ketenteraan di kem Majidi untuk diberi penghormatan terakhir oleh rakan sepasukan sebelum jenazah dihantar balik untuk dikebumikan di tanah perkuburan di kampong masing-masing. Ketika itu semua para isteri anggota rejimen 17 Askar Melayu di Raja akan keluar memberi semangat dan sokongan kepada balu-balu anggota tentera yang telah terkorban diperbatasan itu.
Paling saya tidak boleh lupa ialah bila satu hari ketika saya sedang bermain buaian dengan beberapa orang rakan di perkarangan asrama bujang rejimen 17 Askar Melayu di Raja, sebuah landrover tentera tiba dengan laju untuk menghebahkan pada anggota tentera di situ Kaptan Zainal bersama dengan berbelas anggota platunnya terkorban dalam satu serang hendap pengganas komunis di Grik, Perak. Beberapa hari kemudian saya bersama arwah ibu turut mengeringi jenazah Kaptan Zainal dan berbelas anggota platunnya yang terkorban dalam satu majlis penuh adat istiadat ketenteraan. Saya masih ingat bukan sahaja isteri dan anak-anak anggota tentera yang terkorban sahaja menangis. Anggota tentera lain yang mengiringinya juga turut menangis.
Saya yang berumur 10 tahun ketika itu hanya memerhatikan sahaja. Tapi tidak dapat rasa kesedihan yang ditanggung oleh semua mereka.
Tapi hari ini saya bangga menjadi sebahagian dari keluarga rejimen ke 17 Askar Melayu di Raja kerana rejimen tersebut memegang rekod sebagai rejimen yang paling banyak anggotanya terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Rejimen 17 Askar Melayu di Raja kini telah dinaikkan taraf sebagai rejimen para tropper dalam Angatan Tentera Malaysia.
Kerana berpengalaman menjadi anak anggota tentera, saya begitu sedih dan simpati dengan kematian 8 anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Takziah dan al fatihah buat semua yang telah terkorban. Tidak dapat saya bayangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh isteri dan anak-anak anggota polis yang terkorban demi mempertahankan agama, bangsa dan negara itu. Apatah lagi salah seorang darinya sedang sarat mengandung. Namun saya dapat merasai betapa bimbangnya para isteri dan anak-anak keluarga anggota polis dan tentera yang suami serta bapa mereka dihantar ke Lahad Datu untuk bertempur dengan musuh penceroboh durjana itu.
Saperti yang saya pernah lihat dialami oleh arwah ibu saya, dia tidak akan rasa selamat selagi suaminya tidak pulang ke rumah walaupun dia tahu suaminya berada dalam keadaan selamat di perbatasan.
Kerana itu janganlah kita sewenang-wenangnya melalui FB atau mana-mana media sosial.Kerana itu janganlah kita sewenang-wenangnya melalui FB atau mana-mana media sosial mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengguris perasaan anggota keluarga pasukan keselamatan yang kini sedang menjalankan tugas mempertahankan negara dari ancaman musuh durjana di Lahad Datu itu.
Terbaik yang patut kita lakukan sekarang ini ialah mendoakan agar situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah itu dapat diselesaikan segera dengan sebaik mungkin tanpa melibatkan lagi sebarang pertumpahan darah dari kalangan anggota keselamatan kita.
Saya menyokong usaha Media Prima mengujudkan Tabung Wira Lahad Datu – Maybank 5142 7133 9000 (Media Prima)
Al Fatihah buat anggota keselamatan yang terkorban.
[Saya percaya dua room-mate saya semasa di APAT (Kem Terendak, Melaka) yang juga merupakan anak anggota tentera Kolonel Azhar Mohamad dan Dato' Seri Prof Zaini Ujangmempunyai 'rasa' yang sama]
Ramai pengikut2 parti pembangkang yg pernah bertanyakan soalan pada I kenapa I masih menyokong kerajaan di saat ramai yang dah beralih arah..... dan ini jawapan I
Sejak I lahir di dunia ni lebih 30 tahun dulu, I x penah merasa susah nak ke sekolah, nk ke university, nk ke tempat kerja atau nak ke mana2 saja dan semua tu berpanjangan hinggalah adanya 1 puak parti pembangkang yang belum apa2 dh pandai ajak pengikut2nya berdemonstrasi hingga menyusahkan ramai orang. Sikit2 demonstrasi sikit2 demonstrasi..... tu belum jadi pemimpin negara lagi, kalau dh jd pemimpin mcm mana pulak nnt.....
So sekarang ni Malaysia ni aman damai, dan I x sanggup lgsg nk amik risiko menyokong parti lain yg belum tentu menjanjikan keamanan..... sedangkan bila kes serangan ni berlaku jauh beribu batu pun I yg rasa cuak dan x tenteram inikan pulak kalau ianya berlaku dekat2. Biarlah BN x janjikan minyak turun serta merta, toll dihapuskan serta merta sebab pada I yg lebih penting BN menjanjikan keamanan.
I, anak2 dan generasi kami yg akan datang nk hidup aman damai dalam negara Malaysia tercinta ni..... untuk U all memilih meraka itu terpulang tapi I would always say NO.....
No comments:
Post a Comment