Elegant Rose - Working In Background

Pendapat dan Pandangan

Saat I tulis title tu pun I dh rasa sesak dah..... know why, dok memikir pertelagahan sesama kita yg x habis2 disebabkan oleh ketidakpuasan hati dgn keputusan GE13.

Semalam i posted 1 gambar pasal harga roti Gardenia yg dh di provokasikan tanpa usul periksa oleh seorang hamba Allah yg kononnya dh naik harga lepas GE13.  Selepas itu ini yang berlaku 



Sorry cos i'm not gonna hide any names there sbb nnt ckp i edit plak kan...... ok my 1st intention cuma pasal roti gardenia yg ditipu faktanya dan tetiba keluar hal roti canai dan isu penyokong kerajaan dan sebagainya.....

Ok isu yang i nak bwk ari ni ialah pasal ........ cara kita memberi komen pada org lain terutamanya saudara mara, kawan2, kawan baik atau sesiapa saja.  Ramai diantara kita yg berbeza fahaman politik tapi apa salahnya kalau kita memberi komen yg lebih baik.  

Komen I bila dia ckp roti canai dh naik 20 sen ialah "endut2..... x leh mkn roti canai mkn je la benda lain endut oi, x pun ko buat canai sendiri (roti canai sgt tinggi kolesterolnya, so better mkn roti berserat tinggi) ihihihihi jgn marah erk..." for me nmpk mcm just berseloroh sbb i dh purposely letak "ihihihihi jgn marah erk.." kt situ but may be for her lain, mgkn dia rasa i put a bomb on her head by saying that, and if she felt that aku secara terbuka mohon ampun dan maaf kt ko Endut.....

I langsung x sangka yang komen2 dia yg seterusnya akan jd mcm sgt2 x suka dan marahkan I disebabkan i ni ahli UMNO seumur hidup..... Endut tuk pengetahuan ko aku, x marah ko sokong pembangkang ok, its your choice ......

Ok let me explain kenapa I declare myself as ahli UMNO seumur hidup dan i sanggup org2 pembangkang ckp I buta hati...... 

  1. I dah hidup selama 36 tahun di Malaysia dan selama 36 tahun I tahu dan I yakin utk kenalkan negara I sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni
  2. Ayah I cuma seorang kakitangan awam yang bergaji kecil dan itu tidak memberi masalah untuk kami adik beradik menghabiskan persekolahan kami kerana kami semua bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan.  I sendiri dari darjah 1-6 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra, dan beralih ke sekolah semi kerajaan dari Peralihan hingga Tingkatan 3.  Walaupun yuran di sekolah tu agak mahal tapi ayah yg bergaji kecil masih mampu menampung perbelanjaan kerana adanya bantuan buku teks dari kerajaan.  Kembali semula ke sekolah bantuan penuh ditingkatan 4-5 di Sekolah Men. Keb. Pulau Nyior.  Alhamdulillah dgn bantuan yang kerajaan berikan walaupun x seberapa beban ayah menjadi ringan. (yes they will say "itu tanggungjawab kerajaan pada rakyat, apa yg nak rasa dorang tu berbudi sgt.... for me yes itu budi)
  3. Selepas tamat tingkatan lima, alhamdulillah I dpt melanjutkan pelajaran ke ITM.  Ayah masih bergaji kecil tapi alhamdulillah dgn kadar yuran yang rendah ayah x terasa sgt beban menanggung pengajian I.  Pd waktu itu di tahun 1996, yg ada hanya biasiswa ataupun pinjaman dari Mara, kerajaan negeri dan ...... x ingat dah sapa lg yg provide suma tu, dan I mmg x dpt apa2 bantuan namun tetap rasa bersyukur dgn yuran yg murah cuma RM300++ kami semua diberi makan dan tempat tinggal yg selesa oleh ITM 
  4. Ok lepas keluar.... i keluar dr ITM bkn hbs belajar ok, I masih rasa kemanan Malaysia hinggalah seorang hamba Allah dipecat dari jawatan kabinet dan bermulalah waktu itu dimana rakyat Malaysia diperkenalkan dan tiba2 tahu apa itu reformasi dan demonstrasi...... dari 1 ke 2 ke 3 dan sehingga ke hari ini berbagai2 jenis perhimpunan yg sampai ari ni i nampak hanya keganasan dan bila berlaku apa saja kerajaan akan disalahkan dan polis akan dianjingkan oleh mereka. Maaf sekali lg I x nmpk apa kebaikkannya......
Dan dengan sebab ke 4 itu makanya anak2 I kini berdepan dan tidak lg hidup dlm aman sepertimana I hidup sebelum tahun 1998.  Mereka konon mencari kebenaran dan mencari keadilan ...... perlukah kebenaran dan keadilan dicari sehingga menyusahkan semua orang..... dan adakah selepas beberapa kali "perhimpunan aman" mencari kebenaran tu membawa kepada penyelesaian masalah seorang manusia yang kecewa di buang kerja dan kemudiannya dpt membantu manusia itu melepaskan dendam kesumat dia....... i dont think so.......

Ya mereka kata I x nak berfikir dan malas....... cuma persoalannya kenapa org seperti I yang x pernah berhenti berusaha dan tahu bersyukur dgn apa yg kerajaan bg ni dikatakan x nak berfikir dan malas.....

Untuk pengetahuan, I'm a TAX PAYER...... kami sekeluarga tidak pernah memohon BR1M.  Suami I berniaga tanpa pinjaman apa2 dari sesiapa pun mahupun kerajaan atau bank. Tapi dengan keamanan dan kemudahan yang ada di negara ini kami masih mampu untuk hidup, berkereta baru bukan jenama tempatan (kereta kecik), makan dan beli apa saja yg kami rasa mampu, dan boleh berjalan ke sana sini diseluruh negara sampai keluar negara jugak......

Cuma ..... memandangkan kami tidak punya pendapatan tinggi maka anak kami hanya 2 org, ya lah kang anak ramai2 tahu beranak ja tetiba hidup susah kita nak salahkan kerajaan pulak kan.  Anak ni masing2 ada rezeki mereka tapi selagi mereka tu belum mampu cari sendiri kita ibu bapak ni kena cari dan bawak balik rezeki tu utk dorang..... bukan kerajaan yang salah bila kita anak ramai dan hidup susah

SO itulah I, apa yang I fikirkan, pendapat I dan again I X KAN SAMA SEKALI MEMPERDAGANGKAN MASA DEPAN ANAK CUCU DAN GENERASI I YG AKAN DATANG UNTUK SESUATU YG X PASTI DAN TERBUKTI MEMBAWA 1 FENOMENA YG TIDAK SIHAT MALAH MEMECAHBELAHKAN RAKYAT....... I'M NOT RACIST, ALL CHINESE, INDIAN AND EVERY1 IN MALAYSIA ARE MY FREN....NOT ONLY FREN BUT BEST FREN 

No comments:

Post a Comment