Elegant Rose - Working In Background

Kasih Sayang & Cinta

Assalamulaikum semua....

Ai tangguhkan entry kisah Honeymoon kami ke Krabi last week .... ada yg lebih penting untuk ai kongsikan dgn kengkawan.

Hari Rabu 15 April 2015 biras ai Kak Zah meninggal di hospital Ipoh.  Kak Zah ni baik orgnya... lembut dan sentiasa bersopan.  Dia menantu sulung mak dan ai pulak menantu bongsu mak jd bila berjumpa kami akan usik mengusik ckp kak long jumpa adik bongsu.  Sebenarnya ada byk kebaikan Kak Zah yg ai nk ceritakan tp demi menjaga hati ramai orang ai rasa x perlu lah i panjangkan.  Sebab bg kita cerita tu semua baik tp mgkn org lain fikir sebaliknya kan... Lagipun niat ai buat entry ni pun bukan tuk cerita hal Arwah, biarlah arwah tenang di sana.  

Apa yang ai nak ceritakan ialah mengenai kasih sayang dan cinta suami isteri.  Melihat keadaan arwah yg tenang waktu nazak dan melihat juga keadaan suami yg melapaskan isteri kesayangannya pergi buat selama2nya cukup memilukan hati.  

Masih terngiang2 di telinga bila abang long luahkan "pergilah zah, abang redha..." sayu dan pilunya menusuk ke lapisan plg dalam .... dan di tambah lagi waktu abang long nk tgglkan kubur dan berkata "zah..abang balik dulu, kita jumpa di sana nnt ya.." ya Allah sgt2 terkesan semua kata2 tu.

Terdetik di hati, kami suami isteri juga akan lalui semua tu 1 hari nanti, x kira siapa yg pergi dulu tapi yang tinggal harus merasai kepayahan dalam redha...... ya kita sebagai org Islam yg percaya pd qada dan qadar harus redha namun payahnya tetap akan kita rasai.  Bangun setiap pagi kita tatap wajah each other dan wajah masing2 jugaklah menjadi penutup setiap hari dan bagaimana untuk kita lalui andai wajah itu tidak lagi muncul ... ya Allah andai tiba waktu itu kau kuatkanlah hati dan iman kami ya Allah.....

Apa yg setiap dari kita perlu pelajari dari kejadian ini ialah kita harus hargai pasangan kita, sayangi, kasihi dan cintailah mereka semampu yg boleh.  Jangan sesekali abaikan atau lari dari tanggungjawab kerana kita msg2  x kan pernah tahu bilakah hari terakhir kita dengan mereka......

Layan sehabis baik dengan penuh keikhlasan di hati dan jgn pernah ada rasa menyampah atau benci pada pasangan kita ..... ya, sebagai manusia biasa kita mmg akan sekali sekala marah, geram dan sebagainya tapi.... cuba tenung wajah di sebelah kita tu, katakan pd diri sndiri "inilah manusia yg Allah kurniakan pada aku, utk menjadi peneman aku, utk aku berkongsi idup dan segala2nya bersama... kenapa harus aku benci pdnya..."

Itulah yg ai selalu buat tiap kali hati mendidih marahkan suami, tengok muka, sentuh dan cium dia..... insyaAllah hilang sikit rasa marah tu.  I sebernarnya sgt suka cium suami ai dan kata pd dia... "wanginya bau syurga saya ni..." walaupun kdg dia marah, ye lah keje tgh panas terik berpeluh2 smpai basah baju tetiba pg amik bini, bini msk je keta terus cium, dia ckp "saya busuk ni jgn cium lagi".  Tapi ai pulak akan ckp "mana ada busuk, wangi ja sentiasa syurga saya ni" huhuhuhuhu sedih,  can't imagine mcm mana nk idup tanpa dia .....

Ok lah.... buat kesimpulan terus la, sbb syahdu sgt dh rasa.  

So kesimpulannya hargai pasangan anda, sayangi mereka sepenuh dan seikhlas hati.... kita bercinta sebelum kawen bagai nak rak, bila dh kawen buat silap sikit kita meradang, kita melenting ada yg marah smpai hilang cinta di hati.... 

1 hari kita atau dia akan pergi dan jangan waktu tu baru kita nk menyesal sbb x sempat nk habiskan masa bersama2, x sempat nk sayang dia sepenuh hati, x sempat nak buat mcm2 benda sama2....jangannnnnnn sekali kali

Jadi selagi ada, selagi kita mampu buatlah yg terbaek tuk pasangan kita.... sekurang2nya bila tiba saat kita nk melepaskan dia, atau saat dia nk melepaskan kita x kan ada rasa sesal di hati, biar hanya kesedihan dalam hati tapi bukan penyesalan.....

Untuk Suamiku sayang..... terima kasih kerana sentiasa menyayangi dan mencintai saya.  Jangan pernah rasa jemu untuk terus manjakan saya dan insyaAllah saya juga x kan pernah jemu untuk menyayangi, menyintai dan memanjakan awak selagi ada hayat saya.... 






3 comments:

  1. bergenan plak air dlm kolam mataku yg tak berikan ini.. uhukkkk

    ReplyDelete
  2. ok.. tersentuh.. terkesan.. sentap..

    tq kak anne...

    ReplyDelete