Elegant Rose - Working In Background

MENEMPUHI LALUAN BARU



Apa yang dapat aku tafsirkan ialah kami kini sedang melalui 1 laluan yang baru. Kenapa? Begini ceritanya, Allah telah menemukan huby dengan seorang insan yang sudi membantunya untuk membangunkan perniagaan kecil-kecilan kami......

Insan itu cukup sederhana, agak berjaya biarpun masih muda. Aku menerima kehadirannya dengan penuh rasa syukur. Telah beberapa kali bertemu dan berbual membuatkan aku merasa senang dengan cara dan tutur katanya. Pada pandangan peribadiku, beliau nampak ikhlas ingin membantu, pernah beliau katakan padaku "Saya menganggap yang Allah menghantar manusia ini kepada saya untuk saya bantu hidupnya"..... apa yang boleh aku katakan aku sangat2 berterima kasih pada beliau dan juga pada Allah S.W.T

Reaksi Huby pulak, yg selama ini hanya bekerja sendiri, dia yang mengarah, salah tanggung sendiri, rugi pun tanggung sendiri tapi kini ada orang pulak yang 'memonitor' setiap kerjanya, merasa agak kurang senang pada awalnya, malah hampir putus asa dan ingin menarik diri.

Namun aku cuba meyakinkannya yang semua itu adalah perkara biasa, malah dengan siapa sekali pun kita berurusan pasti akan ada masalahnya. Tugasan menjadi makin berat bila projek yang dijalankan di Melaka bermasalah disaat-saat akhir. Aku membuang terus rasa penat dan letih dan terus memberi sokongan malah membantu beliau dan teman menyelesaikan masalah tersebut. Biarpun huby sudah kelihatan penat dan hampir putus asa tetapi aku tetap terus memberikan semangat. Hampir seminggu aku hanya tidur di dalam kereta kerana ingin menemankannya bekerja waktu malam dan boleh membantunya memandu di waktu pagi..... alhamdulillah berkat kesabaran segalanya dapat diselesaikan dengan sempurna biarpun agak lewat.

Huby msh belum cukup yakin dengan apa yang dilakukannya sekarang, namun aku tidak pernah merasa putus asa untuk terus meyakinkan dia. Seringkali aku katakan "Sayang inilah harga dan pengorbanan yang kita harus lakukan andai kita inginkan perubahan dlm hidup kita".......

AKU DOAKAN YA ALLAH TABAHKANLAH HATI SUAMIKU, BERIKANLAH DIA SEMANGAT DAN KEKUATAN UNTUK TERUS MELALUI SETIAP CABARAN YANG ENGKAU BERIKAN YA ALLAH.

dan untuk INSAN itu...

YA ALLAH BERIKANLAH DIA KESIHATAN, KESENANGAN DI DUNIA DAN DIAKHIRAT, MURAHKANLAH REZKINYA DAN LIMPAHKANLAH RAHMATMU KE ATAS DIRINYA DAN JUGA KELUARGANYA YA ALLAH....

No comments:

Post a Comment