Elegant Rose - Working In Background

DUGAAN BUATKU.....

Terlalu besar ujian yg Allah berikan padaku di sepanjang 3 bulan ini, pada cuti perayaan kristmas 25.12.2010 aku sekeluarga pulang ke kampung kerana menghantar adikku Wani dan Putra yang akan memulakan persekolahan. Ketika pulang aku dikejutkan dengan keadaan adikku Arn yang tidak dapat berjalan dan hanya berkerusi roda kerana telah dijangkiti kuman ketika membuat rawatan.

Kami pulang semula ke Rawang pada hari Ahad 26.12.2010. Sampai di rumah kami mendapat berita Arn telah dimasukkan ke wad. Aku kemudian pulang semula ke kampung bersama saudara untuk melawat Arn pada 31.12.2010, sempat bermalam dan menjaga Arn malam tu. Pagi tahun baru 2011 aku pulang ke rumah ayah untuk berehat kerana aku perlu kembali menjaga Arn di hospital pada malam tersebut. Namun aku dikejutkan dengan berita yang Allah telah mengambil kembali adik yg telah dipinjamkan kepada ku selama 29 tahun...... sedih ketika itu tidak dapat digambarkan lagi, kerana Arn pergi ketika aku tiada di sisinya.....namun aku pasrah, biarlah dia pergi dari terus hidup menderita dengan penyakitnya

Selang beberapa hari, majlis tahlil arwah belum cukup 3 hari, aku dikejutkan pula dengan berita abah mertuaku sakit dan tidak sedarkan diri.

Disepanjang tempoh adikku meninggal dan abah mertuaku terlantar, aku terpaksa membuang 2 keping tiket kapal terbang berharga RM275.00 dan 2 keping tiket bas express berjumlah RM84... jumlah nya walaupun tidak terlalu banyak namun agak terkesan di hati yang pada ketika itu agak kesempitan wang kerana belanja anak2 sekolah baru saja dikeluarkan.

Tidak sampai seminggu selepas aku pulang ke Rawang, kami mendapat berita lagi sekali yang keadaan abah semakin membimbangkan dan kami diminta pulang ke Kedah. Abah dibedah di kedua2 belah sikunya kerana terdapat nanah di dalamnya. Kesian sungguh melihat keadaan abah waktu itu, merintih kesakitan kerana pihak hospital hanya membuka lubang untuk mengeluarkan nanah tersebut dan lubang yg panjangnya hampir 4 inci tidak ditutup kembali bagi memudahkan mereka melakukan 'dressing'.


Kami kemudian kembali ke Rawang pada hari Ahad bekerja namun terpaksa kembali lagi ke kedah kerana ayah akan mengadakan kenduri arwah yg juga kenduri sempena hari lahir arwah yg ke 29, hati walaupun berelah bagi kerana belum sampai seminggu pulang ke Rawang namun dek kerana rasa tak sampai hati, kami pulang juga ke kampung.

Cukup memenatkan, cukup meletihkan...... segala2nya terasa, namun aku tetap redha dengan setiap dugaannya, kerana aku tahu Allah hanya memberi ujian ke atas insan yang terpilih sahaja....

YA ALLAH YA TUHANKU, AKU REDHA DENGAN SETIAP DUGAAN MU, AKU JUGA PERCAYA SETIAP YANG TERJADI ADA HIKMAH YANG INDAH YANG AKAN KAU KURNIAKAN PADAKU DI KEMUDIAN HARI..... YA ALLAH YA TUHANKU APA YANG INGIN KU PINTA IALAH TERUS KUATKAN SEMANGATKU UNTUK MENGHARUNGI HARI2 MENDATANG..... AMIN YA RABBAL ALAMIN

No comments:

Post a Comment