Elegant Rose - Working In Background

WHAT A 'NICE' HOLIDAY.....




Memang nice sgt holiday kali ni, we went to Kuala Terengganu as planned tapi..... x per citer dr muler better to understand kan..

29.04.2011

Balik kerja 6.00 ptg, sampai rumah 7.45 terus masak (lauknya sambal tumis ayam, masak kicap daging, sambal ikan bilis hijau dan butter prawn). Kemas dan bersiap kemudian keluar dari rumah pkl 8.45 terus menghala ke Selayang Mall, kemudian ke Sunway Pyramid, Jalan Pahang dan Wangsa Walk. Dari Wangsa Walk terus bergerak ke Lebuhraya Karak jam 11.45 malam..... Pkl 1.00 pg berhenti di bentong tuk lelapkan mata sekejap, kemudian berhenti sekali lagi di Hentian Temerloh dan bergerak semula jam 4.00 pg

30.04.2011

Sampai di Cherating jam 6.00 pagi, tiba2 huby perasan temperature agak tinggi, berhenti lagi di Cherating tuk sejukkan enjin seblum tambah air kereta, pkl 7.30 pg bergerak semula. Sampai di Durian Mentangau jam 8.30 temperature naik lagi dan berhenti sarapan sementara menunggu enjin sejuk, jam 9.00 bergerak semula ke KT. Sampai di KT sekali lagi berhenti tuk isi air, seblum tu berjalan2 di Pasar Payang tanpa ada hati tuk membeli apa2.... jam 11.00 bergerak semula kali ini menghala ke Merang yg jauhnya kira2 30 km dr bandar KT, sampai di Merang jam 12.30 tgh hari, selepas itu makan dan tido keletihan.


Selepas Asar bergerak ke bengkel kereta, mekanik cuba menyelesaikan masalah sehingga jam 9.00 mlm namun mengecewakan kerana spare part x cukup. Sebelum balik ke bilik tapau makanan tuk di makan di kawasan resort, lepas mkn apa lg memandangkan aktiviti melihat pesta candat sotong x menjadi kamipun tidur dlm bilik jer lar...


01.05.2011

Lepas subuh dan cerah sikit bawak tuan Pu3 ke tepi laut tuk mandi manda, pkl 8.30 bergerak cari sarapan, lepas sarapan tido blk la nk buat apa lg, nk ke bengkel parts belum sampai.... pkl 12.00 kitaorang bergerak keluar dari resort ke bengkel dan dari waktu tu sampai 4.30 petang kami menghabiskan cuti kami di bengkel kereta...

Keluar dr bengkel jam 4.30 petang singgah di tepi2 jalan membeli keropok tuk kawan2..... sampai ke kawasan yg lebih kurang 2 - 3 km dr airport kereta x bergerak lagi.... so dr jam 6.00 petang sampai 9 mlm kami menghabiskan cuti kami di teri jalan melihat dan mengira kenderaan yg lalu lalang....

Pkl 9.30 smpai di Giant KT tuk membeli baju dan seluar, lepas tu bergerak ke kawasan batu buruk dan ibai dan sampai di masjid terapung jam 10.30 mlm, kemudian ke medan selera kawasan batu buruk tuk makan malam. Lepas makan bergerak ke tepi pantai di batu buruk mencari port tuk tido....


02.05.2011


Pkl 6.30 pagi bergerak pulang ke KL, berhenti di Dungun bersarapan dan meneruskan perjalanan dan sampai di Rawang jam 2.30 petang


Itulah ceritanya..... mmg interesting, tp what ever pun, tu semua pengalaman yg x boleh dibeli kt memaner pun, appreciate that walaupun percutian tidak menjadi.....

No comments:

Post a Comment