Elegant Rose - Working In Background

My Putra dan Result UPSR



Alhamdulillah keputusan UPSR dh keluar dan my Putra dapat 4A 1B, lega dan syukur sangat, segala penat lelah hilang...... tapi semua tu bkn kejayaan kami ja, tu kejayaan paling besaq buat Cik Ni yg dh 2 taun bertungkus lumus, hantar dan amik abang p sekolah, p tusyen..... Cik Ni x penah putus asa bising, marah dan buat macam2 supaya abang belajar betoi2....

1 lagi yg memang x bleh nak deny membantu kejayaan anak2 kt sekolah ni adalah usaha cikgu2, perancangan  yang sekolah buat untuk calon2 tak lalai dan buang masa mcm tu saja. Setiap murid diberikan modul2 soalan dan perlu disiapkan setiap hari, selain kelas2 gempur waktu peperiksaan percubaan dan peperiksaan UPSR tu sendiri.  Budak2 semua cuma bleh balik ke rumah lepas sekolah sekejap sahaja dan jam 2.30 ptg semua perlu ada disekolah semula untuk kelas seterusnya sampai jam 10.00 malam.

Juga diadakan majlis bacaan yasin perdana selain majlis bacaan yasin di setiap waktu peperiksaan dan ibu bapa di galakkan supaya turut serta.  

Dan akhirnya Alhamdulillah semua usaha membuahkan hasil, 32 org murid berjaya dpt 5A, 17 org 4A 1B dan yang lain2 juga langsung tidak menghampakan....... mereka semua cemerlang dan tidak ada yang gagal.

Buat anakku "Always proud of you sayang......(i call my putra "sayang" since he was small sampai sekarang).Mama doakan semoga sayang kuat semangat tuk tempuh alam sekolah menengah yang lebih mencabar"....




(detik2 penuh debar...... 17/11/2011 )

No comments:

Post a Comment