Elegant Rose - Working In Background

Cameron Highlands

Cameron Highlands (CH) ialah antara destinasi percutian yg plg I suker (suker sgt2 kot).  Actually bkn sebab tempat tu happening, tp sebabkan surrounding dan cuaca sejuk tu yg menyebabkan I suka.  Bila kt sana rasa nk tido jer....... best3

Pas tu plak kalau pasal tempat tinggal mudah sgt, ada fren kt sana yang sewakan apartment.  Ada yg 2 bilik, 3 bilik dan mcm2 lg lar.  Harga pulak sgt2 berpatutan cuma diantara 200 - 350 semalam tuk apartment2 tu and for those yg baca dan ada niat nak pegi boleh lar call@sms En. Adi, 0124556058/0195744688.  Adi ni senang sangat orgnya, so contact la dier nanti yer.

Ok untuk ke CH ada 2 jalan yg mcm semua org tahu, 1st sekali jalan lama ikut Tapah.  Kalau nak ikut jalan ni kena amik exit Tapah (Exit 132) kalau melalui PLUS Hiway, lepas bayar toll ambik simpang ke kiri (ada signboard) dan terus jer sampailah ke Tanah Rata.  Tapi kena ingat jalan ikut Tapah ni sangat bengkang bengkok sejauh lbh kurang 60km, for those yg tahan mesti muntah punyer lar (me oso 1st time ikut jalan ni muntah ijau kot ehehehehe) 

Ataupun boleh ikut Simpang Pulai (lebih dkt kalau dr Utara, dan lbh jauh kalau dr Selatan).  Dari PLUS Hiway amik exit simpang pulai (exit 137) dan selepas toll ambik simpang ke kanan dan lebih kurang 200 meters akan ada lg 1 simpang 3 bertrafik light dan belok sekali lagi ke kanan.  Jalan agak bengkang bengkok tapi seriusly adalah lebih baik dr jalan Tapah.  Selepas naik turun dan naik turun bukit di situ, kita akan jumpa 1 simpang ke kanan untuk ke Tanah Rata dan kalau terus kita akan ke Gua Musang, Kelantan, so jgn terlepas tau.

Ok its all about how to get there...... dan skrg mesti nk tau apa yg menarik kt sana kan.  Ok antara yg best ialah dekat MARDI atau Agro Technology Park.  Nak masuk tempat tu kena bayar x salah dlm RM3-5 mcm tu lar, murah jer, sbb tu kadang msk 2 kali kalau pergi..... (walaupun dh byk kali pergi, tp nk gak msk tmpt ni sbb nk tgk pokok2 baru kt situ)..... Kt dalam tu ada taman bunga, ada pokok teh, strawberry for sure, buah2 lain mcm grapes, pear, apple pun ader.  Pokok2 herba pun byk juga, kalau pasal bunga plak mcm2 bunga ada, dr sebesar2 bunga ros dan bunga raya dan berbagai pokok bunga hiasan yang bergantungan........ jom tengok gambor cket.........




(sory ntah taun biler gambar ni pun x ingat dah, sbb selalu sgt pergi kan)

Ok selain MARDI, yg 2nd best ialah Boh Tea Plantation, Sungai Palas.  Kalau ke CH x sampai ke sini kira mcm rugi la sgt2, sbb bkn jer ada tea plantation yg cantik tu tapi kilang tea boh kt situ tau.  Ada jugak tea shop yg sgt2 cool dan cantik.... Untuk ke Sungai Palas anda perlu berhati2 kerana simpang di sebelah kiri (kalau dari Tanah Rata) agak kecil dan signboardnya x begitu jelas.  Untuk memudahkan selepas saja Taman Rama2 anda akan nampak simpang di sebelah kiri yg jalannya agak menaik. Opppssss sebelum lupa, tempat ni tutup yer ari Senin, so jgn tetiba pegi plak ari tutup tu, rugi nanti. Jom layan gambor plak.......




(kat dalam kilang lama dorang, tp ader ke kilang baru, cek x tau la plak tang mananya ehehehehe)


My sisters

Tea plantation sebenarnya ada yg lain lagi iaitu Bharat Tea Plantation, kt sini pun tempat dia ok jugak.  Pun ada tea shop tapi tak la sehebat Boh Tea, tapi kalau nak visit why not kan..... ni ada sikit gambor kt situ 



For those yang minat jungle treking plak, mmg ada byk choice dan yg plg best ialah naik ke Gunung Brinchang.  Gunung Brinchang tu ialah Hutan Berlumut atau "MOSSY FOREST"...... serius cantik sgt, dengan tanah nya yg lembut mcm karpet dan tempat tu udaranya sgt dingin, yer lar dah semuanya berlumut kan....I penah sampai ke situ tapi bukan walking tapi naik ngan keta ehehehehe 

Ok tempat menarik selain 2 tempat wajib tu ialah Taman Rama2, Taman Lebah, Strawberry Farm (byk sgt nk namakan), Kea Farm tuk shopping sayor sayoran dan buah2an tempatan CH.  Kalau 1st time pegi dan nk beli cenderahati kt Kea Farm pun byk, kt Uncle Sam pun boleh jgk dan kalau nk tangkap gambar dan tempat yang agak menarik ialah dekat Smoke House.  Kalau nk beli cactus dan nak tengok cactus yg "BESAR PUNYA....." boleh pegi Cactus Valley...... jap cuci mater tgk gambor jap



Me at Kea Farm



Taman Rama-rama



Me at Smoke House Hotel

Tempat makan pulak x berapa byk, yg  kitaorang selalu pergi Merry Brown di Tanah Rata, Food Court depan sekolah Convent Tanah Rata, Food Court sebelah stesyen teksi Tanah rata ataupun Food Court di Brinchang (agak tersorok, kalau dari Tanah Rata selepas stesyen minyak Shell ada simpang sebelah kanan, melalui Hotel Rainbow, dia ada dekat kawasan tu).  Juga kalau pergi cuti2 season, pasar malam akan dibuka tiap2 malam atau Jumaat, Sabtu dan Ahad di waktu2 biasa.  Kat pasar malam ni semua ada, makanan, sayuran, buah2an dan juga cenderahati..........bak kata org 1 stop centre tempat ni mmg kt pasar malam ni lar....

Pasal apa yg perlu dibeli di CH, of course la fresh strawberry and other strawberry product macam dried s'berry, jem, syrup, muffin, ice cream, lollipops and so on (jem, syrup and ice cream, i rasa antara yg sedap ialah keluaran .  Don't be surprise there also bantal lar, baju, stoking, mafla, topi dan mcm2 lg yg berbentuk ataupun bergambar strawberry.  Cakap pasal strawberry ni ada 1 tempat dinamakan Big Red Strawberry Farm antara yg ok, dan entrance free dan x perlu ada minimum purchase.  Tapi.... ada tapinya, tempat tu sangatlah tinggi, masa naik ke situ anda x kan rasa apa2 tapi bila time turun dari situ, mungkin ada yg kata "tobat x mau p dah tempat tu...." seriusly menjunam bila turun.  So kalau nk pergi kt situ make sure tyre dan break kereta anda dlm keadaan yg sgt2 baik ok......



Big Red Strawberry Farm

Selain dari tu, jagung manis CH jangan dilupakan, sgt manis dan lemak.  Jagung yg mentah harganya mengikut musim, contohnyer musim cuti2 mahal ler sikit kadang tu boleh dpt 7 tongkol je tuk RM10, bila bkn time peak plak smpai 15 tongkol pun boleh dapat tuk RM10. Jagung yg dh siap dimasak pulak RM3 setongkol

Ok cukuplar dulu, kalau ada sebarang pertanyaan post kt comment yer...... 



No comments:

Post a Comment