Elegant Rose - Working In Background

Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha dan entry ni dibuat di hari terakhir takbir raya berkemandang di udara.... "ya Allah semoga aku dapat mendengarnya lagi di tahun hadapan dan tahun2 berikutnya... amin ya rabbal alamin"....

1st time tahun ni sambut raya haji kt rumah sendiri.... sebelum2 ni mmg jarang2 sgt kitaorang sambut raya haji secara formal, selalunya kitaorang akan pergi bercuti x kira kt mana pun, balik beraya di kampung pun boleh kira dengan jari ja bile time raya haji ni.

Tapi tahun ni sebab mak, ayah dan adik nk dtg beraya di rumah kami, so kitaorang pun ambik keputusan jom beraya di rumah sendiri namanya.  Penat, seronok, penat, seronok dan seterusnya...... tapi seronok lah walaupun penat .....

Alhamdulillah sempat pegi bersolat sunat hari raya beramai2 kt masjid pagi tu........ dan sempat jgk lps solat tu balik kemas rumah sebelum tetamu datang. Hari raya pertama tu kami hidangkan ketupat palas pulut putih dan hitam bersama serunding ikan yg mak buat, kari daging (gulai daging kata org utara) dan rendang ayam yang I buat, nasi impit dan kuah kacang yang mak buat dan laksa utara yang I buat....... kira bykla jgk hidangan tu, penuh la meja makan cenonet kita org tu....

Alhamdulillah yang dtg bertandang agak ramai walaupun cuma beberapa family...... start lepas jumaat sampai maghrib la jugak baru dorang suma balik dan makanan pun berbaki sikit ja.....(sorry x sempat amik gambar, sibuk sgt melayan tetamu).

Hari raya ke 2 ayah ajak ke Melaka ziarah saudara mara kt sana......... lg sekali alhamdulillah dpt bwk mak ngan ayah berjalan2 dan jumpa Abang Rashid sekeluarga di Taman Seri Duyong dan Kak Cik Baei sekeluarga di  Telok Emas (menggembirakan hati mak dan ayah adalah perkara yg plg menggembirakan anak2)  

Hari raya ke 3 plak bwk ayah ke rumah kawannya di batu arang dan murah rezeki ari tu bila abg hassan dan kak ah bagi sekoq ikan talapia besaaarrr punya dan 2 3 ekor ikan sepat ..... lps tu bwk pulak dorang ke Pasir Penambang tengok ikan2 fresh dan bila dh seronok mcm2 plak yg dibeli sampai berdouble2 .... dh hbs soping ikan singgah kt Cendol Bakar di Assam Jawa plak....... 

Hari raya ke 4 baru mak ayah balik ke kampung semula dan alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilah sgt sebab dpt sama2 sambut raya, pegi jenjalan, msk makan ramai2 dengan dorang...... 

Dan pesan buat yang kadang2 terlupa sekejap kt mak dan ayah ni..... jangan lah mcm tu, kita pun kalau Allah panjangkan umur esok, sama jgk mcm dorang tu, mengharapkan perhatian dr anak2.  Kita sebagai anak ni, kalau mak ayah tegur sikit2 tu jgn letak kt dlm hati, biarlah ...... mcm yg kita selalu ckp kt anak2 kita jgk "org tegur sbb org sayang, kalau org dh x sayang lantak ko lah...."  

Semoga menjadi peringatan untuk semua......... 



No comments:

Post a Comment