Elegant Rose - Working In Background

MEDAN lagi

Kitaorg pegi Medan lagi and baru balik......... saja jer temankan member pegi beli barang2 jualan.  Erm hope dia akan sukses untuk percubaan pertama ni.  Tapi macam biasalah, sambil menyelam minum air, cos kami pergi berempat dan 2 org lagi pulak blum pernah sampai ke Medan.  Dengan itu kami decided pergi ke Berastagi buat kali ke2.

Schedule kami lebih kurang mcm ni...

Hari tu masa 1st time pegi Berastagi, kami lgsg x perasan yg kt situ ada volcano, dan rupanya Berastagi tu seolah2 negeri di atas awan..... cuaca dan environment di situ lebih kurang sama dengan Cameron Higlands cuma x well develop saja, yg membezakannya cuma bila hari hujan x boleh lama2 kt kawasan tu, kata Pak Ngah yg bwk kitaorang, sbb bau belerang terlalu kuat dan boleh buat sesak nafas. Dari kawasan peranginan Berastagi yg tinggi tu kita boleh nmpk beberapa buah gunung berapi antaranya Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung yang meletus tahun 2010 hari tu.....


(Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung) 

Di kaki Gunung Sibayak plak ada kawasan peranginan yg kita boleh cuba untuk mandi belerang gunung berapi dan nama tempat tu Taman Wisata Alam Lau Sidebuk-debuk..... tapi kitaorg x singgah pun situ, cuma lalu jer sebab x bwk pun bekalan pakaian untuk mandi manda.... next time mesti try ni.

Kt Berastagi ni jugak ada bermacam2 jenis buah-buahan dan antara yg istimewa ialah kentang bersaiz besar dan berwarna ...... mcm pinky gitu.  Saiz kentang tu lbh kurang 2 atau 3 kali lebih besar dr kentang biasa, tapi nk senang tuk suma faham kentang tu lah yg KFC guna tuk buat potato wejes tu, 2 biji dh sekilo beratnya dgn harga Rp10,000/kg.  Selain dr kentang, kt sini jgk byk pisang kaki dan markissa yg fresh dan baru dipetik dr pokok2 nya....... ooo kt sini jugak ada byk org jual jagung tau, bakar dan rebus dgn harga Rp5000 sejantung....

(kentang Berastagi yg BESARRRRR punya)

(Pisang kaki atau Persimmon)



Selepas pusing2 dan naik gunung turun gunung, kami balik semula ke Medan dan dalam perjalanan balik tu sempat singgah solat di sebuah surau yang airnya sgt sejuuuuuuk dan tepi2nya penuh dgn pokok2 carrot.

(pokok2 carrot yang menghijau "betul ke pokoknyer tu boleh dipanggil pokok erk...")

Keluar dari Berastagi kami menuju ke Medan Plaza sbb nk tengok kasut tuk dibuat ole2..... murah kasut2 kt situ, flat shoes baru Rp50,000 atau RM16.++ ja, yg tinggi2 (mmg tinggi2 gilar, 4 inci lebih kot) cuma Rp80,000 atau RM25.++

Lepas beli kasut2 suma kami tapau roti bakar bercheese dan air kepala bersarang burung dan air jeruk berkelapa tuk dinner (2 jenis air tu rasa nya sgt pelik).......... eh tapi sebelum tu kami dh tapau tauhu dan tempe goreng yg sedap dari Berastagi juga tuk dinner ........

The next day early in the morning kami keluar selesaikan pembelian xtra bagasi dan kemudian kami ke Pasar Ikan Lama tuk beli kain dan telekung.  Sampai ke sana kami terus menuju ke kedai yg dah biasa kami pegi.  Beli 3 pasang telekung tuk diri sendiri termasuk sepasang yg berwarna ijau..... sepasang lg tuk teman dan  sepasang lagi kiriman seseorang....... byk jugak membeli di situ bila salah seorang dari kami beli 20 pasang kain sulam riben (so pada sesaper yg teringin nk beli kain sulam riben hubungi saya ya ihihihihi).




Lupa nak cita untuk hari ke dua ni, ktorang x sewa kereta tapi sebaliknya naik motor becak dan sorang lagi tumpang motor pak ngah yang memang duduk di Medan ni.... mmg adventure dan best sgt.

Lepas dh settle di Pasar Ikan, kitaorg merempit ke Medan Mall plak tuk cari blouse dan jubah yg sgt2 byk di situ (byk sgt smpai x beli pun ihihihihi) tapi cuma beli sepasang baju kemeja batik ja kt situ.  Bkn apa, peniaga kt situ kenal je kita ni Malaysian lps tu letak harga suma yg x msk akal..... lg teruk tu nak tanya harga pun x berani sbb kalau dh tanya tp x beli mesti kena sound tepet ngan org kedai tu.....(geram smpai ari ni)

Lepas selesai di Medan mall kitaorang terus balik hotel berehat dan terus x keluar lg dah smpai keesokan paginya...(asal ayat skema plak ni).

Last day kami, pepagi dh kol Iwan yg bwk motor becak dan ajak dia ke Pasar Ikan sekali lagi (lg best kali ni sbb kami 4 org naik 1 motor becak, sorang dok belakang drebar, 3 org kt tempat penumpang ihihihi), this time around mmg best pusing habis-habisan dan beli pun macam2..... tp yg kesiannya tu sorang dr kami cari telekung "pontianak" (telekung panjang yg boleh sarung tangan) tuk mak dia tapi x dapat.  Lepas dh selesai kami pusing blk pekan medan cari Bika Ambon dan Lapis Legit a.k.a kek lapis tapi mahal2 semuanya so decided x pyh la beli.....

Last2 decide tuk balik terus ke bilik sebab belum siap berkemas..... konon x nak keluar lagi lar sbb nak rehat sebelum balik kan..... rupanya ada lagi barang yg tertinggal dan terpaksa kol blk iwan tuk bwk ktorg ke Medan mall dan lepas tu lah baru blk semula ke bilik dan betul2 kemas dan rehat sekejap.....

Ke airport malam tu ktorg ambik kenderaan hotel ja dan diaorang caj Rp20,000/head........  alhamdulillah kt airport smoot ja, dan mudah.......

Nak pegi lagi ............. amik barang again and again and again insyaAllah








No comments:

Post a Comment