Elegant Rose - Working In Background

Melaka - Port Dickson 21-22/12/2013

Assalamualaikum.....

Ingat dah x gi memana dah lepas Genting ari tu, tup tup ari Sabtu hubby ckp "kesian plak kt bdk2, x bwk dorang gi mana2 cuti sekolah ni..."  so dia plan nk bwk dorang ke Singapore dgn bajet ciput katanya.  I dok rasa x sedap hati sbb dh tahu passport abang x sampai 6 bln dh nk expired and normally mmg x leh guna dah passport tu.  So selepas bertanya pada kesen di JB mmg confirm x boleh, so plan terpaksa ditukar.  Nasib baik masa tu baru ja lepas toll sg. besi, maka dgn itu kitaorang decide ke Melaka saja ......

Sampai kt Bandar Hilir, Melaka dlm pkl 2 petang, pusing punya pusing, call sana sini cari hotel dan ternyata tekaan kami benar belaka....... hotel suma fully booked, dr yg murah smpailah ke hotel2 mahal pun.  Maka lagi sekali lagi kami tukar fikiran untuk ke Pengkalan Balak.  Dah betahun2 x pegi tempat tu dan BESTNYAAAAA tempat tu, chalet berdepan dgn laut, boleh buat bbq bagai.  Tapi malangnya nasib kami tetap sama, semua chalet fully booked.

Lagi sekali kami tukar plan..... dan plan ke3 adalah yg terakhir.  Kalau x berjaya jgk maka kami terpaksa tidur di Bandar Tasik Puteri ler.   So kami decide ke PD dan nk cari tempat dkt area PD World Marina Resort dan yang ada swimming pool so bdk2 boleh mandi puas2 dan alhamdulillah kami dpt 1 unit apartment 2 blik kt Bay View Resort.  

So tu lah ceritanya..... jom layan gambor  

Ruang Tamu yg luas dan selesa 

Balcony (tingkat 16)

Dapur.... ada pinggan mangkuk, rice cooker, kettle, toaster dan periuk belanga lain pun ada

Master bedroom, queen size bed.......

Bilik ke 2 dengan 2 single bed......

Swimming pool.... view dari balcony

View dari balcony jugak.......

Apartment ni sgt selesa dan dekat dgn kedai makan, kedai runcit, kalau yg nak gi karaoke pun jalan kaki jer dan harga plak sgt berpatutan.


Kalau ada kengkawan nak sewa apartment kt sini, boleh call Hazwan ya...... Hazwan ckp nk senang bgtau dia korang dpt contact no dia dr blog Kak Anne pas tu nnt dia bg discount.  Hihihihihi best tak best tak...????

Ok tu cita aparment, ni plak cita aktiviti anak2 dan abahnya ......

Dok tengah plan apa pun x tau 2 beranak tu........

Punya la besor2 dh bdk ber2 tu.... abah nk cempung pun x dapat dah

Abah ngan anak dara dia ni mmg asyik berborak ja x kira kt mana ......


HABIH HATI....... 


Swimming pool kt sini mmg best..... luas dan ada jgk pool tuk kanak2.  Danial ngan Ikha pkl 8.00 pg dh terjun dan abah ikut lepas dh breakfast.  My hubby mandi kejap jer... saja melayan bdk2, yg dorang plak almost 4 hours kt situ kira mmg puas la mandi sampaikan ktorg ajak mandi laut pun dorang x nak dah.

So itu jer lah cita nya ...... again sapa nk sewa apartment kt sini, call Hazwan dan mention my blog ok.


No comments:

Post a Comment