Elegant Rose - Working In Background

Ayah (Ismail Ibrahim) 1946-2013

Assalamualaikum..... 

Masih dlm keadaan sayu, ayah tercinta telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat 27/12/2013.  

Jom nak cerita sikit2 

Hari Jumaat mcm biasa ayah ke mesjid sembahyang subuh, lepas blk subuh sarapan dgn mak, adik ngan cik ni.  Mak dgn adik pagi tu balik ke Pendang sbb ada org meninggal dan tggl ayah dgn cik ni.  Ayah ckp ngan mak "ari ni x pyh msk, dia nk msk.."  Ayah mmg gitu, dia pandai masak.  Lepas mak keluar ngan adik, ayah keluar ngan my kesen ke rumah abang.  

Lepas balik dari rumah abang dan tengahari tu ayah buat sambal telur itik ngan cik ni. Lps makan pg solat jumaat mcm biasa.  Mak ngan adik blk dh lepas jumaat, mak tanya ayah "apasal masak sambal letak asam keping" ayah jawab "biarlah nk buat mcm mak2 kita dulu buat, kan letak asam keping .."  

Pkl 3 lebih adik bg ayah mkn ais krim, dorang mkn bertiga dan kemudian ayah siap2 ke mesjid tuk solat asar.  Kawan2 ayah di mesjid ckp petang tu ayah pakai baju melayu putih dan kain sarung putih, selepas solat ayah terus cepat2 nk balik, naik motor laju ja.  Sampai di rumah mcm biasa ayah msk bilik sembahyang baca quran.  Adik ckp ntah apasal petang tu bila dia dgr ayah mengaji dia rasa lain sgt.... rasa sayu ja.  Rupanya tu lah kali terakhir adik dgr ayah mengaji.

Lepas mengaji ayah ajak mak pegi tengok org sakit, mak bgtahu dia nak kutip kain kt ampaian dulu dan ayah plak ckp ok jgk dia bleh pg baca surat khabar dekat kedai Ina dulu.  Kedai ina tu kt depan rumah mak ja, mmg betul2 depan rumah, x perlu lintas jalan.  X lama lepas tu ayah masuk rumah blk dia pg dkt mak dan renung muka mak dia tanya mak lagi nak tak pg tgk org sakit tu, lepas mak ckp nak dia keluar balik.  Dia pinjam paper kt kedai ina, duduk atas kerusi batu depan rumah sorang2, hbs baca dia hulur balik paper kt ina dan lepas tu dia terus jatuh.

Anak along kt depan rumah terus angkat ayah msk kereta, dorang panggil mak tp mak lgsg x dgr, few minit lepas dorang bwk ayah ke hospital baru anak2 buah yg lain pg panggil mak lg sekali dan mak terus ke hospital.  Ayah meninggal x sempat pun sampai hospital, mudah sggh ayah dijemput Ilahi.

Bukan tu ja mudah, segala2nya mudah.  Mandi jenazah, kami anak2 ayah dan cucu2 ayah semua tolong gosok ayah sana sini dan cepat ja selesai.  Waktu kapan pun mcm tu sekejap sgt.  Masa solat jenazah plak, adik sendiri yg imamkan dan kebetulan pg tu ada kursus haji dan jemaah hampir 400 org.

Segala2nya selesai dgn cepat dan pantas.  Allah permudahkan segala2nya Alhamdulillah.... 

Ok itu saja lah kali ni.... ada byk lg nk diceritakan psl ayah.

Kawan2 jom tolong sedekahkan Fatihah kt ayah....



No comments:

Post a Comment