Elegant Rose - Working In Background

Hatyai 10-11 May 2014

Alhamdulillah.... sempat balik kampung, jenguk mak dan keluarga mertua ujung minggu ari tu.  Tapi mcm biasalah, sambil menyelam minum air, sempat ke Hatyai dan tido kt sana semalam atau dlm erti kata lain balik kampung tapi x tido di kampung sebaliknya tido di Hatyai, boleh gitu.... mmg boleh lah ihihihihi

Bertolak dari Jitra dlm pkl 2.30 dan konon nak singgah di RTC Napoh tuk buat border pass my sister, malangnya RTC x sama dgn UTC, RTC tutup hujung minggu. Dari Napoh kami patah balik ke UTC Alor Setar, mujurlah x der org ari tu dan proses buat border pass tu sgt cepat, dlm masa 2 minit lbh kurang dh siap.

Dari UTC kami patah balik ke Changloon tuk beli insurance kereta dan tukar duit Bath dan akhirnya smpai ke sempadan lebih kurang jam 4.30 petang. Lagi sekali nasib kami baik, x ramai org di sempadan waktu tu, so proses cop passport dan surat kereta segala tu kejap ja.  Pada yg x penah masuk ke sana, masa cop passport tu kena byr RM1 tuk seorang kt imigresen tu tau, kalau pakai border pass korang x pyh turun kereta, just kumpul kan semua border dan sorang ja turun dan cop tapi kalau pakai international passport korang kena lah turun.  

Jom tengok gambar sambil ceritalah, baru best kan.....

Kedai di changloon tu boleh tukar duit, beli insurance kereta dan
 isikan departure form dengan harga RM1
Dorang singgah solat di salah 1 masjid sebelum smpai Hatyai, I plak dh siap2 buat jama dan qasar
di waktu Zohor
Org pegi solat, ktorg plak dok posing kt tepi toilet..... ihihihihi
Lepas solat kitaorang ke Khlong Hae Floating Market ..... mcm biasalah kt tempat ni makan dan makan dan makan, so kalau u all nk pegi sana, make sure simpan perut, mcm I ari tu, just amik bekfes lps tu mak suruh makan pun x nak dh sebab nnt nk mkn mcm2 kt floating market .... hihihihi boleh gitu


Masak kt situ jual kt situ, bila kita nk beli makanan kita pegi tunggu kt pelantar kayu tu
Antara yg menjadi tumpuan ramai ialah penjual2 air, tengok la bekas2 ceramik yg comel tu. Pilih mana yg nak dan air apa so nnt dia akan isikan air dlm tu lah kalau ceramik mcm tu  30 baht (+- RM3)
boleh jugak pilih buluh dgn straw yang diletakkan bunga kemboja yg ni cuma 20 bath (+-RM2) saja...
(minum air sambil cium bau bunga kemboja mmg menarik) 
ni sejenis makanan yg dibakar... kita pilih dan dia akan bakar dan kemudian letak sos
bebola keledek

cantik takkkkkk....... ni bekas aiskrim letak aiskrim dlm ni,
hbs mkn bwk blk dan boleh buat hiasan kan harnya pun murah cuma 20 bath (+-RM2)......
Ni pun sejenis makanan bakar..... ada 2 pilihan ayam atau daging,
sedap sgt lembut je dagingnyer
(sory blur sikit)
Ni plak ala2 otak-otak.... pun sgt sedap dan pedas kaw2 punya

Ni x kan korang x tau kan, dim sum lah.... sedap
Keledek kukus 
Yg ni I suka sgt....  mcm kueh cara tapi x manis dan lebih rasa telur dari tepung
dan ditengahnya ada kerang

Salad ala2 som tam tapi dicampur udang goreng, telur, pas tu mcm ntah bawang ke hape digoreng ngan tepung pas tu ditumbuk dan digaul dengan cili, tomato, fish sos dan asam
Ni pun I suka.... seafood mestilar kan, goreng dan dimakan dgn thai sos, udang dan sotong dia sgt fresh dan tambah best sotong dia tu penuh ngan telur, mmg mabeles lahh
Nasi kuning dan ayam rebus dgn kunyit... ok lar, x pandai sgt mkn nasi kosong x berkuah mcm tu
Ni cuma sebahagian ja .... ada mcm2 lagi makanan yg dorang jual dan harganya dari 200 baht hingga 350 baht.
(sory byk gambar agak blur this time)
Ini adalah cara kita berurusan dgn peniaga.... makanan yg kita beli akan dimasukkan dlm bakul dan dihulur dekat kita dan kita masukkan plak duit dlm bakul tu....
Lepas settle mengembangkan perut, kami ke pekan Hatyai semula untuk cek in hotel, my kesen pilih Grand Plaza Hotel.  Lokasi yg sgt strategik, di tengah2 bandar dan bersebelahan dgn Lee Gardens Plaza.  Sayangnya boleh terlupa nk snap picture sbb hati "gundah gulana" memikirkan anak2 dan ck abe kt rumah dan phone yg x der line dan wifi yg x strength, serabut sekejap....

Kami plan nk ambik family room tapi malangnya dh penuh maka terpaksa amik bilik biasa yg ada connecting dan tambah 1 extra bed. Harga 1 bilik 1080 baht, extra bed 300 baht.

Lepas solat isyak kami terus keluar dari hotel untuk ke Asean Night Market dan my kesen ajak naik tuk tuk cos kt area situ susah nk dpt parking... org tu caj kitaorang 100 bath sehala.  Best sgt tempat tu, mmg segalanya ada, yg penting bwk duit byk2 cos keterujaan untuk membeli akan menjadi2 kt situ sbb barang2nya sgt murah.  Malangnya kitaorang sampai agak lewat dan blum sempat pusing 1 round kedai dh start tutup dan kerana itu maka kuranglah membeli.......

Muka terlebih besor sebab terlebih exited dpt naik tuk tuk.....
My kesen ... 

Inilah tempatnya, Asean Night Market....
Dalam pada x sempat nk beli tu, I sebenarnya telah berjaya menghabiskan 500 baht (dlm RM50) dengan membeli 3 helai seluar untuk diri sendiri dan 1 maxi dress tuk anak dara.

Keluar dari sini, kami naik tuk tuk balik ke kawasan hotel.  Sempat pusing2 dan makan2 ... lagi..? ya makan lagi....

Waktu malam yg meriah

Tetiba terserempak dgn this cute little buddy..... 

Dan masing2 sibuk nk bergambar.... I pegang tebu yg dijual oleh pemilik cik jah comel dengan harga 20 baht
untuk kita bagi cik jah comel makan.  

Mimi x berani nk pegi dekat sbb dia takut ... cik jah comel besar dari dia

sapa lagi comel, cik jah ka cik ni ka ..... hihihihihi 

Udang galah tu hampir sama besar dgn ayam goreng....

Antara makanan yg dijual di gerai2 berhadapan dengan hotel, tapi kami cuma makan pulut mangga ja 50 baht 1 set...

Habis cerita malam kami di Hatyai... the next morning seawal jam 8.00 pagi waktu Malaysia, kami dh keluar dr Hotel menghala balik ke Padang besar.  Sempat singgah cuci2 mata di Hatyai Bazaar, pada yg penah ke Vietnam tu korang bayangkanlah bazaar ni sebijik mcm Benh Than market ...

Dari bazar terus ke pasar pagi di Padang Besar dan itu ialah destinasi terakhir kami di sana.... mulanya nak singgah ke kampung saudara mara arwah ayah, tapi disebabkan masa dan ada masalah2 lain kami pun x jadi nak ke sana.

Kesimpulan dari cerita ke Hatyai yg x plan ni ialah..... wajib ada next trip plak dlm masa terdekat ni dan nak bawak my huby dgn anak2 sbb dorang blum penah sampai ke floating market

So thats all.... 

No comments:

Post a Comment