Elegant Rose - Working In Background

Ke Cherating di Hari Pekerja

Ini cita last minit plan, fews days sebelum tibanya 1 Mei baru decide nk bawak budak2 gi Cherating. Dorang tahun ni kan tusyen Sabtu dan Ahad so time weeken mmg x leh gi memana.  Kebetulan Hari Pekerja tahun ni jatuh hari Khamis, so I ambik cuti hari Jumaat dan dapatlah spend semalam di Cherating.  

Seawal jam 9.00 pg kitaorang dh keluar dari rumah dan terus menuju ke Cherating.  Actually Me and my hubby x berapa sihat, masih demam dan batuk2 tapi sebab dh janji dengan anak2 so kitaorang teruskan jugak.  Hubby plak dok lali ubat dari rumah lagi dan akhirnya smpai dekat hentian Temerloh dia dh give up.  So, no choice i've to drive smpailah ke Cherating.

Kitaorang benti makan dekat tepi pantai sebelum simpang ke area Duyung.... layan kot mkn kt situ, dgn angin kuat plak lagi, mmg best lah

Masing2 lapar sbb x sempat breakfast
Ayam goreng berempah, hangus....??? mmg gitu kan ayam goreng berempah ihihihihi


sotong kicap pedas... plan asal nk goreng kunyit ja tp sbb ada balance cili kisar so jdlah kicap pedas plak
Ni plg terangkat, sambal udang petai.....
Terung garing siram kicap... feveret suami dan anak dara
(sgt senang nk buat, goreng ja terung garing2 pas tu simbah kicap manis)
Lepas makan baru ktorg gi check in kt resort.  Kali ni kitaorang stay dekat Cherating Bayview Resort. Tempat ni ok sgt, itupun kalau korang bukan jenis yg nak duduk tempat yg ala2 5 to 6 star lar.  Ktorg ambik bilik deluxe sea view, harganya cuma RM180 semalam.

Bilik Deluxe Sea View, ada 2 katil queen, attached bathroom...

dan ruang tuk rehat...


View2 dari depan pintu bilik..... cantikkan?????
Selain bilik ni, ada jugak bilik2 lain...

Cuma kt sini x der bekfes la yer... tp don't worry byk kedai2 kt luar kawasan ni, jalan kaki pun boleh. Tapi dorang ada swimming pool tau, besar dan best jgk pool kt situ.  So anak2 ada 2 pilihan mandi laut atau pool, ataupun buat mcm anak2 ktorg mandi laut dan pegi ke pool dan kemudian ke laut dan kemudian ke pool sampai lah penattttttt........

DAN..... dan ini pesanan penaja yg paling penting, resort ni sebelah kubur.  Pintu masuknya mmg sebelah2 ja ngan pintu masuk tanah perkuburan.  Kiranya kt belakang bilik kita duduk tu memang terang-terangan nmpk kubur.  So pada yg ada sikit2 rasa ngeri atau dlm erti kata lain agak penakut tu x payah la dok sini. For us plak, ok jer.....kubur jer kot, org suma tu dh mati apa nk ditakutkan, kot sebelah penjara boleh la takut sbb kt dalam tu ramai org2 ganas kan.....so its up to u all lah, but so far x der pun apa2 yg jd, bunyi atau yg seangkatan dengannya walaupun bilik kami adalah bilik yg plg hujung ....... 

Hari Jumaat, kami check out ngam2 pkl 12 dan terus menghala ke Kuantan pulak..... sempat singgah Teluk Cempedak dan rupanya cantik sgt tempat tu dan mungkin boleh kami jdkan destinasi percutian di masa2 akan datang, cuma resort cantik yg paling dekat dengan pantai TC ialah Hyatt Regency Kuantan dan of cos harganya agak mahal..... tengoklah kumpul duit dulu, pergi next year plak kerrr

Pantai Teluk Cempedak
So itu saja..... dlm masa terdekat ni blum ada plan nk ke mana2, cuma nk blk Kedah time cuti sekolah, selebihnya jenjalan naik kapal terbang lg di ujung tahun 2014 insyaAllah....


No comments:

Post a Comment