Elegant Rose - Working In Background

Warung Selere Rimba

12.10.2014 kitaorang bawak anak2 pegi makan daging landak dan rusa di Restoran Selera Rimba di Jalan Sungai Panjang, Sabak Bernam....

Jom layan gambor sambil ceriter....

Di depan Selera Rimba.... korang waze jer nnt dia bwk korang terus smpai ke sini
Lokasi kedai ni sebenarnya agak jauh ke dalam... kalau dari Sekinchan simpang nk masuk ke sini terletak selepas Sg Haji Dorani (simpang kanan ada signboard Tanjung Malim)... dari simpang tu ada la dlm 20 km baru smpai ke Selera Rimba (lokasi tepi jala sebelah kiri di tengah2 kebun kelapa sawit)

Di bunting hijau tu ada ditulis menu2 istimewa

Lauk pauk dan ulam ulaman sedia ada 








Makanan yg kami order hanya 2 jenis, kerabu, sambal dan ulam-ulaman dh sedia ada cuma kita pilih jer

Daging landak goreng bercili 

daging rusa masak kicap 
 Pendapat saya secara keseluruhan masakan dorang sedap, dan harga pun berbaloi.... semalam harga daging landak sekilo RM120 dan kami order setengah kilo, daging rusa plak sekilo RM100 dan kami cuba order 250 gram sajer...

2 jenis lauk tu dicampur dgn kerabu, ulam-ulaman, sambal goreng, nasi untuk 4 orang + 3 gelas air tebu segar, 1 teh o ais dan 2 ais kosong harganya RM112.00.... for me ok sangat harga tu sbb kalau kita makan seafood pun it could be more kan, so why not once a while kita tukar selesa makan makanan eksotik plak (eksotik la sangattttt.... hihihihi)

Ooo ye tak yer.... selain dari landak dan rusa dorang ada jugak ikan baung, ayam kampung, ikan puyu (besor2 giler ikan puyu kt sini....) dan udang galah dengan beberapa jenis masakan mcm goreng berlada, masak kicap, asam pedas (untuk ikan), rendang, masak cili api dan ada la few more lagi...

So kengkawan, jom try.......

No comments:

Post a Comment