Elegant Rose - Working In Background

Hiking & Canopy Walk di FRIM

Alhamdulillah dapat peluang masuk ke kawasan FRIM for the 1st time .... tu pun sbb company buat aktiviti kt situ.  Dok selayang, dok gombak, keje Selayang Mall 5 tahun tapi x penah sekalipun masuk ke FRIM tu, jakun tetiba...... hihihihi

Company besar2 gini mmg dorang rajin conduct mcm2 aktiviti, x mcm company kecik kami dulu..... aktiviti kami cuma lunch sana sini together2 jer.... yer lah nk aktiviti apanya kalau dh 5 org jer kt dlm ofis tu kan.... alhamdulillah kami semua ditransfer ke TCB dan dapatlah kami merasa join aktiviti macam2......

FRIM ni kt kepong yer pada yg x tau.... ada bayaran masuk untuk kereta RM5 dan pengunjung RM1 seorang dan kalau nak naik canopy walk tu kena bayar lg RM5.  Kami pergi hari Sabtu so mmg nmpk ramai org beriadah kt situ.... ada yg jalan2, joging dan kayuh basikal (basikal boleh disewa kt dalam tu tapi x tau berapa ringgit)

Seawal jam 8.30 pagi kami dlm 27 orang berkumpul di kawasan D6 dan kami mulakan perjalanan  selepas a short briefing by a guide dalam lbh kurang pukul 10 pg.  Dia konon bgtau ktorg lebih kurang 1 km dari sini untuk sampai ke canopy walk dan dalam 750 meter kot turun balik semula selepas turun dari canopy walk.  Sekali hamek kau..... boleh tahan mencabar and for me yang takat joging kadang2 tu mmg pancit lar.  Tapi alhamdulillah i've made it.... berjaya panjat sampai ke canopy walk...

ni trails nyer


jom citer sambil tengok gambar lah....

tempat berkumpul.... 





Baru nk mula ni


org dh start berjalan kami plak dok sibuk amik gambar.... eeiiiii geli kot bila tgk akar tu dlm gambar
Tour guide tengah ceritakan pasal kayu kayan .....
kami diberi penerangan mengenai kawasan yang menarik di dalam hutan tu...... sbb kt situ ada view yg cantik bila kita pandang ke atas 

ni lar view nya...... menarik kan???

Exited dengan bau buah kulim.....baunya sama sebijik dengan bawang putih

Mula memanjat 

banir ....

konon cool la sgt.... sebenornya tgh mintak nyawa ni, mcm dok fikir byk kali nk naik ke tak ke atas tu...

2 ... sama razila dan nor razila 

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak... and me was the last person yg smpai ke tempat ni tau.... memalukan jer ihihihihi

rehat jap... ambik oksigen sebelum ke ujian seterusnya

Masing2 kusyuk dengar briefing...

tengok orang dh start naik kita apa lagi cuak habis dh masa ni....

di tengah2 ..... mmg takut gila time ni x pandang bawah langsung dahhhhhh
Selepas selesai canopy walk ni kami perlu lalui jalan menurun bukit dan mengikut paip2 saluran air dan anak2 sungai pulak.... agak mencabar jugak waktu turun sbb perlu kuatkan kaki sbb agak curam dan plg bahaya sebab licin

dari sini almost 250 meter lagi untuk sampai ke bawah tapi laluan ini terlalu mencabar dan memerlukan sekurang2nya 15-30 minit perjalanan

alhamdulillah dh selesai.... tu 2 gigirl dan sorang cik abg di tengah yg bertungkus lumus merialisasikan aktiviti ini dan 2 bf  di kiri dan kanan ialah guide kami hari tu...

Okey tu jer citer pasal naik bukit turun bukit.... next time nk bawak anak2 pulak ke sini, tengok ada yg nangis tak time memanjat tu...... hihihihihi 

No comments:

Post a Comment