Elegant Rose - Working In Background

Anak Sendiri & Anak Angkat (dr seorang manusia biasa)

Sebuah keluarga besar telah mengambil 3 org anak angkat Syukri, Zainal dan Rahmat jeng jeng jeng 


(gambar dr mok cik google.... aik der kena mengena ker ni ehehehehe)


Mereka ini dibesarkan, dipelihara seperti anak sendiri dan disekolahkan sehingga ke peringkat tertinggi.  Konflik terjadi apabila ketiga2 mereka menginjak dewasa.  Syukri seorang anak yg baik, x pernah lupakan ibu dan bapa, sakit demam mereka dijaga.  Tetapi di kalangan mereka2 yg x suka dgn sikap mak bapaknya Syukri ni dianggap sebagai seorang anak yg bodoh, ikut membuta tuli, sayang terlampau ikutkan hati........ 

Anak angkat ke 2, Zainal.  Zainal ni agak bijak jugak lar sebab dia lebih suka berdiam diri, dgn mak bapak pun kadang muncul, kadang2 tak..... kira mcm lalang la si Zainal ni, tp bila dgn mak bapak dia pandai cover, pandai berlagak baik dan begitu jugak sebaliknya bila berdepan dgn seteru mak bapaknya....

Anak angkat ke 3, Rahmat.  Rahmat ni dipandang bijak oleh sesetengah orang, kerana Rahmat pandai membangkang dan memberontak.  Dgn hasutan dia menjadi bertambah2 berani, setiap keputusan yg dibuat baginya x pernah betul dan x pernah kena dihatinya..... Bila bersama dgn pihak seteru dia yg lebih2 mengutuk, mengumpat dan mengeji dan jadilah dia org yg berani di mata golongang itu...

Suatu hari..... maka meninggallah ISMIT ULAM QHAJA (propa lebih) bersama wasiat nya.  Diperuntukkan khas buat ketiga3 anak angkat sebanyak 6 bahagian dah bergembiralah mereka2 ini terutamanya Rahmat kerana menyangka akan mendpt setiap 2 bahagian seorang.  Tetapi yg berlaku 

Syukri 3 bahagian

Zainal  2 bahagian

Rahmat 1 bahagian

Rahmat "apa...... kenapa sampai ati ayahanda buat anakanda begini, sudahkah ayahanda lupa yg anakanda juga anak ayahanda sama seperti mereka, lepas tu kenapa plak ayahanda lebihkan anak2 kandung ayahanda, bukankah kami sepatutnya dpt sama rara rata....." (dh ko maki org tu, ko x suker org tu.....so dpt lar habuan ko kan)

Zainal "terima kasih ayahanda........(dlm hati berkata kenapa Syukri dpt lebih, tp apapun Rahmat lg teruk dr aku, baik dpt dr x dpt kan...)"

Syukri "terima kasih ayahanda, anakanda berjanji anakanda akan meneruskan perjuangan ayahanda hingga ke akhir hayat anakanda ..."

Fuhhh......maka sejak kejadian itu bermulalah pertelagahan antara mereka hingga lah ke generasi2 seterusnya.  Syukri meneruskan perjuangan, Zainal dgn sikap lalangnya dan Rahmat yg sentiasa tidak berpuas ati dan mencari salah dan silap si Ismit Ulam Raja, dan semua yg ada kena mengena dengannya.....


itulah kesudahan ceritanya (hbs ker, tergantung jer.... suker ati ar citer kiter buat, so kiter la buat ending dier cam ner pun kan ehehehehehe)

So apa sebenarnya yg nak i ceritakan ni....... sebenarnya cerita ini sama lah dgn cerita politik kita ari ni.  SAYA menyokong kerajaan kerana saya rasa apa yg saya dapat dah cukup baik buat saya dan generasi saya akan datang (saya ni mcm syukri lar) dan saya juga akan meneruskan perjuangan mereka dan akan juga menasihatkan anak2 saya untuk berbuat demikian.....

Pada pembangkang2 plak..... mereka tidak salah, kerana pilihan dibuat bukan atas dasar paksaan, pilihan itu pilihan sendiri ataupun mungkin pilihan dr generasi ke generasi..... tp kena la ingat, kita membangkang, kita mengutuk dan kadang2 mengeji so bila kita dpt kurang itulah pilihan yg kita sendiri buat.....

Org di negeri yg diperintah oleh pembangkang misalnya...... kenapa perlu mengaku Melayu negeri itu dan negeri ini, berpuluh2 tahun memilih pembangkang sebagai pemimpin negeri, ada segelintir (saya katakan segelintir ya) yg mengutuk dan mengeji kerajaan yg bukan2, tiba2 masing2 mempersoalkan "kenapa kami dipinggirkan...., sedangkan kami juga rakyat malaysia dan berbangsa melayu" (status anda pada saya,sama seperti Rahmat ya)


saya pernah nampak 1 banner yg digantung di tepi jalan yg berbunyi lebih kurang begini "SELAMAT DATANG KE ..... DS NAJIB TUN RAZAK, KAMI MAHU ......... DAN KAMI JUGA BERHARAP DAPAT .......... DARI : ADUN ............... (P**), AHLI PARLIMEN.........(P**)"  malunyer ....... ko sumpah seranah org tu, ko maki org tu, bila org tu lalu depan umah ko, ko mintak bukan2........ish3


1 lagi kenapa mengikut telunjuk mereka yg mahu menghapuskan keistimewaan kita org Melayu, saya buat pengakuan di sini yg kalau itu yg diperjuangkan saya akan bermati matian membangkang demi anak melayu generasi saya yg akan datang....... bukankah negara ini, tanah air ini tanah melayu.  Tetapi ingat pengakuan saya ini bukan membawa makna saya bersikap perkauman, saya amat menghormati bangsa2 lain di negara ini, cuma keistimewaan org Melayu wajib dikekalkan dan kepentingan bangsa lain tidak dilupakan.......


So pada yg tak puas ati dengan saya...........yang terasa hati dengan saya, saya mohon maaf....... (fikir dulu sebelum bercakap mahupun bertindak mengikut perasaan)

2 comments: