Elegant Rose - Working In Background

Cuti-cuti Bandung Part 2

Lepas cita cuti2 bandung part 1 Jom nak sambung cita Bandung part 2 plak .....

Di hari ke 2... misi kami masih lagi shopping.  Lepas saja breakfast kami terus ke Pasar Baru untuk membeli kain tuk dibuat baju raya.  Memang sakan la membeli kt situ, mak cik sndiri beli 4 pasang kain tuk diri sendiri, sepasang tuk anak dara dan sorang sepasang kain tuk baju melayu buat cik suami dan anak bujang.... dalam erti kata lain, kain baju raya utk tahun depan dah settle.

Harga....? x murah dan x mahal, contoh kain lace sepasang ataupun 2 meter kain lace dan 4 meter kain satin utk lining harganya dlm RM120 ke atas ikut pada kualiti kain..... kata orang ada tempat yg lebih murah dari Pasar Baru tapi kami x pulak ke tempat lain2 tu so x tau nk komen...

Shira dan gambar2 kain yg dihantar kepada adik beradiknya.... byk jgk shira beli tp sepasang ja utk diri sndiri lain2 tuk adik beradik.....
Aisy melasak dlm kedai tu, asyik kena kidnap ja dengan org2 kt situ.....
siap dlm minuman free bila shoping kain kt sana 
 Lepas habiskan duit juta2 kt kedai kain, ktorg pegi beli telekung plak juga di dalam Pasar Baru tapi maaf x ingat tingkat berapa.... murah jgk telekung2 kt sini dan pilihan pun byk...harga pulak bergantung pada jenis kain, warna dan set (ada dlm beg telekung tu dh siap2 dengan sejadah)

korang suka yg mana pilih sendiri ya..... ihihihihi
masing2  blur... byk sgt pilihan sampai x tahu nk pilih
Keluar dari Pasar Baru, kami pegi lunch di kedai nasi padang iaitu Mitra Sederhana Pasteur .... makanan kt situ sedap dan harganya agak berpatutan, kami makan idang (mcm biasa bila kita ke kedai nasi padang) dan utk 5 org makan harganya rp226,600 atau plus minus RM64.00.  Kalau diikutkan harganya sgt mahal bagi org2 tempatan di sana, tapi bagi kami ok lah sbb seorang cuma RM13 je...

ni sebelum pilih lauk ni..... 
tengok muka anak tu.... dh mntk mkn sbb lapor sgt dh

Kat depan restoran.....
Destinasi kami seterusnya lepas dh isi perut ialah ke Cibaduyut..... tempat yg terkenal dengan barangan kulit, sempat sambar sepasang selipar tuk diri sendiri, sepasang boots bunga2 dan sneakers tuk anak dara, 2 pasang kasut utk ikha tu x sampai pun RM50...

Kt depan kompleks yg menjual brg2 kulit di Cibaduyut....
Dari Cibaduyut kami ke Rumah Mode..... dr petang sampai ke malam kami kt situ, habis berjuta2 jgk lah.  Pada yg belum pernah sampai ke sana, Rumah Mode ialah salah 1 factory outlet yg plg terkenal di Bandung, org kt dlm tu mmg penuh dan x dibenarkan sama sekali ambik gambar.

Baju, seluar, beg tuk lelaki, wanita, kanak2 dan baby semua berjenama dengan harga yg jauh lebih murah dari kt tempat kita

Di kawasan luar Rumah Mode
Lepas habis juta2 kt dalam Rumah Mode kami ke Kampung Daun untuk dinner..... jauh jugak nk ke tempat tu, tapi penat dan letih hilang sebab tempat tu cantik dan mendamaikan.  Pintu gerbangnya cantik, udaranya nyaman dan sejuk, ada plak air terjun dalam tu.  Tempat makannya dibuat pondok di tepi2 jalan dan kita boleh pilih nak pondok yg berkerusi meja atau nk yang jenis bersila ... namun diingatkan harga makanan di sini agak mahal ya.... harga makanan tuk kami berlima malam itu hampir mencecah RM150 dan terima kasih buat Shira sebab belanja kami malam tu, semoga rezeki shira makin hari makin bertambah.....






pisang cheese
ala2 putu piring.... colenak namanya kalau tak salah

set nasi rawon

Nasi goreng kampung daun

Shira dan put makan set nasi timbel
ada juga gerai2 kecil menjual kueh2 di tepi jalan 


Kampung daun merupakan destinasi terakhir kami pada hari ke 2..... seharian shoping so masing2 memang dah lemau dah,  dannnnnnnn mak cik pun lemau dak dh ni, sebab dh siapkan 2 entry ari ni ihihihi insyaAllah esok mak cik sambung yerrrrrr........




1 comment:

  1. Jom cuti2 Bandung,
    284 RM/ kepala
    4 Hari 3 Malam
    Murah tapi tak murahan..
    harga budget service 5 star...
    Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

    sudah masuk sekali
    ✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
    ✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
    ✅ Tea maker dalam bilik
    ✅ Makan pagi
    ✅ Airport transfer
    ✅ Transport untuk tour 4 hari
    ✅ Supir yang ramah dan berpatutan
    ✅ Minyak
    ✅ Tol
    ✅ Parking
    ✅ No tipu tipu
    ✅ Kereta with good aircon

    Minat segera whatsapp admin yaa..
    10 orang pertama dapat percuma :
    ✅ bags Louis vuiton
    ✅ free indonesian sim card 1 pack
    ✅ Free layer cake

    whatsapp admin jangan lupa
    +6285318490001
    email : primeratrans@gmail.com
    facebook : Primera Trans Bandung

    ReplyDelete