Elegant Rose - Working In Background

Cuti-Cuti Surabaya Part 1

Dh settle suma cita pasal cuti2 Bandung.... and now i'm so excited nk share pengalaman pegi Surabaya.  Kami ke Surabaya 8 orang, we all anak beranak, my kesen abah, along dan their dotter mimi dan my sister cik ni ....

Kesimpulan paling mudah untuk trip ke Surabaya ialah AWESOME babe... really AWESOME

Flight kami ke Surabaya asalnya pkl 4.25 petang tapi malangnya pkl 5 baru bergerak dan smpai ke Juanda International Airport pkl 7.00 petang waktu surabaya atau pkl 8.00 mlm waktu Malaysia.  

Ready to fly high...... 
2 orang mamat hensem dari Bromo AdventureLand iaitu Wahid dan Tres dah sedia menunggu kami di airport dan kami terus menuju ke hotel yg terletak di Kota Malang dan jarak dari airport ke hotel adalah lebih kurang 4 jam perjalanan a ah 4 jam ko....

Sebelum cita pasal hotel nk cita dulu pasal transport kami kt sana.... tengahari tu sebelum bertolak ke sana Wawan juga dari Bromo AdventureLand dah bgtahu yang Wahid dan Tres akan tunggu kami di airport dan I mcm panik dan tertanya apasal 2 org x kan kami nk kena naik 2 keta kan.... rupanya Tres tu driver dan Wahid plak tour guide.... dan van yang dorang sediakan pulak sangat2 selesa .... van tu boleh muat 15 org dan selesa mcm bas express, kusyen pun bleh baring habis dan utk berejam2 perjalan tu mmg x terasa ...

Ni la van yang disediakan utk ktorg kt sana ..... 

Ni bkn nk soh tgk perangai pelik2 ktorg tp nk cita psl pintu van.... kt tepi ada 3 pintu tau, 1 pintu penumpang depan, 1 pintu tuk penumpang row ke 2 dan ke 3, 1 pintu lg tuk penumpang row 4 dan 5

Rupa dalam van...... cantik kan kan kan, terasa mcm naik private jet je ihihihihi
So sesapa nk merasa van cantik ni, nnt contact Wawan Bromo AdventureLand yer....

Ok dh bhs cita kami yg jakun van cantik tu.... now sambung perjalanan dari airport ke hotel di Malang.  Kami singgah berhenti makan di sebuah restoran yg jual nasi campur..... harga...??? alamak this time I mntk maaf byk2 sebab terlampau exited dgn semua yg ada kt sana smpaikan semua resit ntah ke mana, buku pun clean ja x der rekod apa2....

Lepas dinner terus check in kt Merbabu Guest House.... a ah guest house katanya babe, tapi punya la cantik tempat tu..
Bilik kami.... di ruang lagi 1 tu ada 1 extra bed tuk abg danial dan 1 sofa bed tuk cik ni, sgt selesa 


Ni dkt breakfast area

Breakfast kt sini bukan buffet, dorang sediakan nasi goreng + telur, air boleh request nak tea, coffee, milo or juice

Di pintu depan Merbabu Guest House
Lepas breakfast dan cek out kami bertolak ke Taman Safari Indonesia II.... lebih kurang 1 jam setengah perjalanan dari hotel.

Ha ni part plg best untuk hari tu.... Taman Safari Indonesia II ni sgt istimewa sbb x mcm zoo di tempat kita, kita pg zoo negara kita tgk binatang dlm sangkar, tp kt sana binatang2 suma dtg serbu kita yg dok dlm keta, siap mntk makan smpai hulur kepala masuk dlm keta lagi. Kitaorg plak awal2 dh beli carrot (yg dijual sekali dgn daun2nya) dan pisang (dijual setandan) ....  so bkn anak2 ja, mak bapak pun exited  weyhhhh....

Nampak tak muka over exited kt situ.... 
Ni lepas tengok show gajah
abg danial relax ja singa ni brg atas riba dia.... mama yg amik gmbr cuak lebih dok fikir jgn la diapa2 kan anak aku ihihihihi
Anak rimau ni comel gila.... baik jer, siap sondol2 tuannya mntk manja, tu muka bengang la tu sbb tuan dia x nak gosok kepala dia 
Abah dan white tiger.... besar ni rimau ni, mmg gerun lah
Muka penggemar kucing tegar dpt pegang anak kucing besor...... 
elok je wat peace sekali rimau tu angkat ekor dorang 2 org dh nak lari keluar dh ihihihihi kelakar je
abg danial plak suma binatang suka dia... tgk tu siap ngantuk2 bila abg gosok badan dia
Cik ni plak suma binatang x der feel kt dia ... hg pun x dak feel gak kot cik ni
org utan ngan abah... buat perangai x nak letak kaki ngangkang ja dia
org utan and me.... bkn main suka lg dorang kt i, diaorg ingat mak dorang kot, mok mok sama ja kan ihihihihi 
Bila kena time cik ni msg2 buat muka x dak feel ... ahahahaha apa la nasib hg cik ni oiiii
ni all time feveret mak cik niiii.....comel dan sporting gila 
mimi plak mesti mintak teman ....
comel gila burung antoo ni..... 
Along last2 nak jgk ... tp dia setuju dgn burung jer
Kt taman safari ni ada banyak animal show tau, start dr pkl 11 pg smpai 4.30 petang ..... awal pagi ada pertunjukan gajah, agak lain dr yg kita biasa tengok, gajah main bola semua tu, kt sana semua show nya adalah jenis drama, drama yg dilakonkan oleh penjaga2 haiwan dan haiwan2 tu lah.... so gajah, anjing, harimau, orang utan, kucing, landak, tikus, itik, dan mcm2 lglah... semua ada watak dan peranan msg2... ada juga pertunjukan singa laut dan ikan lumba2

Ni jadualnya :

11.00   LAST HOME FOR SUMATRAN ELEPHANT   - PLAZA GAJAH 
11:30   GLOBAL WARMING - ANEKA SATWA
13.00   DOLPHIN EDUCATION SHOW - DOLPHIN BAY
14:00  BIRD OF PREY - BABY ZOO
15:00  SUMATRAN TIGER KINGDOM - BABY ZOO 
15:30   SUPER DOG AND GOLDEN EGG 
16:30  JOURNEY TO THE TEMPLE OF TERROR

Malangnya hari tu hujan sangat2 lebat, jd 2 pertunjukan yg dibuat di luar (outdoor) iaitu Bird of Prey dan Sumatran Tiger Kindom terpaksa dibatalkan.... kami mulanya malas nk habiskan show sbb jarak antara show super dog and journey to the temple of terror tu 1 jam, tp Wahid berkeras nak jgk kami tengok show tu dan mujurlah kami ikut ckp wahid..... mmg best dan x mengecewakan.  Org yg duduk barisan hadapan siap basah kuyup kena simbah dengan air perigi yang kononnya meletup.  Dlm show ni pun ada haiwan2 mcm landak, tikus putih, itik ....



Kt belakang tu la dorang buat show Journey to the Temple of Terror.... 

Ikha dan mimi bergambar dengan pelakon2 Journey to the Temple of Terror
Apa yg boleh dikatakan.... pergilah ke Taman Safari Indonesia II ni, bwk lah anak2 ke sana and semua org i mean the whole family akan happy... tiket masuk ke situ kalau x salah rp150,000 all in termasuk tiket tuk ambik gambar dgn haiwan2 comel tu.....

Kt dalam zoo jugak ada restoran, ada gerai2 jual pop mee (maggie mee) dan kueh2 mcm apam balik (or dipanggil murtabak manis) dan tauhu goreng...

Lepas semua dh happy2, gelak2, jerit takut dan sebagainya dlm zoo, kami keluar menghala ke Batu Night Spectacular (BNS).... tempat ni ala2 mcm funfair atau mungkin sesuai dikatakan ala2 genting yg kecil saiznya.  Ada permainan mcm2, rumah hantu dan macam2 rumah lagi..... kami, me and my hubby, abah, along dan cik ni jalan2 pusing2 dan makan2 sambil anak2 main 2 3 mainan dan msk rumah itu ini kt dalam tu.  Ooo ada tiket masuk ke sini... rp25,000 seorang dan kalau nk main ke, masuk rumah apa ke kena bayar asing.  1 mainan antara rp10,000 - rp15,000.

Ok dari BNS kami terus cek in di De Dedaunan Boutique Guest House.... cantik tempatnya, siap ada swimming pool, tp sekadar tengok ja swimming poolnya, tempat tu sejuk, lebih sejuk dr Cameron Highlands....dalam bilik mmg x der ekon atau kipas cuma diberi air cooler kot2 ada yg jenis kulit gajah x reti sejuk ihihihihi

Bilik kami di D Dedaunan ..... mula2 kami ingat cuma ada 2 katil single ni je, tapi rupanya di ruang dalam ada lg 1 katil super single
breakfast area.... dorang sediakan nasi goreng, sayur fresh kutip belakang rumah goreng (ahahaha... but i'm serius), telur mata, roti bakar dan buah buahan (a ah pun kutip belakang rumah gak)
e eh baru muncul 2 orang ni.... wahid dan  tres
Bkn takat buah biasa2 kt belakang rumah tu okey.... durian pun ada, rendah plak tu, boleh petik , penah ke ko petik buah durian weyh... aku confirm x penah

Ni la kebun sayur yg i ckp belakang rumah tu.... see i'm serius tau
Kt depan salah 1 bilik kt situ.... cantik kan...???

Sempat posing depan bilik Abah dan Along sebelum meneruskan perjalanan.....
TQ jurufoto .... gambar sangat menarik....
Okey sambung part 2 plak lah, dh panjang berjela2 dh ni.  Next entry nk cita pasal ktorg ke Coban Rondo, kebun apple..... ke kedai ole2, ke candi jago dan terus ke Bromo, tunggu ya....... cant wait to share interesting story pasal Bromo..... 




No comments:

Post a Comment