Elegant Rose - Working In Background

Cuti-cuti Bandung Part 3

Assalamulaikum....

Sory sebab lambat habiskan cita cuti-cuti bandung ni... ok lepas entry part 1 dan part 2 now masuk plak part 3.

Hari ke 3 kami di bandung, plan nk gi jenjalan tengok pemandangan indah.  Plan asal kami nk ke Tangkuban Perahu tapi pak dudi advised ke Kawah Putih sbb katanya entrance fee ke Tangkuban Perahu dah naik mendadak dari rp50,000 ke rp350,000 so tak berbaloi kata pak dudi.  Kami plak ok jer asal boleh pegi jenjalan tengok pemandangan indah kan..... so awal pagi kami terus bergerak ke Kawah Putih.

Pemandangan dari bandar ke Kawah putih sangat cantik, kami melalui kawasan tanaman padi yang luas, kemudian ke 1 kawasan pekan kecil (kalau x salah pekan Ciwidey) yg penduduknya menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan awam mereka.  Bila sampai ke kawasan bukit ada plak rumah2 kecil ber cat warna warni ditepi jalan dan di depan rumah dorang tanam strawberry, kubis bunga, kubis, tomato dan macam2 lagi... sangat2 menarik perhatian kami...

kereta kuda
ini adalah kawasan tanaman sayur di sebelah2 rumah penduduk 
Kami tiba di Kawah Putih dlm jam 11.00 pg dan harga tiket masuk ke kawasan itu ialah rp185,000 tuk naik ke Kawah Putih dan jugak ke Situ Patenggang (tasik) dan kami juga diberi welcome drink di gerai berdekatan dengan pintu masuk ke Kawah Putih.


Tengah beli tiket masuk....
Our welcome drinks... boleh pilih nak air strawberry or teh halia
Lepak dulu....
otak2 yg dijual di gerai yg sama tapi x ingat harga.... sedap la jgk, dicicah dengan kuah kacang










gerai menjual cenderahati dan makanan ringah di pintu keluar kawasan Kawah Putih
Selesai cuci mata melihat pemandangan indah ciptaan ilahi, kami meneruskan perjalan ke Situ Patengang yang letaknya lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kawah Putih.  Pemandangan tasik tu sangat cantik kerana dikelilingi oleh kebun2 teh yang ditanam rata dan tersusun, udaranya plak agak sejuk dan menurut pemandu bot selalunya suhu di kawasan tu ialah antara 15-20 darjah C.... so mmg agak sejuk la....  Ditengah2 tasik pulak ada 1 pulau kecil yang dinamakan Pulau Cinta dan ada mercu tanda iaitu Batu Cinta kt pulau tu...

Memandangkan memasing agak excited nk tengok keliling tasik, so kami sewa bot dengan harga rp600,000 atau lebih kurang RM170 tuk 1 bot.  Kami ber5 ja lah dalam 1 bot tu..... alhamdulillah puas hati dapat hirup udara segar dan dingin serta tengok pemandangan indah disitu.  Cuma yg jd masalah masa tu hujan renyai2 jd me and aisy x boleh bergerak byk sbb takut kena hujan... ye lah kami ber2 baru lepas kena chicken pox kan.....

pokok2 teh yang mengelilingi kawasan tasik 

Kami nak ke Pulau Cinta 
suma happy ja..... 

Budak kecik rimas sbb kena selubung dengan mama.....

di Pulau Cinta .....masih berselubung sebab takut kena hujan ....
lepak di gerai kosong sementara tunggu hujan reda...
 Dari Situ Patengang kami terus balik ke pekan bandung.... tapi sempat singgah makan di restoran Saung Andir di Ciwidey... menunya sama jgk, nasi, ayam goreng dan sambal.  Cuma kali ni kami terperanjat sbb ayam dia yg 1 bahagian tu rupanya setengah ekor, kami plak order sorang 1 bahagian jawabnya mmg confirm2 x boleh habis dan kena tapau bwk balik ke hotel....harga makanan kami petang tu rp370,000 atau RM103.60 (mahal gila).

Sampai ke pekan bandung kami singgah semula kat Toko Tiga sbb ada antara kami yg kekurangan pakaian utk nk pakai esok hari, so sempat singgah beli seluar, t-shirt dan baju ole2 bandung kt situ dan itulah aktiviti terakhir kami hari tu.

Hari Ke 4 atau hari terakhir kami di Bandung awal2 pagi lepas breakfast kami dah cek out dari hotel sbb nak ke Kartika Sari dan jgk ke kedai barangan baby.  Shira, Put dan Faten sakan jugak memborong makanan mcm brownies, coklat, kek dan ntah apa lg lah dorang borong ari tu.  Me and hubby plak dh kekurangan duit rupiah so setakat membeli kueh2 tempatan je lah.

Aisy nak balik dah..... aisy dh rindu aunty dan abang haris

anak beranak bershopping sakan....

mama cuci mata.....

mcm2 makanan shira beli.... 

Ai sengaja x nak pandang kamera sbb ai kan x membeli .... hihihihi (sebenornyer aisy yg x nak pandang kamera so mama memujuk)
Misi terakhir ialah cari baju Aisy..... di kedai Anak Kecil

siap ada playground kt dlm tu
Baju cantik2 dan murahhhhh.....
mama dok pening sambil bebel kt abah dok fikir nk belikan siapa la kasut2 comel tu...
Faten nak baju ni.... tp anak2 dh besor x muat

Mamat ni paling happy.... dpt kerusi conet dok siap goyang2 kaki
Aisy dh pakai baju baru.... ni di kedai sebelah Anak Kecil 

Kami makan es durian..... aiskrim vanilla 1 skop bahagian bawah, seulas durian dan 1 skop aiskrim vanilla lagi kt atas YUMMY (rp15,000 atau RM4.50)
Lepas beli baju aisy dan makan es durian kami ke kedai nasi padang yg sama kami pegi masa hari ke 2 iaitu Mitra Sederhana Pasteur dan makan pun lauk yg hampir sama dengan ari tu dan total lunch kami ari tu rp243,000 atau RM68.

Lepas makan kami terus ke airport dan ..... adoiiiii rasa dh panjang sgt cita ni,mcm nk kena sambung entry lagi 1 je ni.  Sambung next entry la yer, nnt I cover sekali dgn cost segala ya ihihihihi soryyyyyy

No comments:

Post a Comment