Elegant Rose - Working In Background

KENANGAN LALU



Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga bahagia Hj Ismail bin Ibrahim dan Arwah Puan Leha Binti Said, dilahirkan pada 07.08.1977, anak kedua bagi pasangan istimewa ini. Keluarga kami tidak terlalu besar aku punya seorang abang yg 5 tahun lebih tua dariku dan seorang adik lelaki yg 5 tahun lebih muda dan seorang adik perempuan yang lahir ketika aku berusia 8 tahun.

Abang, Mohd Rizal Bin Ismail, aku Nor Razila Binti Ismail, adik lelaki Mohd Ridzuan Bin Ismail dan adik bongsu Nor Ridzuani Binti Ismail. Kami cukup rapat diantara 1 dengan yg lain, abang biarpun jarak umurnya dengan adik2 agak jauh tetapi itu tidak pernah merenggangkan kami.

Ibu pergi meninggalkan kami diwaktu abang berusia 17 tahun, aku 12 tahun, An 7 tahun dan Wani 4 tahun. Kami waktu itu masih terlalu mentah untuk mengenali dan memahami erti hidup tanpa seorang ibu. Bersama ayah yang tak pernah kenal erti penat, mencari rezki, memasak dan juga menyediakan segala keperluan diri dan anak2 seorang diri...... Masih segar dalam ingatan bagaimana ayah bertungkus lumus menyediakan hidangan bersahur dan berbuka sebelum dan selepas balik dari kerja. Ayah jasa ayah tak mungkin dapat kami balas seumur hidup kami.

Diwaktu ketiadaan ibu kami membesar bersama, aku sebagai kakak yg baru nak melangkah ke sekolah menengah perlu belajar untuk mengemas rumah, membasuh dan memasak untuk adik2. Abang pula baru mula mencari kerja selepas tamat tingkatan 5. Hidup kami serba sederhana, cukup makannya, cukup pakainya..... biarpun tidak begitu mewah tetapi kami bersyukur dengan apa yang kami ada.

Masih juga segar dalam ingatan bagaimana kami mengumpul duit belanja untuk membeli makanan kegemaran kami seperti keropok jajan, sate ikan, karipap...... semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan apa cara sekalipun.

Tahun 2011 kami semua sudah dewasa, abang baru menyambut hari kelahirannya ke 39 beberapa hari yg lalu, aku sendiri sudah memasuki usia 34 tahun dan Wani sudahpun 26 tahun, tetapi An tiada lagi bersama kami, An pergi dan tak kan kembali kini hanya tinggal kami bertiga mengimbau kenangan lalu yang terlalu banyak manisnya biarpun kelat di mata orang lain....

Ketahuilah Ayah, Abang dan Wani aku terlalu menyayangi kamu semua biarpun kita tak selalu bersama..... AN pulak akan sentiasa di hati, di mata dan ada dengan aku disetiap waktu..... AN semoga engkau tenang di sana adikku

No comments:

Post a Comment